Campur
Tangan Kuasa Asing di Thailand
Pengenalan
Abad ke-19 merupakan zaman peluasan wilayah kuasa Barat. Mereka
berlumba-lumba mencari tanah jajahan terutama di sebelah Timur. Hal ini
disebabkan mereka memerlukan bahan-bahan mentah untuk keperluan perusahaan di
negara mereka akibat revolusi perusahaan. Selain itu, mereka memerlukan pasaran
bagi barang-barang kilang mereka. Selanjutnya, sebagai kuasa tentera,
kuasa-kuasa Barat memerlukan pangkalan angkatan laut untuk menjamin kedudukan
mereka. Akibatnya, banyak negeri di Asia Tenggara yang telah jatuh ke tangan
kuasa-kuasa Barat. British bertapak di Myanmar dan Tanah Melayu, Balanda di
Indonesia dan Sepanyol di Filipina.
Wilayah yang hilang kepada British dan kepentingannya
Hubungan Chulalongkorn dengan
British dalam keadaan yang tidak memuaskan. Hal ini disebabkan adanya campur
tangan British di Negeri-negeri Melayu Utara. Memandangkan pengaruh Siam yang
mengalami kejatuhan di Negeri-negeri Melayu tersebut dan Siam memerlukan
bantuan dari pihak British menyebabkan Raja Chulalongkorn menandatangani satu
perjanjian iaitu Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Berdasarkan perjanjian
itu, pihak berkuasa Siam menyerahkan 4 negeri Melayu Utara iaitu, Perlis,
Kedah, Kelantan dan Terengganu pada pengawalan British. Sebagai balasan, pihak
British berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain dan
memberi pinjaman untuk pembinaan jalan keretapi.
Bagi
pihak British, British ingin menggabungkan 4 negeri Melayu tersebut dengan
Negeri-negeri Melayu yang telah diletakkan di bawah pengawalan British iaitu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dengan gabungan ini bermakna lengkaplah
penubuhan Tanah Melayu. Dengan pengambilan 4 negeri Melayu itu bermakna British
dapat menghalang campur tangan asing di negeri-negeri tersebut. Ketika ini,
kuasa Barat yang menjadi ancaman kepada British ialah Jerman. Sejak penyatuan
Jerman pada tahun 1871, negara tersebut telah berusaha untuk menandingi British
dalam penguasaan angkatan laut. Selanjutnya, Jerman telah berusaha mendapat
wilayah di Asia Tenggara untuk dijadikan pangkalan angkatan laut. Pada tahun
1899, terdengar berita mengatakan bahawa Jerman telah cuba mendapatkan Pulau
Langkawi dari pemerintahan Siam. Keadaan ini juga mempengaruhi British
mengadakan persahabatan dengan Perancis pada tahun 1904 (Ententi Cordiale) yang
mana pihak British membenarkan Perancis bertindak di Kampuchea.
Wilayah yang hilang kepada Perancis dan kepentingannya
Sungguhpun ketika Raja
Chulalongkorn menjadi raja (1868-1910) menjalankan dasar “buka pintu” dengan
mengadakan persahabatan dengan Barat, Negeri Siam masih mendapat tekanan dari
Perancis. Perancis telah bergiat di Indo-China dengan mengadakan tuntutan
wilayah. Oleh sebab hubungan Siam dengan Perancis dalam keadaan yang genting
maka Chulalongkorn telah menyerahkan wilayah-wilayah yang dituntut oleh
Perancis. Misalnya, wilayah tebing Sungai Mekong (1886), wilayah di Tongking
Utara (1888), wilayah sebelah Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang
(1893), wilayah sepanjang sempadan Laos-Siam (1904) dan wilayah Battambang dan
Siemreap (1907). Dengan ini bermakna seluruh Indo-China jatuh ke tangan
Perancis.
Perancis
menuntut wilayah di Indo-China dari negeri Siam kerana ingin menubuhkan Empayar
Perancis di Indo-China. Tujuan ini perlu dilaksanakan memandangkan adanya
persaingan pengaruh British yang kuat terutama di negeri Siam. Hal ini bermakna
pengaruh British boleh berkembang di mana-mana bahagian Indo-China. Oleh itu,
dengan penaklukan Indo-China bermakna pihak Perancis dapat menghalang
kemungkinan merebaknya pengaruh British itu. Selain itu, ia juga menjamin
perjalanan darat ke Yunnan yang terletak di Selatan China. Perjalanan darat ini
dianggap penting kerana Perancis boleh mengadakan hubungan perdagangan dengan
China. Pihak Perancis menganggap negeri China mempunyai potensi yang baik untuk
menjadi pasaran bagi barang-barang buatan Perancis.
Kesimpulan
Dengan penyerahan wilayah-wilayah
kepada Perancis dan British, negeri Siam telah kehilangan wilayah seluas
kira-kira 90000 batu persegi. Namun demikian, tindakan itu merupakan satu
tindakan bijak untuk menghalang ancaman dari kedua-dua kuasa Barat itu.
Ternyata tindakan ini dapat menyelamatkan Siam dari ditawan oleh Perancis atau
British. Negeri Siam kekal sebagai negara yang berdaulat dan merdeka di
tengah-tengah dasar perluasan wilayah kuasa-kuasa Barat.
Penerimaan dan
Pengubahsuaian di Thailand
Pengenalan
Thailand ialah
negera di Asia Tenggara yang tidak dijajahi oleh mana-mana imperialis barat.
Walau bagaimanapun, masih terdapat pengaruh dari barat yang berjaya meresap
masuk ke dalam bidang pentadbiran, sosial dan ekonomi.
Dari segi
pentadbiran
Pihak pemerintah
Siam telah berusaha memodenkan pentadbiran Kerajaan Siam. Beberapa orang
penasihat berbangsa barat telah dilantik oleh Siam seperti penasihat dari
British, Brazil, Perancis dan Amerika Syarikat. Satu Majlis Negeri turut
ditubuhkan dan ia terdiri daripada Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Majlis
Penasihat Rendah pada tahun 1874. Badan Penasihat Raja pula digantikan dengan
Menteri-menteri Kabinet. Pelbagai kementerian ditubuhkan seperti Kementerian
Kewangan, Kementerian Keadilan dan sebagainya. Semua kementerian ini diketuai
oleh putera-putera raja dan dibantu oleh pakar asing. Mengikut sistem
pentadbiran British di Myanmar, Siam membahagikan wilayahnya kepada 18 bulatan.
Setiap bulatan ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Residen. Bulatan ini
kemudian dibahagikan kepada wilayah (maunt) dan wilayah ini dibahagikan kepada
daerah (Ampur). Seterusnya, daerah-daerah ini dibahagikan kepada kampung
(Tambol) dan kampung-kampung ini pula dibahagikan kepada desa (Hamlet) dan ia
diketuai oleh seorang ketua desa.
Pihak Siam telah menubuhkan Kementerian Kehakiman Khas yang dibantu oleh
seorang Peguam. Pada tahun 1894, sistem pentadbiran kehakiman disusun semula.
Pada tahun 1904, mahkamah jenayah dan awam ditubuhkan. Mahkamah ini mempunyai
undang-undang jenayah sendiri. Kemudian, Kanun Hukuman telah diperkenalkan oleh
Peguam Perancis pada tahun 1908. Sistem penjara dan angkatan polis turut
disusun semula.
Dari segi
ekonomi
Pihak Siam telah
menghapuskan sekatan perdagangan dengan kuasa asing. Selain itu, pelbagai
kemudahan asas seperti jalan raya dan jalan keretapi turut disediakan.
Dari segi
sosial
1.
Pendidikan
Pelajaran barat telah dititkberatkan.
Sekolah-sekolah rendah dan menengah telah didirikan. Maktab-maktab bagi kaum
bangsawan turut ditubuhkan. Pihak Siam telah memaksa rakyat jelatanya untuk
mendapatkan pendidikan Inggeris. Jabatan Pelajaran turut ditubuhkan oleh pihak
Siam.
2. Adat
Dari segi adat, sistem perhambaan
mula dihapuskan. Di samping itu, istiadat sujut semasa manghadap raja turut
dihapuskan. Sistem buruh paksa pula digantikan dengan sistem buruh dibayar.
Amalan golongan Prai dan hamba yang terpaksa berkhidmat dalam ketenteraan dan
polis turut di hapuskan. Sejak masa ini, raja juga sering menghadap khalayak
ramai.
Nasionalisme
Siam
Pengenalan
Nasionalisme
Siam bergerak mengikut haluan yang berbeza daripada negeri-negeri lain di Asia
Tenggara. Nasionalisme Siam tidak bercorak anti-koloniah kerana Siam tidak
dijajah. Ianya lebih bercorak anti-monarki, anti-Cina dan nasionalisme ekonomi
serta kebudayaan. Pembaharuan yang dilaksanakan di Siam terutamanya sejak
pemerintahan Chulalongkorn menjadi faktor yang mengakibatkan kebangkitan dan
perkembangan nasionalisme Siam. Perkembangan tersebut telah menyedarkan rakyat
Siam untuk bangun mempertahankan kemerdekaan mereka.
Nasionalisme
1.
Kemerosotan sistem monarki
Kemerosotan sistem monarki mutlak
sejak pemerintahan Vajiravudh menjadi faktor utama yang mengakibatkan
kebangkitan dan perkembangan nasionalisme Siam. Vajiravudh dan Prajadhipok
merupakan pemerintah yang lemah jika dibandingkan dengan Mongkut dan
Chulalongkorn. Perkembangan semasa pemerintahan mereka telah mendedahkan
kelemahan sistem monarki mutlak dan menggoncangkan keyakinan orang ramai
terhadap pemerintahan golongan bangsawan.
a.
Vajiravudh
Beliau pernah berada di seberang laut
selama 9 tahun. Oleh sebab itu, beliau tidak mengetahui perkembangan yang
berlaku di Siam dalam tempoh tersebut. Walaupun beliau berpelajaran tinggi, Vajiravudh
tidak berminat dalam pentadbiran. Dalam menjalankan pentadbiran, beliau telah
menyerahkannya kepada pegawai-pegawainya. Oleh sebab beliau tidak mengawal
kegiatan pegawai-pegawai menyebabkan berlaku penyelewengan dan rasuah. Untuk
mengisi jawatan-jawatan kerajaan, beliau mengamalkan dasar pilih kasih di mana
beliau telah mengutamakan sahabat-sahabatnya. Menjelang tahun 1915, kebanyakan
pegawai termasuk menteri yang dilantik oleh Chulalongkorn telah dipecat. Selain
itu, Vajiravudh juga jarang mengadakan mesyuarat kabinet dan majlis-majlis yang
ditubuhkan semasa Chulalongkorn tidak berfungsi. Vajiravudh juga seorang
pemerintah yang boros dan banyak menghabiskan wang untuk hal-hal kesenian,
perayaan-perayaan di istana dan sebagainya. Contohnya, beliau telah menggaji
3000 pekerja istana. Di samping itu, beliau juga menubuhkan pasukan tentera
peribadi, iaitu pasukan Harimau Liar. Pasukan ini mendapat pelbagai
keistimewaan jika dibandingkan dengan tentera biasa. Akibat daripada
dasar-dasar yang diamalkan tersebut, perasaan tidak puas hati telah timbul
sehingga berlakunya 2 kali percubaan membunuh Vajiravudh. Pecubaan pertama
berlaku pada tahun 1912 diketuai oleh adiknya sendiri Putera Pitsanulok.
Percubaan membunuh pada tahun 1917 pula dilakukan oleh tentera. Walau
bagaimanapun, kedua-dua percubaan tersebut berjaya dipatahkan.
b.
Prajadhipok
Ahli-ahli sejarah menganggap
Prajadhipok tidak bersedia menjadi raja kerana beliau banyak menghabiskan
masanya di seberang laut. Semasa pemerintahan Prajadhipok, pelbagai usaha telah
diambil untuk mengembalikan kepentingan golongan bangsawan. Contohnya, semasa
Vajiravudh, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh golongan bukan bangsawan
tetapi semasa pemetintahan Prajadhipok, 8 daripada 12 kementerian diketuai oleh
golongan bangsawan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi pula, beliau
telah mengambil beberapa langkah tegas. Misalnya, beliau telah mengurangkan
gaji serta kakitangan, menyekat kenaikan pangkat dan gaji, mengenakan cukai
yang tinggi ke atas barang keperluan, menghapuskan jabatan-jabatan dan
jawatan-jawatan yang tidak penting, membubarkan “Pasukan Harimau Liar” dan
sebagainya. Tindakan tersebut telah
mendapat tentangan orang ramai, terutamanya golongan yang berkepentingan.
Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh Prajadhipok juga dianggap sebagai
kelemahan beliau. Justeru itu, ia membangkitkan semangat nasionalisme.
2.
Perkembangan pelajaran Barat
Perkembangan pelajaran Barat
terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek
di Siam. Mereka yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut
telah terdedah kepada idea-idea Barat seperti kerajaan berperlembagaan,
demokrasi, liberal, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Usaha-usaha mereka
untuk melaksanakan idea-idea tersebut di Siam mendapat tentangan golongan
bangsawan yang menguasai pentadbiran Siam. Mereka yang dapat pelajaran di
Jerman dan Perancis dianggap lebih radikal kerana golongan ini menentang sistem
monarki mutlak dan menganggapnya sebagai sistem lapuk yang menghalang kemajuan
Siam. Antara golongan intelek ini ialah Pridi Panomyong, Pribun Songkram,
Khuang Aiphaiwong, Phya Bahol, Phya Manopakorn dan lain-lain lagi. Donald E.
Nuechterlein dalam bukunya “Thailand and the Struggle for South East Asia”
mendakwa punca utama kebangkitan nasionalisme ialah keazaman golongan intelek
untuk memodenkan struktur politik dan mengadakan pembaharuan ekonomi yang
radikal.
3.
Anti-Cina
Walaupun bilangan orang Cina kecil,
tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Peranan orang Cina sebagai peminjam
wang telah menyebabkan banyak tanah orang Siam jatuh ke tangan orang Cina.
Peranan orang Cina sebagai orang tengah pula menghimpitkan lagi kehidupan orang
Siam. Orang-orang Cina dianggap sebagai “Yahudi Timur” dan masih menumpukan
taat setia terhadap negara asal mereka. Kemarahan orang Siam bertambah kerana
semua pertubuhan yang diwujudkan oleh orang-orang Cina hanya terbuka kepada
orang Cina. Kemarahan orang Siam terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil
langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina menindas orang Siam. Malah
orang Cina diberi peluang ekonomi yang lebih luas seperti monopoli eksais ke
atas perjudian, loteri, minuman keras dan ganja.
Selepas revoludi,
usaha-usaha dijalankan untuk menyekat kepentingan orang Cina di Siam.
Orang-orang Cina tidak lagi bebas masuk ke Siam. Setiap orang Cina yang masuk
ke Siam dikenakan cukai 100 baht. Perusahaan-perusahaan orang Cina dikenakan
cukai yang tinggi dan 26 jawatan dalam perkhidmatan kerajaan diharamkan bagi
orang Cina. Sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga ditutup.
4.
Nasionalisme ekonomi
Dalam usaha untuk mengelakkan ekonomi
Siam dikuasai oleh orang-orang asing, kerajaan telah menjalankan beberapa
langkah ke arah melaksanakan nasionalisme ekonomi. Kerajaan mula melibatkan
diri dalam kegiatan ekonomi seperti pengeluaran getah, kilang memproses getah,
minyak dan kertas serta perkhidmatan keretapi. Kerajaan juga telah memberi
subsidi kepada orang-orang Siam dan syarikat-syarikat Siam dalam kegiatan
ekonomi. Orang-orang Siam digalakkan untuk melibatkan diri dalam perdagangan
dan perusahaan. Arahan telah dikeluarkan supaya syarikat-syarikat asing
memiliki 70% modal dan 75% kakitangan Siam. Kerajaan juga telah ambilalih
perusahaan asing untuk diserahkan kepada orang-orang Siam atau
syarikat-syarikat Siam. Contohnya: perusahaan kayu jati yang selama ini
dikuasai oleh Syarikat British “Bombay Burma Trading Company” (BBTC) telah
diambilalih dan diserahkan kepada syarikat Siam. Dalam kegiatan ekonomi,
kerajaan mengutamakan orang-orang Siam dan syarikat-syarikat siam.
Langkah-langkah diskriminasi juga dijalankan di mana perusahaan-perusahaan
orang asing dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada perusahaan orang-orang
Siam.
5.
Perubahan selepas Perang Dunia Pertama
Perubahan yang berlaku selepas Perang
Dunia Pertama (1914-1918) telah mengakibatkan kebangkitan nasionalisme Siam.
Perjanjian Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan
diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1922. Mulai
tahun tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan “Hak Wilayah Asingan”
mereka di Siam. Perkembangan ini menyedarkan rakyat Siam untuk bangun
mempertahankan kemerdekaan mereka.
6.
Nasionalisme kebudayaan
Nasionalis-nasionalis telah berjaya
membangkitkan semangat kemegahan bangsa dan kebudayaan Siam. Pendidikan Siam
dan penggunaan bahasa Siam digalakkan. Agama Buddha telah dijadikan lambang
penyatuan orang-orang Siam. Mereka mendakwa hanya penganut agama Buddha boleh
menjadi pejuang bangsa dan negara. Mengabuti agama Buddha dianggap sebagai
tanda taat setia terhadap negara Siam. Perkembangan ini telah menyebabkan ramai
orang Siam-Kristian kembali kepada ajaran Buddha sejak tahun 1930-an.
7.
Pribun Songkram
Semasa Pribun Songkram menjadi
Perdana Menteri sejak Disember 1938, langkah-langkah yang tegas telah diambil
untuk menanamkan semangat nasionalisme. Semangat nasionalisme bukan sahaja
ditanam di kalangan orang-orang Siam di Siam tetapi juga di kalangan
orang-orang Siam di Laos dan Kemboja. Pada tahun 1939, nama Siam ditukar
menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang bebas. Tujuannya ialah
untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam
kerana negeri Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak
dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Pribun Singkram juga menubuhkan Pasukan Pemuda
Militan dan merangka tatasusila kebangsaan yang dikenali sebagai wiratham.
Usaha-usaha juga dijalankan bagi mendapatkan kembali wilayah-wilayah Siam yang
telah dikuasai oleh British dan Perancis. Usaha ini berjaya dilaksanakan sejak
tahun 1941 dengan kerjasama Jepun. Antara wilayah yang berjaya dikuasai semula
oleh Siam ialah Batambang, Seam Reap, Laos, Kentung, Negeri-negeri Meleyu Utara
dan sebagainya.
Kesimpulan
Gerakan
nasionalisme di Siam merupakan percubaan orang-orang Siam untuk meminda
perlembagaan negeri dan perjuangan rakyat untuk mendapatkan hak mereka. Gerakan
nasionalisme di Siam adalah sesuatu yang unik kerana ia hanya melibatkan
golongan elit dan tentera dan tidak melibatkan rakyat. Keadaan ini telah
membezakan Siam dengan negara-negara lain di Asia Tenggara.
Kemerdekaan
Siam
Pengenalan
Abad ke-19
terutamanya sejak pertengahan abad ke-19 merupakan zaman imperialisme
kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia,
khususnya di Asia Tenggara. Akibat dasar imperialisme ini, British telah
menjajah Burma dan Tanah Melayu, Perancis di Indo-China, Belanda di Indonesia,
Sepanyol dan kemudiannya Amerika di Filipina. Siam merupakan satu-satunya
negara di Asia Tenggara yang tidka dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Sejak Perang
Dunia Kedua, Siam juga terselamat daripada penjajahan Jepun walaupun semua
negeri di Asia Tenggara dikuasai oleh Jepun. Ahli-ahli sejarah berpendapat
kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya disebabkan oleh kebijaksanaan
raja-rajanya sejak Mongkut, kesediaan mereka untuk bertindak sewajrnya dan
perkembangan yang menguntungkan Siam.
Faktor-faktor
1.
Dasar buka pintu
Sejak Mongkut, Siam menamatkan dasar
isolasi dan seterusnya mengamalkan dasar buka pintu kepada orang-orang asing
terutamanya pedagang-pedagang. Langkah ini diambil kerana Mongkut menyedari
sekiranya Siam meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Siam
secara paksa seperti yang berlaku ke atas Burma, Vietnam dan China. Dalam usaha
untuk melaksanakan dasar buka pintu, Siam telah menandatangani beberapa
perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat. Perjanjian pertama ditandatangani dengan
British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring. Seterusnya
Siam menandatangani perjanjian dengan Amerika (1856), Perancis (1856), Portugal
(1859), Holand (1860), Prusia (1862), Norway, Belgium, Itali, Sweden (1868),
Jerman (1872), Perancis (1893), British (1909) dan sebagainya. Mengikut
perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat telah diberi pelbagai
keistimewaan di Siam. Selain kebenaran berdagang, kuasa-kuasa Barat juga
dibenarkan menempatkan konsul, menyebar agama Kristian, membeli/menyewa tanah
di Siam, mendapat hak wilayah asingan, berlabuh di pelabuhan Siam dan
sebagainya.
Siam telah menerima
perwakilan asing yang dihantar ke Siam sejak pemerintahan Mongkut. Antara
perwakilan itu ialah Perwakilan British yang diketuai oleh Harry Parkes dan
James Brooke serta perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier.
Selain itu, Siam juga telah menghantar perwakilan ke Eropah. Misalnya, pada
Ogos 1857, perwakilan Siam yang diketuai oleh Chao Phraya Montri Sri
Suryawongse telah dihantar ke Eropah.
Semasa
Chulalongkorn, hubungan Siam dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat kerana
Chulalongkorn juga mneruskan dasar buka pintu yang dimulai oleh Mongkut. Semasa
Chulalongkorn bukan sahaja konsul asing terdapat di Siam, tetapi kedutaan-kedutaan
Siam juga didirikan di negara-negara Barat seperti di New York, London, Paris,
Brussels, Tokyo dan sebagainya. Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan
peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat seperti Raja William II (Jerman), Tzar
Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan Presiden Lawbet (Perancis).
Chulalongkorn juga mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau merupakan Raja Siam
yang pertama melawat ke Eropah sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1897 dan 1907.
Dasar buka pintu
yang dimulai oleh Mongkut telah diteruskan oleh raja-raja Siam selepasnya.
Akibatnya, Siam bukan sahaja berjaya mewujudkan hubungan perdagangan tetapi
juga hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat. D.G.E. Hall dalam bukunya “A
History of South East Asia” menegaskan Siam terhutang budi kepada Mongkut
daripada raja-raja lain kerana dasar buka pintu yang dimulainya telah
menyelamatkan kemerdekaan Siam.
2.
Pembaharuan
Sejak Mongkut, Siam telah
melaksanakan pembaharuan-pembaharuan politik, ekonomi dan sosial berdasarkan
idea Barat. Mongkut menyedari pembaharuan ini bukan sahaja dapat meninggikan
taraf hidup orang Siam tetapi juga dapat mengurangkan campur tangan asing dalam
hal-ehwal Siam.
a.
Pembaharuan politik
Dalam usaha untuk menyusun semula
pentadbiran Siam mengikut sistem Barat, Mongkut telah mengambil orang-orang
Barat dan mereka berasal dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai
jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan pendidikan,
kewangan, polis dan pelabuhan; Amerika dalam perkhidmatan kastam dan Perancis
serta Itali dalam ketenteraan. Tindakan Mongkut ialah supaya tidak ada sebuah
kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Siam.
Semasa
Chulalongkorn, lebih ramai pegawai Barat yang diambil bagi memodenkan pentadbiran
Siam. Secara umumnya, British telah ditugaskan dalam pendidikan dan kewangan,
Perancis dalam undnag-undang, Jerman dalam perkhidmatan keretapi, Denmark dalam
angkatan laut dan polis wilayah, manakala Itali dalam kerja-kerja pembinaan.
Selain itu, Chulalongkorn juga menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874 untuk
menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis itu ialah Majlis Penasihat
Tertinggi Negeri dan Majlis Penasihat Rendah Negeri. Chulalongkorn telah
berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892.
Sistem pentadbiran lama telah duhapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian.
Setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri.
b.
Pembaharuan ekonomi
Dasar buka pintu oleh Mongkut telah
memajukan ekonomi Siam. Kedatangan orang Barat telah membuka Siam kepada
perdagangan antarabangsa. Perkembangan ekonomi telah meruntuhkan ekonomi sara
diri dan mewujudkan sistem ekonomi komersil. Selain itu, sistem tukar barang
juga digantikan dengan sistem ekonomi wang. Beras, gula dan kayu jati menjadi
eksport utama. Perkembangan ekonomi berlaku akibat daripada penetapan cukai
import sebanyak 3% dan cukai eksport 5%. Dalam masa yang singkat, Siam telah
menikmati imbangan pembayaran yang memuaskan (contoh). Dalam usaha untuk menyusun
semula sistem kewangan Siam mengikut sistem kewangan Barat, Mongkut telah
menubuhkan Royal Mint pada tahun 1861.
Semasa Chulalongkorn
pula, baginda telah mewujudkan perbendaharaan Siam yang moden dengan bantuan
pegawai-pegawai British. Jabata kastam dan hasil dalam negeri telah ditubuhkan
pada tahun 1875. Kementerian Kewangan telah diwujudkan pada tahun 1892 dan
mulai tahun tersebut, sistem cukai secara langsung dilaksanakan. Jabatan kastam
dan hasil dalam negeri tersebut telah disusun semula pada tahun 1892. Pada
tahun 1896, Chulalongkorn mengeluarkan arahan untuk membaiki perkhidmatan
pelabuhan Siam. Sistem audit dan akaun yang teratur telah dilaksanakan dan pada
tahun 1901, belanjawan Siam yang pertama dikeluarkan. Selain itu, Chulalongkorn
juga menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam. Bank-bank British mula
didirikan antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis didirikan pada tahun
1897. Di samping itu, baginda juga menggalakkan perdagangan asing di Siam serta
pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman padi bagi tujuan eksport.
c.
Pembaharuan sosial
Dari segi sosial pula, pelajaran
Barat telah diperkenalkan di Siam. Semasa Mongkut, ia hanya diadakan di istana
dan hanya untuk golongan bangsawan. Semasa Chulalongkorn, pelajaran Barat bukan
sahaja diadakan di istana tetapi juga di luar istana dan bukan sahaja untuk
anak-anak golongan bangsawan tetapi juga anak-anak rakyat jelata biasa selepas
penubuhan sekolah harian sejak tahun 1884. Selain itu, semasa Chulalongkorn
pelajar-pelajar Siam juga mendapat pelajaran Barat di sebarang laut.
Semasa Mongkut,
sistem buruh paksa atau corvee telah mula dihapuskan dan digantikan dengan
sistem buruh bergaji. Sistem ini hanya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.
Pada tahun 1874, sistem penghambaan mula dihapuskan dan berjaya dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1905.
Di samping itu,
pemerintah-pemerintah Siam juga berusaha menghapuskan adat yang dapat
menghalang kemajuan Siam. Rakyat biasa dilarang melarikan diri apabila
bertembung dengan raja. Adat yang melarang rakyat melihat muka raja juga
dihapuskan. Semasa Mongkut, orang-orang asing tidak dipaksa sujud di hadapan
raja. Mereka diberi kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara sendiri.
Semasa Chulalongkorn, adat sujud di hadapan raja dihapuskan sepenuhnya pada
tahun 1873.
Mubaligh-mubaligh
juga diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian. Banyak sekolah Kristian
dan gereja mula didirikan di Siam. Sistem perhubungan juga diperbaiki di mana
lebih banyak jalan raya dan jalan keretapi dibina. Perkhidmatan yang lebih
moden seperti telegraf, telefon dan pos mula diperkenalkan.
Dasar liberal
raja-raja Siam telah menghapuskan sebab-sebab yang memungkinkan campur tangan
kuasa-kuasa Barat ke atas Siam.
3.
Perjanjian British-Perancis
Donald E. Neuchterlein dalam bukunya
“Thailand and the Struggle for South East Asia” mendakwa persaingan
British-Perancis juga merupakan faktor penting yang menyelamatkan kemerdekaan
Siam. British dan Perancis bukan sahaja bermusuhan di Eropah tetapi juga di
Timur. Bagi mengelakkan perbalahan, kedua-dua kuasa tersebut bersetuju supaya
tidak mempunyai tanah jajahan yang bersempadan. Dewasa itu, British menjajah
Burma dan Tanah Melayu manakala Perancis menjajah Indo-China. Mereka mahu
menjadikan Siam sebagai negara penampan (Buffer State) antara pengaruh British
di Burma serta Tanah Melayu dan pengaruh Perancis di Indo-China. Pada 15
Januari 1896, mereka telah menandatangani penyisytiharaan British-Perancis yang
mengiktiraf Siam sebagai negara yang merdeka. Tindakan British dan Perancis
menyelamatkan kemerdekaan Siam.
4.
Tolak ansur
Raja-raja Siam sejak Mongkut
mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mereka sanggup
menyerahkan wilayah-wilayah Siam bagi mengelakkan perbalahan serta
menyelamatkan kemerdekaan Siam pada 15 Julai 1867. Mongkut menandatangani
perjanjian dengan Perancis yang menyerahkan pertuanan Siam ke atas Kemboja
kepada Perancis. Semasa Chulalongkorn, lebih banyak wilayah Siam diserahkan
kepada kuasa-kuasa Barat dalam usaha untuk mengelakkan perbalahan dan
menyelamatkan kemerdekaan Siam kepade Perancis, diserahkan Tongking Utara,
Wilayah Sip Song Chu Thai (1888), daerah Timur Sungai Mekong (1893), sempadan
Laos-Siam (1904) dan Battambang dan Seam Reap (1907). Kepada British pula diserahkan
Kentung dan Mong Pan (1897) serta Negeri-negeri Melayu Utara (1909). Dasar
tolak ansur tersebut telah menyebabkan Siam kehilangan 90 ribu batu persegi
wilayah. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah berjaya menyelamatkan
kemerdekaan Siam.
5.
Dasar abad ke-20
Semasa Perang Dunia Pertama
(1914-1918), Vajiravudh yang memerintah Siam telah memihak kepada pihak Berikat
walaupun terdapat tentangan tenteranya yang pro-Jerman. Tindakan Vajiravudh
menguntungkan Siam kerana peperangan tersebut dimenangi oleh pihak Berikat.
Perjanjian Versailles 1919 telah mengiktiraf Siam sebagai negara merdeka dan
diterima sebagai anggota Liga Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1922. Mulai
tahun tersebut juga, kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan mereka
di Siam kerana mengenangkan jasa Siam memihak kepada pihak Berikat dalam Perang
Dunia Pertama.
Semasa Perang Dunia
Kedua (1939-1945), Pribun Songkram yang menjadi Perdana Menteri bersikap
pro-Jepun. Pada 11 Disember 1940, Siam menandatangani perjanjian kerjasama
dengan Jepun. Pribun Songkram telah membenarkan Jepun menggunakan Siam sebagai
pangkalan untuk menyerang Indo-China, Burma dan Tanah Melayu. Akibatnya, Siam
terselamat daripada penjajahan Jepun sedangkan negeri-negeri lain di Asia
Tenggara telah dikuasai oleh Jepun.
Pada Julai 1944,
kerajaan Pribun Songkram yang pro-Jepun telah digulingkan oleh Khuang
Aiphaiwong yang pro-Berikat. Akibatnya, pihak Berikat yang kembali ke Asia
Tenggara selepas Perang Dunia Kedua tidak dapat mengambil tindakan ke atas Siam
kerana dewasa itu, Siam diperintah oleh kerajaan yang pro pihak Berikat. Pada
September 1945, kerajaan Khuang Aiphaiwong digulingkan oleh Seni Pramoj. Akibat
desakan British dan Perancis, Seni Pramoj tanpa bantahan telah menyerahkan
kembali wilayah-wilayah yang dirampas oleh Siam semasa Perang Dunia Kedua
kepada kuasa-kuasa tersebut. Akibatnya, British dan Perancis tidak perlu
bertindak secara kekerasan ke atas Siam.
6.
Kedudukan negeri Siam
Kedudukan Siam sedikit sebanyak juga
memberi kesa ke atas kemerdekaan Siam. Secara amnya, Siam terletak lebih jauh
ke Utara dan kedudukannya seumpama ini telah menyebabkan ia terkeluar dari
jalan perdagangan ke Timur khususnya ke China. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat
tidak begitu berminat untuk menjajah Siam.
7.
Bahan mentah
Dari segi sumber alam, Siam merupakan
sebuah negara yang kekurangan bahan mentah. Ekonomi Siam hanya bergantung
kepada sektor pertanian. Dewasa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku di
negara-negara Eropah dan perkembangan ini telah meningkatkan keperluan terhadap
bahan mentah. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan
tanah jajahan di Asia terutamanya Asia Tenggara bagi mendapatkan bekalan bahan
mentah. Dalam hal ini, kuasa-kuasa Barat memang tidak berminat terhadap Siam
kerana Siam tidak mempunyai sumber alam tersebut.
Kesimpulan
Pada
keseluruhannya, kejayaan Siam mengekalkan kemerdekaannya adalah disebabkan oleh
kebijaksanaan raja-rajanya yang memahami perkembangan politik antarabangsa.
Dengan itu, tidak dapat dinafikan berpendapat D.E.G. Hall yang menyatakan
bahawa Siam terhutang budi kepada Mongkut mempunyai kebenarannya memandangkan
dasar yang dimulai oleh Mongkut telah berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam. Di
samping itu, persaingan di antara Perancis dan British juga mempunyai
peranannya dalam kemerdekaan Siam.
MYAMMAR
Perang
Inggeris-Myanmar Pertama, 1824-1826
Pengenalan
Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting
dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama
dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan
bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu
pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya
lebih kuat dari negeri lain. Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa
negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu,
negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah
dijalankan begitu lama. Dengan menandatangani Perjanjian Yandabo, pada tahun
1826, negeri Myanmar telah mengadakan hubungan dengan British.
Sebab-sebab berlakunya peperangan
1. Dasar
meluaskan wilayah
Pada pertengahan
kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti baru
diberi nama Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini
bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar.
Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka
hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya
(1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki
Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa
melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke
Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas
Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun
dapat diusir oleh Siam. Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana
sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga
bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan
Assam.
2. Masalah
orang pelarian Arakan
Apabila Arakan
terletak di bawah kekuasaan Myanmar maka tindasan-tindasan terhadap orang
Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan telah dikerah secara paksa untuk
bekerja sebagai buruh dan bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. Dengan adanya
tindasan dari pemerintah Myanmar, pada tahun 1794 telah terjadi stu
pemberontakan dengan dibantu oleh orang-orang Arakan yang telah melarikan diri
dan menetap di Chittagong. Pemberontakan itu dapat dikalahkan menyebabkan ramai
orang-orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan Inggeris. Peristiwa itu
dipandang berat oleh British dan masuk menghalang kemaraan tentera Myanmar maka
British menghantar tenteranya ke sempadan di bawah Kolonel Erskine. Dengan ini,
pelarian orang-orang wilayah Arakan ke wilayah British telah menimbulkan
persengketaan antara British dan Myanmar.
Untuk menyelesaikan masalah sempadan, maka pada tahun 1795,
British telah menghantar Kapten Michael Seymes ke Myanmar. Kapten Seymes juga
telah mengesyorkan supaya satu perjanjian perdagangan antara Myanmar dengan
Inggeris diadakan. Hasil dari perundingan itu, pemerintah Myanmar bersetuju
menerima seorang wakil British bertempat di Rangoon untuk menjaga hal-ehwal
perniagaan British di Myanmar.
Sungguhpun British dibenarkan melantik residennya di
Rangoon keamanan hubungan antara British dan Myanmar sentiasa diancam oleh
orang pelarian Arakan. Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di
Arakan tetapi gagal menyebabkan mencurah-curah orang pelarian Arakan memasuki
Chittagong. Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam
pemerintah Myanmar di Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakan atas
nama Kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan orang-orang pelarian Arakan
kepada Kerajaan Myanmar. Myanmar juga menggugat akan menyerang India sekiranya
tuntutan itu tidak ditunaikan. Dengan adanya ancaman tersebut, maka British
menyerahkan pasukan tenteranya untuk mengawal sempadan antara India dan
Myanmar. Untuk menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British menghantar
Kapten Syemes ke Myanmar pada Mei 1802 bagi mengadakan perdamaian.
Masalah orang-orang Arakan menjadi kemuncak apabila pada
tahun 1811, satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah meletus. Chin
Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di wilayah British lalu
menyerang Myanmar dengan menawan Miohaung. Chin Byan telah meminta bantuan
British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan wilayah di bawah
tadbirnya di bawah kedaulatan British. Hal ini telah meruncingkan hubungan
antara British dengan Myanmar. Untuk menyakinkan Kerajaan Myanmar bahawa
British tidak terlibat dalam tindakan Chin Byan itu maka dalam September 1811,
Kapten Canning diutus ke negeri Myanmar. Pemerintah Arakan telah mengancam
untuk menyerang Chittagong jika orang-orang pelarian tidak diserahkan.
Peperangan dapat dielakkan apabila tentera Myanmar yang berada di sempadan
terpaksa ditarik balik pada musim tengkujuh. Untuk mendapatkan kepercayaan
Myanmar maka pada akhir tahun 1812, Inggeris berjaya melumpuhkan sebahagian
besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan lumpuh sama sekali apabila Chin
Byan meninggal dunia pada tahun 1815. Sungguhpun pergerakan Chin Byan dapat
diatasi oleh British, tetapi hubungan baik di antara British dengan Myanmar
masih tidak terjamin.
3. Keengganan
Myanmar mengadakan hubungan diplomatik
Orang-orang
Inggeris ingin mengadakan hubungan yang baik dengan Myanmar. Keinginan British
mengadakan hubungan selain disebabkan faktor politik iaitu cuba bersaing dengan
pengaruh Perancis, ada juga faktor-faktor ekonomi. Pihak kompeni ingin:
a. Mendapatkan
kayu balak dari Myanmar untuk membuat kapal.
b. Menjadi
Myanmar sebagai pasaran bagi barang British.
c. Menggunakan
Myanmar sebagai jalan darat ke negeri China dengan melalui Sungai Irrawaddy.
Malangnya, orang Myanmar mempunyai pandangan hidup yang
berlainan. Seperti orang China, orang Myanmar mempunyai sikap bongkak dengan
anggapan bahawa mereka mempunyai darjat tinggi. Oleh itu, mereka merasa bahawa
taraf mereka akan jatuh jika mereka mengadakan hubungan yang sama taraf dengan
British, lebih-lebih lagi pihak kompeni bukan mewakili Kerajaan British. Oleh
sebab sikap pemerintah dan pegawia Myanmar sedemikian rupa, wakil-wakil British
gagal untuk mengadakan perhubungan sama taraf dengan Myanmar. Kebanyakan dari
mereka terpaksa meninggalkan Myanmar kerana merasakan kecewa atas tindakan
pemerintah Myanmar. Misalnya seperti yang terjadi pada Residen Hiram Cox yang
dilantik pada tahun 1796 terpaksa meninggalkan Myanmar pada April 1798. Dengan
pemergian Cox maka Myanmar tidak membenarkan perlantikan residen di negeri itu.
Setelah mengadakan perundingan dengan Kapten Seymes, Raja Bodawpaya
memperkenankan perlantikan residen di negeri itu. Dalam bulan Mei 1803,
Lieutenant John Canning telah dilantik sebagai residen tetapi beliau terpaksa
pulang ke India dalam November 1803. Peristiwa ini mengecewakan British untuk
melantik residennya di Myanmar.
4. Campur
tangan Myanmar di Assam
Seperti yang
diterangkan bahawa Raja Bodawpaya mempunyai cita-cita untuk menakluki India
terutamanya wilayah di Timur Laut seperti Manipur dan Assam dan seterusnya
Benggala. Untuk mencapai maksudnya maka Bagydaw telah melantik Bandula menjadi
gabenor pertama bagi Assam dan Arakan. Rancangan untuk meletakkan Assam di
bawah kekuasaan Myanmar terbuka apabila berlaku huru-hara di kawasan itu. Pada
akhir kurun ke-18, pengaruh Kerajaan Ahom merosot. Raja Ahom yang bernama
Gaurinath Singh merupakan raja yang lemah. Orang-orang Moamarias yang selama
ini ditindas oleh mereka telah memberontak. Untuk menghadapi pemberontakan ini,
baginda meminta bantuan British tetapi memandang sepi.
Keadaan huru-hara timbul kembali apabila berlaku
pertentangan di antara Bar Phukan dengan Burha Gohain. Bar Phukan telah
berangkat ke Calcutta untuk mendapatkan pertolongan British tetapi gagal.
Dengan itu, Bar Phukan pun berpaling pula kepada Raja Bodawpaya. Menggunakan
peluang ini, pada Mac 1817, tentera Myanmar mara ke Jorhat dan melantik seorang
raja boneka tetapi sebaik sahaja tentera Myanmar pulang, raja boneka itu
digulingkan. Tentera Myanmar kembali ke Assam pada tahun 1819 lalu melantik
Chandrakanta Singh menjadi Raja Assam. Nasib yang sama diterima olehnya
sebaik-baik sahaja tentera Myanmar kembali ke Myanmar. Oleh sebab dipengaruhi
oleh perasaan takut, Chandrakanta Singh melarikan diri ke India. Keadaan yang
tidak aman di Assam menyebabkan Bagydaw (cucu Bodawpaya) yang menjadi raja pada
tahun 1819 melantik Bandula menjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya.
Selepas
menakluki Assam, Myanmar meneruskan perluasan wilayahnya ke Manipur. Raja
Myanmar telah menggunakan peristiwa kegagalan Raja Manipur menghadiri
pertabalan Bagydaw menjadi raja sebagai alasan untuk menguasai kawasan itu.
Oleh sebab ketakutan, maka raja dan pengikutnya melarikan diri ke Cacar. Raja
Cacar yang negerinya dirempuh oleh orang-orang pelarian Manipur dan takutkan
ancaman Myanmar telah melarikan diri ke India. Dengan kemaraan tentera Myanmar
yang begitu jauh telah membimbangkan British. British sedar jika kemaraan
Myanmar tidak dihalang bermakna wilayah Benggala yang terletak di bawah
kekuasaan British akan terancam. Oleh itu, British terpaksa mengambil satu
tindakan yang tegas dengan mengisytiharkan wilayah Cacar dan wilayah kecil
lainnya seperti Jaintia terletak di bawah pengaruh British.
Ketegangan
menjalar pula ke sempadan Arakan apabila Jeneral Bandulu mengalihkan
pandangannya ke wilayah itu. Jeneral Bandula sememangnya ingin menguasai
wilayah Benggala. Tentera Myanmar telah memasuki kawasan Ramu lalu menangkap
pemburu gajah dari pihak kompeni. Peristiwa itu menyebabkan British menguatkan
pertahanannya di Tek Naaf dan di Pulau Shahpuri yang terletak di muara sungai
berhampiran dengan Chittagong. Tentera Myanmar telah menawan pulau tersebut
dalam bulan September 1823 tetapi dapat kembali kemudiannnya oleh British. Selepas
peristiwa itu, Jeneral Bandula telah menyiapkan angkatan secara besar-besaran
untuk menyerang Chittagong. Menggunakan peristiwa itu pada 5 Mac 1824, Gabenor
Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
Peristiwa dan kesan peperangan
Setelah peperangan diisytiharkan
maka tenterra British telah dihantar ke wilayah yang disempadankan dengan
Myanmar. Tentera British telah ditempatkan di Manipur dan Assam serta penumpuan
yang besar di Arakan. Dari Arakan, tentera British akan menyerang Tennaserim.
Jeneral Bandula menunjukkan kebolehannya dengan mengalahkan tentera British dan
Tek Naaf dan ini menyebabkan Calcutta terancam. Tetapi malangnya ketika Bandula
mendapat kejayaan di Tek Naaf, tentera British di bawah Sir Archibald Campbell
yang berpusat di Pulau Andaman telah berjaya menawan Rangoon dalam bulan Mei
1824 tanpa perlawanan. Kejatuhan Bandar Rangoon menyebabkan Bandula terpaksa
bergerak menuju ke Selatan. Tentera British tidak dapat bergerak mudik mengikut
Sungai Irrawaddy kerana berlakunya hujan monsun yang lebat. Tentera kekurangan
bantuan dan makanan. Untuk menggunakan jalan darat agar sukar kerana penuh
dengan hutan belantara. Kelewatan tentera British bergerak telah memberi
peluang kepada Bandula menguatkan pasukan tenteranya. Pada 1 Disember 1824,
Bandula melakukan serangan tetapi gagal.
Sementara
itu, di medan pertempuran di pantar Barat, tentera British telah menawan
pelabuhan penting di Tennasserim dan pada Januari 1825 mereka menawan Mrohaung.
Kejayaan ini membolehkan British menguasai Arakan.
Kekuatan
tentera Myanmar telah tergugat pada 1 April 1825 apabila Jeneral Bandula mati
semasa mempertahankan bandar Danubyu. Kematiannya membolehkan British menduduki
Prome. Tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas tentera British di Prome
tetapi gagal. Setelah berjaya mengalahkan tentera Myanmar di Prome, tentera
British diarahkan bergerak menuju ke Ava. Tetapi sebelum tentera British tiba
di Yandobo, pemerintah Myanmar telah bersetuju untuk berdamai dan dengan ini
pada 24 Februari 1926, Perjanjian Yandabi ditandatangani di antara British dan
Myanmar. Syarat-syarat Perjanjian Yandabo ialah:
a. Myanmar
menyerahkan Assam, Arakan dan Tennasserim kepada British.
b. Myanmar
tidak akan campur tangan di Cacar, Manipur dan Jaintia yang menjadi wilayah
perlindungan British.
c. Myanmar
bersetuju menerima wakil British yang bertempat di Rangoon dan juga lain-lain
kawasan di Myanmar.
d. Myanmar
bersetuju mambayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee (kira-kira $5 juta) kepada
Inggeris.
e. Myanmar
bersetuju mengadakan hubungan diplomatik dengan British dengan menghantar
seorang dutanya ke Calcutta.
f.
Myanmar bersetuju hendak berundingkan berkenaan dengan perjanjian perdagangan
dengan British pada masa akan datang.
Perjanjian Yandabo
telah dapat menghentikan peperangan antara kedua-duanya namun pada hakikatnya
ia tidak dapat menyelesaikan sikap permusuhan Myanmar kepada British. Bagi
orang-orang Myanmar, kekalahan mereka dalam pertempuran bukanlah disebabkan
mereka pengecut tetapi disebabkan lain-lain perkara. Anggapan ini menunjukkan
dengan jelas bahawa orang-orang Myanmar masih mempunyai keyakinan mereka akan
dapat mengalahkan British. Orang yang benar-benar merasa kurang puas hati ialah
Raja Bagydaw dan ia menggunakan Perjanjian Yandabo untuk mempersiapkan diri.
Dengan sikap permusuhan yang masih ada di diri orang Myanmar menyebabkan
Perjanjian Yandabo tidak dijalankan dengans sempurna. Hal ini menimbulkan rasa
tidak puas hati kepada British. Unsur-unsur ini telah mencetuskan peperangan
yang kedua yang dikenali sebagai Perang Inggeris-Myanmar Kedua pada tahun 1852.
Perang
Inggeris-Myanmar Kedua, 1852
Pengenalan
Walaupun dalam peperangan yang
pertama, Myanmar menerima kekalahan, namun sikap mereka masih lagi sombong dan
bongkak. Akibatnya, British gagal untuk mendapatkan satu dasar keadilan dan
hubungan diplomatik yang sama taraf. Perlantikan Residen British di Myanmar
seperti yang tercatat dalam Perjanjian Yandabo tidak dapat menjalankan tugasnya
dengan sempurna. Dengan lain perkataan, pemerintah Myanmar tidak mahu menerima
Residen British dan memberi kerjasama. Peristiwa ini telah membawa pertentangan
kembali hubungan British dengan Myanmar. Hubungan yang genting ini akhirnya
membawa kepada meletusnya peperangan kali kedua.
Sebab-sebab berlakunya peperangan
1. Kegagalan
mengadakan hubungan diplomatik
Untuk menunaikan
syarat-syarat Perjanjian Yandabo maka dalam bulan September 1826, John Crowford
dilantik sebagai Residen British. Dalam bulan November, Crowford telah cuba
membuat satu perjanjian baru mengenai perdagangan tetapi tidad ada keputusan
kerana terdapat pertentangan di antara dua pihak. Pihak British cuba
mendapatkan beras dari Rangoon tetapi ditolak oleh Kerajaan Myanmar sebagai
reaksi dari keengganan British membincangkan masalah politik. Crowford merasa
kecewa atas sikap Kerajaan Myanmar menyebabkan ia pulang ke India.
Setelah Crowford menarik dirinya dari tempatnya, ia diganti
oleh Sir Henry Burney iaitu dalam bulan April 1830. Burney telah mendapat
kepercayaan dari Raja Bagydaw dan ini membawa perhubungan yang baik antara
Burney dengan raja dan tanda-tanda menunjukkan bahawa perselisihan dapat
diselesaikan. Tetapi malangnya raja kemudiannya menjadi kurang siuman dan ini
menjejaskan perhubungan yang baik dan perundingan-perundingan terhenti. Ketika
Raja Bagydaw tidak siuman, Minthagyi, iaitu abang kepada Permaisuri Raja yang
pertama telah cuba mengambil alih kuasa. Untuk mengelakkan dari berlaku perkara
pertama maka pada tahun 1837, Tharawwaddy telah membunuh isteri dan anak-anak
Minthagyi serta menteri-menteri yang menyokongnya. Burney telah cuba menghalang
tindakan kejam Raja Tharawwaddy. Tharawwaddy menjadi marah dan ini membawa
kepada hubungan yang buruk antara Burney dan Tharawwaddy.
2. Sikap
anti-Inggeris
Harapan British
untuk mendapatkan hubungan yang lebih erat dari Raja Tharawwaddy yang baru
menjadi raja ternyata gagal. Raja ini ternyata dengan sifatnya yang
anti-British. Tindakan baginda yang selanjutnya ialah menolak Perjanjian
Yandabo. Bagi baginda, penyerahan Arakan dan Tennasserim sebagai satu
penghinaan. Sikap dan tindakan baginda yang anti-British telah menimbulkan
kebimbangan kepada Burney dan oleh sebab soal keselamatan, pada Jun 1837,
Burney meninggalkan Amarapura menuju ke Rangoon. Burney mencadangkan kepada
Calcutta agar British jangan menubuhkan residensinya di Myanmar lagi selagi
Tharawwaddy tidak mahu mengakui Perjanjian Yandabo dan tindakan-tindakan
tentera telah ditolak oleh Calcutta malahan Burney sendiri dimarahi. Pihak
Calcutta masih percaya bahawa perhubungan dapat diadakan antara British dengan
Myanmar.
Atas arahan dari Gabenor Jeneral Lord Auckland maka Richard
Benson mengambil alih tugas Burney. Benson ditugaskan supaya menubuhkan kembali
residensi British di Rangoon. Ternyata Benson juga gagal menjalankan tugasnya
sebagai Residen kerana tidak mendapat kerjasama dari Myanmar. Tempat yang sudah
ditetapkan untuk tapak residensi British telah ditolak oleh Kerajaan Myanmar
dan sebagai ganti disediakan satu kawasan yang mudah banjir di Sungai
Irrawaddy. Tindakan Kerajaan Myanmar dianggap sebagai satu penghinaan terhadap
British. Oleh sebab Benson merasa ia tidak dapat meneruskan tugasnya maka pada
bulan Mac 1839, ia bersara dengan alasan kesihatannya terganggu. Tempatnya
diganti oleh Kapten William Maclood iaitu pembantu Benson di Amarapura. Seperti
Benson, ia juga mengalami kegagalan. Memandangkan kegagalan residen-residen
British di Myanmar, Gabenor Jeneral sedar bahawa Kerajaan Myanmar benar-benar
enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan British. Akhirnya, pada permulaan
tahun 1840, Calcutta telah menarik balik residensinya dari Myanmar. Keadaan
menjadi semakin genting apabila Raja Tharawwaddy telah mengadakan satu
perbarisan tentera untuk menunjukkan kekuatan tenteranya. Peristiwa ini telah
menyedarkan pihak British bahawa Myanmar telah bersiap sedia untuk mengadakan
satu peperangan baru. Tetapi British tidak dapat bertindak kerana terlibat
dalam Perang Afghan dan Sikh di India. Perang Afghan telah berlaku pada
1836-1839 iaitu dalam pemerintahan Lord Auckland (1836-1842), Perang Sikh
Pertama pada 1845-4846 iaitu semasa Lord Hardings (1844-1848) dan Perang Sikh
Kedua pada 1848-1849 semasa Lord Delhousie (1848-1856).
Cita-cita
Raja Tharawwaddy untuk menentang British tidak dapat dilakukan kerana baginda
mangkat pada tahun 1846 dan tempatnya digantikan oleh Pagan Min. Pagan Min
seorang raja yang bersifat anti-British dan sangat kejam. Pagan Min telah
membunuh ramai orang Myanmar sendiri antara tahun 1846-1848. Pagan Min juga
merupakan seorang raja yang kurang bijak dalam menjalankan urusan-urusan
pentadbiran sebaliknya menyerahkan tugas-tugasnya kepada para pegawai. Hanya
yang dikehendaki ialah pegawai yang dapat menyediakan pendapatan negara.
3. Layanan
buruk ke atas rakyat British
Selain Pagan
Min, pegawai Myanmar juga bersifat anti-British. Misalnya Gabenor Pegu iaitu
Maung Ok. Beliau seringkali menindas orang asing di Rangoon untuk mendapatkan
wang. Tindakan ini juga dikenakan ke
atas orang Inggeris lebih-lebih lagi tidak adanya Residen Inggeris yang dapat
mengambil berat terhadap hal-ehwal orang Inggeris di sana. Tindakan menindas
menyebabkan pada tahun 1851, saudagar British membuat pengaduan ke Calcutta.
Berikutnya secara rasminya Calcutta telah membuat bantahan kepada Kerajaan
Myanmar. Sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh Pagan Min dan pegawai Myanmar
telah mendalamkan lagi jurang perselisihan antara British dan Myanmar.
Oleh sebab sifatnya yang anti-British, Maung Ok telah
melakukan penganiayaan terhadap orang Inggeris. Dalam bulan Julai dan Ogos
1851, beliau telah menghukum 2 kapten kapal berbangsa Inggeris iaitu Kapten
Sheppard dari Kapal Monarch dan Kapten Lewis dari Kapal Champion. Mereka
dituduh cuba membunuh sedangkan perkara sebenarnya seorang kelasinya telah
terjatuh ke dalam laut. Seorang lagi dituduh cuba menggelapkan wang
pekerja-pekerjanya. Kedua-duanya telah dihukum denda sebanyak 1000 rupee.
Mereka berdua telah menyampaikan peristiwa tersebut kepada Gabenor Jeneral Lord
Delhousie di India. Oleh sebab tindakan Kerajaan Myanmar sebagai satu tindakan
permusuhan dan penghinaan dengan tujuan memalukan maka Lord Delhousie telah
bertindak. Sungguhpun peristiwa itu hanya peristiwa yang kecil namun, Lord
Delhousie merasa telah sampai masanya untuk menggunakan kekerasan terhadap
Myanmar. Lagipun ketika itu, Perang Afghan dan Perang Sikh telah tamat dengan
pihak British mendapat kejayaan yang besar. Lord Delhousie telah mengirim
Komander Lambert dengan 3 buah kapal perang ke Rangoon. Lord Delhousie telah
menuntut bayaran ganti rugi untuk Kapten Sheppard dan Lewis dan mendesak supaya
Maung Ok dipecat dari jawatannya. Amaran yang diterima dari Lord Delhousie
telah mencemaskan Pagan Min. Seorang pegawai baru dilantik untuk menggantikan Maung
Ok, tetapi ia juga bersifat anti-British. Oleh sebab Lambert tidak sebar dengan
sikap Myanmar yang melewat-lewatkan perundingan dan sentimen anti-British maka
ia mengarahkan penutupan pelabuhan Rangoon dan menembak kapal-kapal Myanmar.
Satu lagi kata dua telah sampai pada Februari 1852 dimana pihak British
menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 1 juta rupee. Apabila tarikh tuntutan
tamat pada 1 April 1852, tanpa sebarang jawapan rasmi dari Kerajaan Myanmar,
Lord Delhousie telah mengisytiharkan perang ke atas Myanmar. Pagan Min tidak
menduga pihak British akan berbuat demikian sedangkan Myanmar belum bersedia
untuk menghadapi peperangan terhadap British.
Peristiwa dan kesan peperangan
Setelah peperangan diisytiharkan,
tentera British telah bertindak dan dengan senangnya mereka menawan Rangoon,
Martaban dan Bassein dalam bulan Mei 1852. Kemudiannya dalam bulan Ogos 1852,
Lord Delhousie telah melawat Rangoon dan mencadangkan pengambilan wilayah Pegu.
Sebenarnya Delhousie tidak berniat untuk menawan wilayah Pegu dan merasa cukup
menawan ketiga-tiga bandar itu. Tetapi akhirnya kepentingan wilayah Pegu telah
dirasakan. Oleh itu, pada November 1852, Jeneral Godwin telah menawan Prome dan
Pegu. Kemudian dalam Disember 1852, Major Arthur Purve sebagai Pesuruhjaya Pegu
Pertama telah mengisytiharkan Pegu sebagai sebahagian dari wilayah British
seperti Arakan dan Tennasserim.
Penaklukan
Pegu adalah penting bagi British kerana kawasan itu dapat digunakan sebagai
jalan darat ke China, merupakan kawasan pertanian dan kawasan yang penting dari
segi kayu balak. Dengan penaklukan wilayah Pegu bermakna hanya tinggal Myanmar
Hulu yang masih dikuasai oleh orang Myanmar. Hal ini adalah kesalahan pihak
Myanmar sendiri yang masih menggunakan taktik berlambat-lambat untuk menantikan
musim hujan tiba yang pada fikiran mereka musim tengkujuh akan menyudahkan
pergerakan tentera British. Tetapi tafsiran pihak Myanmar telah silap kerana
pihak British telah pun mempunyai persiapan yang cukup untuk menghadapi musim
tengkujuh. Pengalaman dalam Perang Inggeris-Myanmar Pertama cukup untuk British
memikirkannya jangan sampai peristiwa di mana British terpaksa berundur jangan
berulang lagi. Kesan-kesan buruk akibat kemaraan tentera British telah dirasai
oleh Mindon dan oleh sebab itu sebaik sahaja Mindon menjadi raja ia telah
menghentikan peperangan dan meminta supaya British memulangkan kembali
wilayah-wilayah yang telah ditawannya. Mindon telah merampas kuasa dari Pagan
Min dalam Februari 1853 ketika peperangan masih berjalan. Mindon dari mula lagi
tidak setuju dengan Pagan Min yang mengambil tindakan berperang dengan British.
Peperangan
Inggeris-Myanmar Kedua telah memberi kesan yang buruk kepada Myanmar bukan
sahaja kehilangan wilayah yang lebih luas malah dalam aspek-aspek yang lain.
Pertama, keagungan dan kekuatan tentera Myanmar yang pada satu ketika sangat
ditakuti sekarang dibukti kelemahannya. Sebagai bukti, Myanmar tidak berdaya
untuk mempertahankan Pegu yang merupakan kawasan yang amat penting. Kedua,
dengan penaklukan wilayah-wilayah pantai oleh British bermakna Myanmar Hulu
terpencil dengan dunia luar. Ketiadaan pelabuhan akan mempengaruhi kejatuhan
ekonomi Myanmar Hulu. Sedangkan bagi British pengambilan Myanmar Selatan
terutama wilayah Pegu merupakan tambahan wilayah yang sangat menguntungkan.
Wilayah Pegu ternyata dapat membekalkan kayu jati untuk kegunaan angkatan laut
seperti pembinaan kapal.
Perang
Inggeris-Myanmar Ketiga, 1885
Pengenalan
Seperti yang diketahui, negeri Myanmar telah pun menghadapi 2 kali
peperangan dengan British yang berkesudahan Myanmar kehilangan wilayah-wilayah
Arakan, Tennasserim dan Myanmar Selatan. Sungguhpun demikian, pemimpin dan raja
Myanmar belum lagi sedar akan pengalaman pahit yang mereka rasai. Mereka terus
ingin mempertahankan maruah dan berusaha mendapatkan semula wilayah yang
ditawan oleh British. Bagi British, mereka memanglah mempunyai rancangan yang
seterusnya iaitu menguasai Myanmar Utara. Bagi British, Myanmar Utara mempunyai
kepentingan politik dan ekonomi. Akhirnya, kedua-dua pihak telah berperang bagi
kali ketiga pada tahun 1885.
Sebab-sebab berlaku peperangan
1. Kegagalan
mengadakan hubungan diplomatik
Pihak British merasa
perlu diadakan hubungan diplomatik dengan Myanmar demi menjamin kepentingan
politik dan ekonomi. Tetapi pihak British gagal dalam tujuan tersebut
memandangkan terjadinya hubungan yang runcing antara kedua-duanya. Hubungan
yang runcing telah pun berlaku sejak pemerintahan Raja Mindon yang berpunca
dari segi masalah kasut, masalah wilayah Kareni Barat dan hubungan baik dengan
Perancis. Hubungan antara kedua-duanya menjadi semakin serius apabila Raja
Thibaw (1878-1886) menaiki takhta. Beliau bersifat anti-British dan meneruskan
hubungan dengan Perancis. Akibatnya pada akhir tahun 1879, Kerajaan India menarik
balik residensinya dari Myanmar Utara. Dengan ini tidak ada lagi saluran rasmi
untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kedua-dua kerajaan itu.
Memandangkan hal ini, Kerajaan Myanmar cuba mengadakan hubungan secara
langsung.
2. Kekacauan
politik di Myanmar Utara
Raja Thibaw seorang
raja yang lemah tetapi zalim. Baginda tunduk di bawah pengaruh permaisuri yang
jahat iaitu Permaisuri Supayalat. Sebaik sahaja baginda berkuasa, baginda telah
melakukan pembunuhan ke atas kerabat diraja yang dianggap menjadi ancaman
kepadanya. Tindakan baginda telah menimbulkan rasa dendam terhadap kerabat
diraja yang terlibat. Pada tahun 1880, seorang saudara Thibaw sendiri yang
berlindung di Calcutta kembali ke Myanmar dan melancarkan satu pemberontakan.
Percubaan itu gagal dan beliau melarikan diri ke wilayah British. Kerajaan
Myanmar telah menuduh British campur tangan dalam pemberontakan tersebut dan
hal ini memburukkan lagi hubungan antara mereka.
Kekacauan
yang berlaku juga disebabkan oleh pemberontakan oleh suku kaum Syan dan Kachin.
Pada tahun 1884, orang Kachin telah melakukan pemberontakan di Utara dan
perompak Cina telah menyerang Bhamo. Dengan danya kekacauan dan peristiwa
pembunuhan, saudagar dan golongan ugama telah mendesak India supaya campur
tangan. Bagi saudagar, kekacauan yang terus-menerus mengganggu perjalanan
perdagangan mereka.
3. Desakan
saudagar British
Selain Raja Thibaw,
terdapat beberapa orang pegawai Myanmar yang anti-British. Akibatnya berlaku
penindasan ke atas rakyat British terutama golongan saudagar. Pihak Myanmar
telah mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap urusan perdagangan. Mereka
tidak lagi melaksanakan perjanjian-perjanjian 1862 dan 1867 yang dibuat oleh
Raja Mindon dengan British. Tekanan-tekanan yang dikenakan oleh Kerajaan
Myanmar menyebabkan saudagar British membuat bantahan kepada India dan mendesak
supaya diambil tindakan terhadap Myanmar. Selain itu, Myanmar Utara juga
mempunyai kepentingan dari segi perdagangan. Sebuah syarikat iaitu Manchester Chamber
of Commerce ingin menjadikan Myanmar sebagai pasaran baru bagi perusahaan
kapasnya. Sejak tahun 1860, syarikat tersebut mendesak Kerajaan India membuka
jalan perdagangan Moulmein-Yunnan yang dapat menghubungkan Myanmar dengan
China. Untuk menjayakan rancangan ini, British terpaksa menguasai Myanmar
Utara. Seterusnya, golongan saudagar British juga menyokong pengambilan seluruh
Myanmar kerana ini akan membawa kepada keuntungan yang besar. Golongan saudagar
telah banyak menanam modal di Lembah Irrawaddy, Arakan dan Tennasserim.
Perniagaan ini perlu diberi perlindungan dan ini hanya terjadi jika Myanmar
Utara diletakkan di bawah pentadbiran British. Atau setidak-tidaknya memaksa
Myanmar Utara memberi beberapa hak istimewa kepada saudagar British.
4. Tekanan
pengaruh Perancis
Raja Thibaw
menyedari bahawa British tidak senang hati dengan kegiatan Perancis di Annam
dan Tongking. Baginda menggunakan peluang ini untuk menentang tekanan-tekanan
dari Inggeris. Oleh sebab itu, baginda mengambil keputusan untuk meneruskan
semula rundingan dengan Perancis yang telah dihentikan sejak pemerintahan
Mindon. Pada Mei 1883, baginda menghantar satu perwakilan ke Eropah atas alasan
untuk mendapatkan pengetahuan mengenai perkilangan dan sains. Tetapi ternyata
tujuan perwakilan itu ialah untuk mendapat bantuan senjata dari Perancis. Pada
tahun 1884, Myanmar dan Perancis telah bersetuju secara sulit di mana Perancis
akan menghantar alat-alat senjata ke Myanmar setelah tamatnya peperangan di
Indo-China dan sebagai balasan Perancis akan dibenarkan mengusahakan lombong
permata dan diberi beberapa hak istimewa yang lain. Persetujuan sulit tersebut
diketahui oleh British. Hal ini benar-benar membimbangkan British kerana ini
membuktikan dengan jelas juga usaha Thibaw untuk menghapuskan kepentingan
British di Myanmar.
Kemuncak
hubungan Myanmar-Perancis ialah bila pada tahun 1886 ditandatangani perjanjian
yang memberi kemudahan yang luas kepada Perancis. Seorang Konsol Perancis
dilantik di Mandalay. M. Ilaas telah dilantik sebagai Konsol Perancis yang
pertama ke Myanmar. Sungguhpun Ilaas dipanggil pulang pada bulan Oktober 1885
dan pihak Perancis memberi jaminan tidak akan merosakkan hubungan dengan
British, pihak British tetap curiga. Untuk mengelakkan penglibatan Perancis di
Myanmar, British terpaksa menawan Myanmar Utara.
5. Perubahan
dasar kerajaan British dan India
Sebab lain yang
membantu keputusan Kerajaan India untuk berperang dengan Myanmar ialah
berlakunya perubahan pucuk pimpinan dan dasar Kerajaan British di England dan
juga Kerajaan India. Pada Jun 1885, di England, Parti Konservatif pimpinan
Salisbury telah berjaya mengalahkan Parti Liberal pimpinan Gladstone. Kerajaan
baru dari Parti Konservatif telah mengamalkan dasar yang tegas terhadap
Myanmar. Begitu juga di India, Gabenor Jeneral Lord Ripon yang bersifat
sederhana telah diganti oleh Lord Dufforin yang bersifat lebih radikal.
6. Denda
ke atas Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
Peristiwa tindakan
Kerajaan Myanmar mengenakan denda kepada Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar
merupakan sebab terakhir yang membawa kepada keputusan Inggeris untuk berperang
dengan Myanmar. Syarikat tersebut diberi
hak mengambil kayu balak di Ningyan selama 25 tahun dan permit itu telah
diperbaharui pada tahun 1884. SPBB telah dituduh mengambil kayu balak yang
berlebihan dari had yang ditetapkan. Ia juga dikatakan tidak membayar cukai
eksportnya, memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan memberi gaji rendah
kepada pekerja bangsa Myanmar. Akibatnya, SPBB didenda sebanyak 2.3 juta rupee.
Pihak British meminta supaya masalah itu diselesaikan tetapi cadangan itu
ditolak. Oleh sebab itu, Kerajaan India telah menghantar kata dua kepada Raja
Thibaw bertarikh 22 Oktober 1885. British meminta supaya SPBB diselesaikan
melalui orang tengah. Kata dua ini berakhir pada 10 November 1885.
Kata
dua dari British tidak mendapat sambutan. Sebahagian besar pegawai Myanmar
mendesak Thibaw untuk berperang. Ada juga yang mencadangkan perdamaian. Oleh
sebab rasa bongkak, Thibaw telah memberi jawapan kepada British:
a. Baginda
bersetuju melucutkan denda ke atas SPBB kalau rayuan diterima.
b. Wakil
British dibenarkan menetap di ibu negeri Myanmar tetapi kebebasan bergerak sama
seperti dulu.
c. Myanmar
akan meneruskan perhubungan dengan Perancis, Itali dan negara lain.
Jawapan itu sampai
ke Rangoon pada 9 November tetapi British tidak bersetuju dengan syarat itu.
Tanpa memberi sebarang alasan, pada 11 November 1885, Kerajaan India
mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
Peristiwa dan kesan peperangan
Apabila setelah peperangan diisytiharkan, Jeneral Prendergast
diarahkan menawan Mandalay. Serangan tentera British ternyata tidak mendapat
tentangan hebat dari tentera Myanmar. Raja Thibaw yang berada di Mandalay
begitu yakin akan kerajaannya kerana beliau menerima berita yang sengaja
dipalsukan mengenai kedudukan medan pertempuran. Tetapi setelah tentera British
menawan Ava, Raja Thibaw bersetuju menyerah diri. Raja Thibaw bersama isterinya
dan pengikutnya dibuang negeri ke India pada 11 Januari 1886. Raja Thibaw
mangkat di India pada tahun 1916 dan permaisurinya Supayalat dibenarkan balik
ke tanah airnya.
Dengan penaklukan
Myanmar Utara bermakna seluruh negeri Myanmar ditakluk oleh British. Kejatuhan
Myanmar Utara juga berakhirnya pemerintahan raja-raja dari Dinasti Kombaung
yang telah diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752. Setelah Raja Thibaw
ditangkap dan dibuang negeri ke India, tidak ada tokoh yang layak ditabalkan
untuk menjadi raja. Ini terjadi disebabkan tindakan Thibaw yang membunuh
kerabat diraja kerana bimbang berlaku rampasan kuasa. Kekosongan ini
menyebabkan pemerintahan beraja ditamatkan pada Januari 1886. Dari segi
pentadbiran, Myanmar diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan India sehingga
tahun 1937.
Penghapusan
pemerintahan beraja telah menimbulkan kekacauan buat seketika waktu kerana
orang Myanmar menentangnya. Bagi orang Myanmar, “Raja” adalah satu-satunya
simbol pengiktirafan kuasa politik Myanmar. Antara tahun 1886-1889,
pejuang-pejuang dan gerila-gerila Myanmar menyerang pusat tentera British.
Tentera British menghadapi kesukaran untuk menentang mereka kerana ia
melibatkan rakyat biasa, ketua-ketua tempatan dan juga pemimpin agama.
Sementara itu, Putera Myingun telah menuntut takhta kerajaan bagi Myanmar Utara
yang dikosongkan oleh Thibaw dan Putera Limbin pula menuntut kekuasaan ke atas
wilayah Syan. Tuntutan itu tidak dihiraukan oleh British. Pihak British telah
mengambil masa 4 tahun untuk menenteramkan keadaan dalam negeri. Sungguhpun
demikian, perasaan benci dan semangat untuk berjuang terus wujud di kalangan
orang Myanmar. Keadaan ini disedari oleh pihak British dan oleh sebab itu,
dikenakan beberapa kawalan politik terutama ke atas orang-orang Syan.
Ketika British
berkuasa, mereka telah mengadakan beberapa perubahan dalam pentadbiran, ekonomi
dan sosial. Sebagai contoh, dalam bidang pentadbiran sistem pemerintahan
tradisional ketua-ketua puak (Myothugyi/Thaiktugyi) dimansuhkan dan diganti
dengan ketua-ketua kampung. Hal ini bertujuan untuk menghindarkan munculnya
semangat anti-British kerana ketua-ketua puak telah memainkan peranan penting
dalam berlakunya penentangan terhadap British.
Penerimaan dan Pengubahsuaian di Myanmar
Pengenalan
Penguasaan British ke atas Myanmar adalah melalui 3 peringkat iaitu
malalui Perang Inggeris-Myanmar Pertama (1826), Perang Inggeris-Myanmar Kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar
Ketiga (1885). Penguasaan British ke atas Myanmar telah membawa kepada pelbagai
perubahan sama ada dari segi pentadbiran, ekonomi ataupun sosial. Semua
perubahan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pada
permulaannya, segala perubahan yang diperkenalkan telah menimbulkan penentangan
penduduk setempat.
Dari segi pentadbiran
1. Perlaksanaan sistem pentadbiran India
Corak pentadbiran
yang dijalankan di Pegu ialah menurut dasar liberal yang disesuaikan dengan
corak-corak tempatan. Wilayah ini dibahagikan kepada 5 buah daerah dengan
setiap daerah dilantik seorang Pesuruhjaya Daerah yang terdiri daripada bangsa
Inggeris. Daerah-daerah ini pula dipecahkan kepada bandar-bandar kecil di bawah
seorang Pegawai Bandaran (Myo-oks). Setiap bandar dipecahkan menjadi sistem
bulatan dengan seorang ketua sebagai penasihat. Corak pentadbiran di Pegu ini
adalah mirip dengan corak pentadbiran di India. Hal ini berlaku kerana
pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas pernah berkhidmat di Benggala dan
Madras.
Di
Myanmar Utara, ia dibahagikan kepada 14 daerah. Sir Charles Bernard,
pesuruhjaya yang pertama mengusulkan supaya pentadbiran awam dan pungutan cukai
dijalankan melalui wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan tetapi
Sir Charles Crosthwaite yang menggantikan Sir Charles Bernard lebih suka
menjalankan pentadbiran ini mengikut sistem di India.
2. Penghapusan pentadbiran tradisional
Apabila British
berjaya menawan Myanmar Utara, British telah melakukan beberapa perubahan besar
dalam sistem pentadbiran tempatan. Perubahan yang paling ketara ialah hapusnya
sistem pemerintahan beraja (monarki). British memberi alasan bahawa tidak ada
putera-putera raja yang layak ditabalkan menjadi raja. Selain pemerintahan
beraja, sistem tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Badan
Hlutdaw (Majlis Tertinggi Orang-orang Bangsawan) dan Thatnabaing yang terdiri
daripada sami-sami Buddha turut dimansuhkan. Kedua-dua badan tersebut merupakan
badan penasihat kepada raja.
Sebahagian
daripada Hlutdaw telah dilantik oleh British sebagai pegawai kerajaan yang
bergaji tetap. Oleh sebab kebanyakan pegawai-pegawai dilantik oleh British,
maka ini menyebabkan mereka tidak mendapat penghormatan dan kerjasama dari
rakyat tempatan.
Pemansuhan
Thainabaing yang mempunyai pengaruh kuat terhadap raja telah dilakukan.
Orang-orang Myanmar mendesak agar sistem Thainabaing dikekalkan tetapi ditolak
oleh British.
Sir
Charles Crosthwaite telah mebuat rancangan untuk menjadikan kampung-kampung
sebagai unit pentadbiran dan dengan demikian kesalahan jenayah dapat
dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan itu. Perlaksanaan Majlis
Kampung dikuatkuasakan berdasarkan kepada Undang-undang Kampung Myanmar 1889.
Berdasarkan undang-undang ini seorang ketua kampung dilantik dan secara tidak
langsung juga bertugas sebagai pegawai kerajaan. Keamanan dan kutipan cukai
adalah di bawah tanggungjawab ketua dan Majlis Kampung sendiri.
3. Penubuhan Dewan Perundangan
Penglibatan mereka
dalam pentadbiran benar-banar aktif pada tahun 1897 apabila jawatan Ketua
Pesuruhjaya telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Arthur Phayte, Gabenor
Myanmar yang pertama, dibantu oleh Dewan Perundangan yang mengandungi 9 orang
anggota yang dilantik. Pada tahun 1909, jumlah anggota dewan telah ditambah
menjadi 15 orang. Pada tahun 1920, anggota dewan ditambah menjadi 30 orang.
Golongan pedagang mempunyai wakil paling ramai. Beberapa orang Myanmar juga
dipilih untuk menjadi anggota dewan ini.
Dari segi ekonomi
1. Tanaman bercorak perdagangan
Perubahan dalam
bidang pentadbiran juga membawa kepada perubahan dalam bidang ekonomi. Ekonomi
saradiri telah berubah menjadi ekonomi perdagangan yang berdasarkan
prinsip-prinsip ekonomi barat. Sistem pentadbiran untuk keperluan sendiri
bertukar kepada pertanian secara besar-besaran untuk dieksport ke luar negeri.
Hasilnya negeri Myanmar menjadi menjadi pengeluar beras utama. Pelabuhan
Rangoon merupakan pelabuhan utama mengendalikan eksport beras. Pada tahun 1886
di negeri Myanmar terdapat kira-kira 4 juta ekar tanah yang ditanam dengan padi
dan pada tahun 1920 menjadi 10.3 juta. Di Myanmar Selatan sahaja terdapat 8.6
juta ekar. Sementara itu, eksport beras di Myanmar pada tahun 1881 ialah 0.5
juta tan telah meningkat kepada 1.4 juta tan pada 1901 dan 2.5 juta tan pada
1921.
2. Memajukan perusahaan dan perlombongan
Di samping
pertanian, pemerintah British juga menumpukan bidang perusahaan dan perlombongan.
Antara perusahaan dan perlombongan utama yang dijalankan ialah :
a. Perusahaan minyak
Telaga-telaga minyak
kebanyakan berpusat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah. Pada tahun
1886, Syarikat Minyak Burma (Burma Oil Company) telah ditubuhkan. Pengeluaran
secara besar-besaran dijalankan selepas tahun 1908. Pada tahun itu Syarikat
Minyak Burma telah mengeluarkan tiga perempat dari pengeluaran minyak di
Myanmar. Sementara bakinya dikeluarkan oleh Syarikat Petrol Indo-Burma
(Indo-Burma Petroleum Company), Syarikat Petrol British Burma (British Burma
Petroleum Company) dan Syarikat Minyak Nath Singh (Nath Singh Oil Company).
Pada tahun 1923 pengeluaran minyak Myanmar berjumlah 273 juta tong.
b. Perusahaan balak
Ia merupakan eksport
kedua penting negeri Myanmar selepas minyak. Perusahaan balak terutama kayu
jati mempunyai sejarah yang lama. Kawasan kayu balak yang utama ialah Pegu.
Pada tahun 1856 ditubuhkan Jabatan Perhutanan yang bertugas memastikan kegiatan
mendapatkan sumber-sumber dari hutan dijalankan dengan sempurna. Langkah ini
diambil memandangkan kemusnahan kawasan kayu balak seperti di daerah Amherst
menjelang tahun 1850 dan pengalaman British di Tennasserim akibat tidak adanya
pengawasan. Terdapat 6 syarikat yang mengusahakan pengusahaan balak dan yang
terbesar ialah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma (Bombay-Burma Trading
Corporation).
c. Bijih timah
Ia didapati di
Mawchi, Tavoy dan Tennasserim. Negeri Myanmar menduduki tempat keempat di
antara pengeluar-pengeluar timah di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua
tetapi pengeluarannya jauh di belakang kalau dibanding dengan negara-negara
lain. Pada tahun 1910 pengeluaran negeri Myanmar hanya berjumlah 100 ton.
d. Lain-lain
Bahan-bahan galian
yang lain yang terdapat di Myanmar ialah timah hitam di Badwin dan Namtu.
Selain itu, terdapat zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam di Mogok ke
utara Mandalay.
3. Pembina alat perhubungan dan pengangkutan
Untuk membantu
meningkatkan hasil pertanian dan juga pengeluaran hasil perusahaan dan
perlombongan, pemerintah British telah membina alat-alat perhubungan dan
pengangkutan. Jalan keretapi antara Rangoon dan Prome telah disiapkan pada
tahun 1877. Ia dikendalikan oleh Irrawaddy State Railway. Pada tahun 1884 jalan
keretapi dari Rangoon ke Toungoo pula disiapkan. Kemudian dari Toungoo jalan
keretapi dibina menyambungkan Mandalay dan disiapkan pada tahun 1889.
Selanjutnya pada tahun 1898 ia diteruskan ke Myitkina di utara.
Di
samping jalan keretapi, dibina juga jalan raya dan mengadakan kemudahan
pengangkutan malalui sungai. Menjelang tahun 1920 telah dibina jalan raya dari
Rangoon ke Prome dan ke Pegu. Selepas tahun 1920 semakin banyak jalan raya
dibina yang menyambungkan Prome dan Pegu dengan bandar-bandar lain di Myanmar.
4. Lain-lain
Selain perubahan di
atas, British juga berusaha meningkatkan ekonomi di Myanmar melalui
perlaksanaan sistem perdagangan bebas di Tennasserim. Dengan hal yang demikian
akan dapat menggalakkan kemasukan saudagar-saudagar dan pemodal-pemodal luar
dan dengan ini dapat membantu membangunkan wilayah itu.
Pemerintah
British menggalakkan orang Myanmar membuka tanah-tanah baru dengan cara
membersih dan meneroka hutan di delta-delta untuk pertanian terutama tanaman
padi. Rancangan ini tidak sahaja dapat meningkatkan ekonomi Myanmar malahan
dapat meringankan beban rakyat. Malangnya rancangan ini kurang berjaya kerana
untuk membuka tanah baru memerlukan perbelanjaan dan pengetahuan.
Dari segi sosial
1. Kemerosotan kebudayaan Myanmar
Ketika pemerintahan
British, Myanmar mengalami kemerosotan kebudayaan dan pegangan agama yang
hebat. Kebudayaan dan kesenian orang Myanmar mulai mengalami perubahan
disebabkan kemasukan orang India dan kebudayaan barat. Mereka telah
memperkenalkan cara hidup moden yang mengikut prinsip-prinsip barat. Akibatnya
sifat asli Myanmar telah hilang.
Tatatertib
dan kesetiaan mereka terhadap ajaran Buddha dan kuil-kuil mulai longgar. Dalam
hal ini pihak British turut bertanggungjawab kerana dasar mereka tidak mahu
campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat resam. Kegiatan agama Buddha tidak
dipedulikan oleh British, aktiviti mereka disekat dan diletakkan di bawah
kekuasaan mahkamah, undang-undang dan polis.
Di
sebaliknya, pihak British menggalakkan kegiatan kebudayaan barat dan agama
Kristian. Usaha-usaha mengembangkan agama Kristian telah dijalankan hinggalah
mubaligh-mubaligh Kristian telah berjaya mengkristiankan suku kaum Karen.
Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh pergerakan-pergerakan Kristian
digalakkan kerana dengan cara ini dapat mengembangkan kebudayaan British kepada
orang-orang Myanmar terutama dari golongan bangsawan.
2. Perubahan pelajaran
Sebelum penguasaan
British ke atas Myanmar, negeri itu tidak mempunyai sistem pelajaran moden.
Sistem pelajaran yang ada hanya tertumpu kepada bidang keagamaan yang
dijalankan oleh sami-sami Buddha. Phayre telah mengambil langkah-langkah untuk
mengubah sistem pelajaran yang sedia ada. Sebagai langkah permulaan ialah
mengenalkan pelajaran yang berasaskan sekolah-sekolah bercorak gereja dan mengadakan
pelajaran rendah untuk kanak-kanak lelaki bagi seluruh negara tetapi rancangan
itu kurang berjaya.
Sungguhpun
terdapat masalah-masalah terutama sikap negatif orang Myanmar, ini tidak
menghalang pemerintah British untuk meneruskan langkah-langkah meningkatkan
taraf pelajaran negara itu. Hasilnya beberapa sekolah kerajaan telah didirikan
dalam tahun-tahun 1870-an. Pada tahun 1873 Anglo Vernacular School telah
didirikan dan ia menjadi pusat menyediakan pelajar-pelajar ke Universiti
Calcutta, India.
Pada
tahun 1880 pemerintah British telah menjalankan penyusunan semula sistem
pelajaran agar diadakan sistem pelajaran yang lebih berkesan. Kemudian pada
tahun 1884 Maktab Rangoon didirikan yang juga menjadi pusat menyediakan
pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajarannya ke Universiti Calcutta. Di
samping itu, kerajaan juga menggalakkan penubuhan sekolah yang dikendalikan
oleh pengembang-pengembang agama Kristian.
Menjelang
abad ke-20, semakin dirasakan kepentingan sistem pelajaran barat. Semakin ramai
orang Myanmar merasakan kepentingan pelajaran peringkat tinggi dan penubuhan
sebuah universiti sendiri. Oleh sebab itu pada tahun 1920 ditubuhkan Universiti
Rangoon. Universiti ini diberi bantuan wang yang cukup untuk meluaskan bidang
pengajiannya termasuk perubatan, perhutanan, kejuruteraan dan jabatan latihan
guru.
Perkembangan
Nasionalisme di Myanmar oleh Golongan Pongyi (Sami-sami Buddha)
Sebab perjuangan
Sebab utama golongan Pongyi atau sami-sami Buddha menyertai proses
politik Myanmar ialah disebabkan kemerosotan pengaruh sangha (komuniti
sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pemerintahan
British. Dengan itu, mereka menyertai proses ini untuk menegakkan kembali
pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1916-1920
Antara tahun 1916-1917, golongan
Pongyi telah memberi sokongan kepada Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Young Men
Buddhist Association atau YMBA) yang telah melancarkan protes terhadap
permakaian kasut oleh orang Eropah dalam rumah berhala dan pagoda-pagoda.
Pada
tahun 1918, British memutuskan ketua pagoda tempatan berhak untuk melaksanakan
larangan permakaian kasut. Hal ini merupakan kejayaan pertama yang dicapai oleh
nasionalisme politik Myanmar.
Pada
tahun 1920, golongan Pongyi menyokong satu permogokan pelajar yang dianjurkan
oleh Persatuan YMBA untuk membantah langkah British meninggikan taraf kelayakan
untuk memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan. Permogokkan
itu gagal dalam aspek pendidikan. Namun berjaya membangkitkan semangat
kebangsaan di kalangan orang Myanmar terutamanya para pelajar.
Antara
tahun 1916-1920, sebenarnya Persatuan Belia Buddha yang lebih memainkan peranan
utama dalam mengembangkan nasionalisme Myanmar dan golongan Pongyi hanya
bertindak sebagai “supportive”.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1921-1929
Antara tahun 1921-1922, peranan
Pongyi mengambilalih penguasaan kebanyakan unit politik perinkat desa yang
telah ditubuhkan oleh Majlis Persatuan Am bagi Kesatuan-kesatuan Burma (General
Council of Burma Association atau GCBA).
Pada
tahun 1921, U Ottama, seorang Pongyi terkemuka mengembara ke seluruh Myanmar
dan mengutuk sistem pemerintahan dua lapis serta menuntut kemerdekaan sendiri.
Beliau memujuk rakyat agar menentang kerajaan. Beliau menggunakan taktik-taktik
agama bagi mendapat sokongan ramai. Sehingga tahun 1927, beliau telah banyak
kali dipenjarakan, namun keadaan ini menyebabkan beliau bertambah popular di
kalangan rakyat terutamanya di desa. Beliau meninggal dunia pada tahun 1939.
Pada
tahun 1922, golongan Pongyi menubuhkan Majlis Am Sangha Semetggi (General
Council of Sangha Semetggi) untuk mengendalikan program politik mereka. Pongyi
bernama GBCA telah memulaukan pilihanraya untuk melantik ahli-ahli Majlis
Undangan. Kejayaan dapat dilihat apabila hanya 7% pengundi pada tahun 1922 dan
16% pada tahun 1925 keluar mengundi.
Pada
tahun 1923, Pongyi dan GBCA menentang pemerintahan dua lapis yang diperkenalkan
di Myanmar dan menuntut pemerintahan sendiri. Kepentingan dan pengaruh Pongyi
dapat dilihat apabila ahli-ahli baru Majlis Undangan yang dilantik selepas
tahun 1923 sering mendapatkan pandangan pemimpin-pemimpni Pongyi sebelum
mengundi atas isu-isu penting.
Pada
tahun 1924, golongan Pongyi melancarkan beberapa kempen anti-cukai.
Seterusnya,
pada tahun 1926, U Wisara, seorang Pongyi yang terkemuka telah melancarkan
kempen anti cukai di Daerah Tharrawaddy. Beliau ditangkap dan dipenjarakan.
Antara
tahun 1926-1927, Pongyi-pongyi lain melancarkan beberapa lagi kempen anti
cukai.
Pada
tahun 1928, GBCA terpecah menjadi tiga kumpulan kecil di bawah pimpinan U Chit
Hliang, U Su dan U Soe Thin akibat perselisihan yang berlaku antara tahun
1924-1928. Namun, kumpulan ini tidak banyak berbeza dari segi prinsip dan
objektif dan terpengaruh dengan pergerakkan Parti Kongres Nasional India dan
menentang reformasi Montague-Chelmsford dan menentang cadangan Suruhanjaya
Simon 1928 agar Myanmar dipisahkan daripada India.
Pada
tahun 1929, U Wisara meninggal akibat berpuasa dalam penjara. Kematian beliau
menambahkan lagi perasaan anti-British di kalangan rakyat Myanmar.
Peranan dan sumbangan Pongyi antara tahun 1930-1935
Pada tahun 1930, golongan Pongyi
memberi sokongan kepada Liga Anti-Pemisahan (Anti-Seperationist League) di
bawah pimpinan Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint dengan alas an pemisahan
membantutkan perkembangan kerajaan sendiri di Myanmar. Golongan Pongyi juga
telah menentang pengajaran agama Kristian kepada murid-murid beragama Buddha di
sekolah-sekolah mubaligh di Rangoon.
Pada
22 Disember 1930, Pemberontakan Saya San meletus di daerah Tharawaddy, Burma
Hilir. Pemberontakan ini dipimpin oleh Saya San (bekas Pongyi dari Shwebo) dan
diatur oleh Pongyi-pongyi di peringkat desa. Pemberontakan ini meletus disebabkan
oleh:
a. Ketidakpuasan
petani-petani terhadap cukai capitation.
b. Beban
hutang petani-petani dengan peminjam-peminjam wang.
c. Arahan-arahan
kerajaan mengkhaskan kawasan-kawasan hutan.
Pemberontakan ini bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan British dan
memulihkan agama Buddha. Pemberontakan ini dengan cepat berkembang ke
sebahagian Hilir Myanmar.
Pada
tahun 1931, pemberontakan berjaya dipatahkan. Saya San ditangkap dan dijatuhkan
hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini menaikkan lagi semangat
kebangsaan rakyat Myanmar.
Pada
tahun 1932, pengaruh ke atas petani memastikan kejayaan Liga Anti-Pemisahan
dalam pilihanraya umum. Mereka berjuang agar Myanmar terus dalam persekutuan
India kerana sedar bahawa hanya Kongres Nasional India yang mampu berjuang
menuntut kemerdekaan dengan berkesan. Namun, British enggan memberi Myanmar hak
memilih keluar daripada persekutuan India.
Seterusnya,
pada tahun 1935, Myanmar dipisahkan dari India dan diletakkan di bawah kawalan
langsung Pejabat Myanmar di London. Akta Kerajaan Myanmar diluluskan oleh
Parlimen British. Hal ini menyebabkan parti-parti politik Myanmar berusaha
mendapatkan sokongan bagi menduduki dewan perundangan atau kabinet. Pelajar
sering membuat tunjuk perasaan dan ahli politik mengambil kesempatan
memperalatkan pelajar. Dr. Ba Maw menyertai Parti Rakyat dan mengemukakan undi
tidak percaya kepada para menteri. Hal ini menyebabkan para menteri meletak
jawatan dan tempat mereka diambil alih oleh Dr. Ba Maw dan U Ba Pe.
Boleh
dikatakan selepas tahun 1932 atau awal 1930-an, pengaruh golongan Pongyi
semakin merosot dan secara beransur-ansur diambil alih oleh golongan Thakin.
Perkembangan
Nasionalisme di Myanmar oleh Golongan Thakin
Latar belakang
Golongan Thakin juga dikenali sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita
Orang Myanmar). Ia dikenali sebagai Parti Thakin kerana para pemimpinnya
menggelarkan diri mereka Thakin yang bererti tuan. Ia memberi simbol penolakan
kuasa British dan orang Myanmar seharusnya menjadi tuan di negara sendiri. Ia
merupakan percantuman dua buah pertubuhan iaitu percantuman di antara Liga
Pemuda Pelajar yang dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang
ditubuhkan pada tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1936
di Universiti Rangoon.
Corak perjuangan
Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme
seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakkan Farsis Itali
dan Jerman. Ia juga merupakan sebuah pergerakkan bercorak politik yang
memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang radikal dan tidak bekerjasama
dengan Inggeris. Mereka mengadakan perhubungan dengan gerakan kebangsaan di
negara lain yang pelbagai ideologi seperti Kongres India, Kuomintang dan Parti
Komunis China.
Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1935-1941
Pada tahun 1935,
pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Tuein Pe, Kyaw Nyien, Rashid,
Tui Han dan Ko Ohn Hu menyertai Jawatankuasa Kerja Pelajar Universiti Rangoon.
Pada tahun seterusnya iaitu tahun 1936, permogokan pelajar yang melibatkan
Universiti Rangoon dan merebak kepada 35 buah sekolah menengah di sekitar
Rangoon. Permogokkan itu adalah untuk membantah tindakan disiplin yang
dikenakan ke atas Thakin U Nu (Presiden P.P.U. Rangoon) dan Thakin Aung San.
Tindakan dikenakan ke atas mereka kerana Thakin U Nu membuat satu ucapan yang
mengkritik pentadbiran universiti dan Thakin Aung San kerana beliau membuat
tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar
telah mengambil peluang ini untuk membuat pindaan ke atas Akta Universiti 1920.
Permogokkan ini menyebabkan pemimpin Thakin dianggap sebagai pembela
nasionalisme Myanmar. Pindaan ke atas Akta Universiti pada tahun 1939
menyebabkan golongan Thakin semakin popular.
Pada
Disember 1936, golongan Thakin menyertai Pilihanraya Umum yang pertama dengan
menubuhkan parti sendiri iaitu Komin-Kochin untuk membentuk Kerajaan Myanmar
yang tidak lagi bergabung dengan India. Namun Parti Thakin hanya berjaya memenangi
3 kerusi berbanding 46 kerusi oleh GBCA bersatu yang dipimpin oleh U Ba Pe dan
16 kerusi oleh Parti Sinyetha (Parti Orang Miskin) pimpinan Dr. Ba Maw.
Penubuhan kerajaan campuran gagal akibat perbalahan badan-badan gabungan dan
timbulnya soal pembahagian jawatan menteri kabinet. Keadaan ini berjaya diatasi
oleh Dr. Ba Maw yang membentuk kerajaan campuran yang terdiri daripada
parti-parti kecil serta wakil puak minoriti.
Pada
tahun 1938, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan All
Burma Cultirators League. Golongan Thakin telah mencadangkan pembaharuan cukai
bagi membantu petani-petani. Golongan Thakin telah mencetuskan tunjuk perasaan
di kalangan buruh lombong minyak dan pengangkutan sungai bagi menuntut kenaikan
gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Hal ini menyebabkan golongan
Thakin semakin popular di kalangan pekerja dan petani.
Pada
Julai 1938, tercetus pertelingkahan serius di antara orang beragama Buddha
dengan orang Islam di Yangon dan kawasan sekitar. Golongan Thakin mengambil
kesempatan ini dengan menggalakkan tunjuk perasaan di kalangan buruh dan
pelajar di merata tempat.
Pada
tahun 1939, kerajaan pimpinan Dr. Ba Maw telah runtuh berikutan kejayaan U Saw
membangkitkan perasaan curiga terhadap pentadbiran Dr. Ba Maw. Kerajaan
campuran baru dibentuk oleh U Pu dengan sokongan U Ba Pe dan U Saw. Kerajaan
baru bersifat konservatif tidak dapat menenteramkan kekacauan politik dan awam.
Parti Thakin, biarpun menyertai kerajaan, mengambil kesempatan kekacauan politik
bagi memperjuangkan sosialisme golongan Thakin. Akibat terletusnya Perang Dunia
Pertama yang meletus di Eropah, golongan Thakin telah menubuhkan Blok
Pembebasan bersama-sama dengan Dr. Ba Maw. Blok ini menggunakan Perang Dunia
Pertama untuk mendapatkan konsesi-konsesi daripada British bagi penyertaan
Myanmar dalam perang itu dan perkara ini mendapat sokongan ramai melalui
golongan Pongyi. Namun, jaminan U Pu bahawa Myanmar akan membantu British tanpa
syarat telah mengakibatkan kempen anti perang oleh golongan Thakin. Konflik
peribadi antara U Pu dengan Dr. Ba Maw dan tindakan U Saw menarik sokongan
menjatuhkan U Pu. U Saw naik sebagai Perdana Menteri.
Pada
tahun 1940, Kerajaan U Saw telah menangkap beberapa pemimpin Thakin
bersama-sama dengan Dr. Ba Maw yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara.
Thakin Aung San dan 30 orang Thakin yang lain pula melarikan diri ke negeri
China pada akhir tahun 1940.
Pada
tahun 1941, Thakin Aung San membuat pakatan dengan Jepun di mana golongan
Thakin akan membantu Jepun menawan Myanmar daripada British dan pihak Jepun
akan memberi kemerdekaan kepada Myanmar. Sebilangan golongan Thakin telah
menjalani latihan ketenteraan di negara Jepun. Golongan Thakin menubuhkan
Tentera Kemerdekaan Myanmar (Myanmar Independent Army) yang mempunyai 30000
orang ahli pada kemuncaknya.
Pada
September 1941, U Saw pergi ke British untuk memohon kemerdekaan namun tidak
dilayan.
Pada
Januari 1942, U Saw ditangkap oleh British di Mesir sewaktu dalam perjalanan
pulang ke Myanmar atas tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan Jepun yang
sedang mengatur rancangan menakluk Myanmar.
Peranan dan sumbangan golongan Thakin antara tahun 1942-1948
Pada
Disember 1941, golongan Thakin membantu Jepun menyerang Myanmar melalui Tentera
Kemerdekaan Myanmar.
Pada
Mei 1941, Jepun menawan seluruh Myanmar. Pengaruh Thakin meningkat dan mereka
dianggap sebagai pembela nasionalisme Myanmar.
Pada
1 Ogos 1941, akibat usaha-usaha daripada golongan Thakin, Jepun telah memberi
kemerdekaan kepada Myanmar. Sebuah kerajaan republik dibentuk dengan Dr. Ba Maw
sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baru ini banyak dipengaruhi oleh golongan
Thakin yang banyak memegang jawatan di dalam kabinet. Antaranya ialah Thakin
Mya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Thakin Aung San sebagai Menteri Pertanian
dan Thakin U Nu sebagai Menteri Hal-ehwal Luar Negeri.
Pada
tahun 1944, kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak sepenuhnya dan kuasa
masih dipegang oleh Jepun. Kekejaman Jepun dan kemerosotan taraf hidup
mewujudkan semangat anti-Jepun di kalangan rakyat Myanmar. Oleh sebab itu,
golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain menubuhkan Liga
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti Facist People’s Freedom League atau AFPFL)
bagi menentang Jepun. Pemimpin utama ialah Aung San sebagai Presiden dan Than
Tun.
Pada
bulan Mac 1945, AFPFL melancarkan pemberontakan dan menyebelahi British.
Tindakan ini melemahkan Jepun untuk menentang kemaraan Angkatan Tentera
Nasional Myanmar dan Tentera British dari arah Utara ke Myanmar.
Pada
bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasminya dan British menubuhkan
pentadbiran Tentera. AFPFL yang dikuasai oleh golongan Thakin muncul sebagai
pertubuhan Nasionalis Myanmar yang utama.
Pada
bulan Oktober 1946, setelah pemulihan dilaksanakan, British meminta Aung San
membentuk sebuah Majlis Menteri.
Pada
bulan Januari 1947, Thakin Aung San memimpin satu delegrasi ke London untuk
membincangkan kemerdekaan Myanmar. British bersetuju untuk mengadakan
pilihanraya bagi memilih anggota Dewan Perlembagaan Myanmar pada April 1947 dan
bersetuju memberi kemerdekaan dalam jangka masa setahun.
Pada
bulan April 1947, AFPFL memenangi 171 buah kerusi daripada 182 buah kerusi yang
dipertandingkan. Seterusnya, Aung San dan 6 orang rakannya dalam kabinet
dibunuh oleh orang-orang yang diupah oleh U Saw, bekas anggota AFPFL pada 19
Julai 1947. Kepimpinan AFPFL diambil alih oleh U Nu yang seterusnya menggubal
satu perlembagaan bagi Myanmar.
Pada
4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan. Myanmar dibentuk sebagai sebuah
kerajaan republik. U Nu menjadi Perdana Menteri dan Sao Shwe Thaik, seorang
ketua orang Shan menjadi Presiden pertama.
INDO-CHINA
Pengilhakan Perancis di Vietnam, Kampuchea dan Laos
Pengenalan
Maharaja Gia Long mengadakan hubungan
baik dengan Perancis. Perlantikan Bishop Pigneau sebagai Menteri Besar
mengeratkan lagi hubungan Vietnam dan Perancis. Namun, selepas tahun 1820,
keadaan telah berubah. Penggantinya Minh Mang, menjalankan dasar tutup pintu.
Baginda mengeluarkan perintah untuk melarang kemasukan mubaligh Kristian. Thien
Tri (penggantinya) meneruskan dasar ayahandanya. Keadaan menjadi tegang semasa
pemerintahan Tu Duc (1848-1883). Oleh sebab penekanan yang teruk maka Perancis
telah mengambil tindakan untuk menakluki Vietnam.
Pengilhakan Tourane dan Saigon di Vietnam
Semasa Tu Duc, keadaan anti
Kristian memuncak. Pada tahun 1852, Paderi Augustin Schoeffler dibunuh dan
seterusnya Paderi Jean-Louis Bonnard (1852). Akibatnya, Napoleon III mengambil
tindakan menakluki Vietnam. Alasannya ialah pembunuhan Bishop Diaz di Tongking.
Pada 1 September 1858, de Genouilly menyerang Tourance dan menaklukinya pada
hari esok. Kemudian, tenteranya menuju ke Saigon dan menakluki Saigon pada 17
Februari 1859. Pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc menyerah kalah. Satu perjanjian
damai ditandatangani, menurutnya:
a. 3
wilayah Timur Cochin-China diserah kepada Perancis.
b. Pelabuhan
Tourance, Balat dan Kuang Anh dibuka kepada Perancis.
c. Kapal
Perancis dibenarkan belayar di Sungai Mekong.
d. Mubaligh
dibenarkan menyebarkan agama Kristian.
Pengilhakan Kampuchea
Kampuchea membayar ufti kepada
Vietnam dan Siam bagi menjaga kemerdekaannya. Pada tahun 1862, Raja Norodom
diminta membayar ufti kepada Perancis oleh Laksamana Bonnard. Pada tahun
seterusnya, baginda dipaksa menandatangani satu perjanjian dengan Perancis bagi
menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Siam. Siam menentang hebat
campur tangan Perancis. Pada tahun 1867,
satu perjanjian ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini. Menurut
perjanjian ini, Perancis mengakui kedaulatan Siam terhadap Battambang dan
Siemreap, manakala Siam menarik balik segala tuntutannya. Dengan itu, Kampuchea
menjadi negeri naungan Perancis dan Raja Norodom menjadi raja boneka.
Pengilhakan di Tongking
Tujuan pengilhakan di Tongking
ialah meluaskan pengaruhnya dari segi perdagangan dan kebimbangan akan
persaingan kuasa Barat lain. Penindasan Maharaja Tu Duc terhadap orang Kristian
juga memaksa Perancis menakluki Tongking. Pada Disember 1873, Perancis merampas
Hanoi dan lain-lain kubu pertahanan seperti Haiphong dan Nihn Ninh. Seterusnya,
pada tahun 1882, Kapten Henry Riviere telah menyerang dan merampas Hanoi dan
Tongking pada tahun 1883. Pada Ogos 1883, Maharaja Hiep Hoa (pengganti Tu Duc)
bersetuju menandatangani perjanjian damai, menurutnya:
a. Vietnam
menjadi negeri lindungan Perancis.
b. Binh
Thuan diserahkan kepada Perancis.
c. Vietnam
menarik balik semua angkatannya di Tongking.
Pengilhakan di Laos
Perancis membantah Laos
menghantar ufti kepada Siam dan mendakwa Laos harus menghantar ufti kepadanya.
Pada tahun 1886, Perancis menuntut kawasan di sebelah Timur Sungai Mekong
termasuk Luang Prabang. Laos membantah kuat tuntutan Perancis. Hal ini
menyebabkan Perancis melantik Auguste Pavie sebagai Naib Konsular di Luang
Prabang. Siam pula membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke wilayah Sip
Song Chu Thai, sementara itu, Auguste Pavie membantu Raja Luang Prabang
menentang pemberontak itu. Pada tahun 1888, Auguste mengambil alih Sip Song Chu
Thai. Raja Luang Prabang ditabalkan semula. Pada tahun 1892, Auguste menjadi
Residen Menteri di Bangkok. Beliau mendakwa wilayah sebelah Barat Sungai Mekong
sebagai hak Perancis. Siam tidak mengakui tuntutan itu. Pada tahun 1893, 2
kapal Perancis tiba di Paknam tetapi dibedil oleh Siam. Walau bagaimanapun,
tentera Siam juga dikalahkan dan kapal Perancis terus belayar ke Bangkok. Siam
akhirnya bersetuju berdamai dan menyerahkan wilayah Barat Sungai Mekong. Siam
juga berjanji mengundurkan tenteranya dari Battambang dan Siemreap. Wilayah itu
disatukan menjadi Laos, manakala Luang Prabang dikekalkan sebagai sebuah negeri
naungan di bawah rajanya.
Penerimaan
dan Pengubahsuaian di Indo-China
Pengenalan
Kuasa Perancis
telah menguasai kawasan Indo-China dengan cara pengilhakan dan juga peperangan.
Seperti kuasa-kuasa Barat yang lain, demi memperkukuhkan kedudukan, pelbagai
perubahan telah diperkenalkan oleh Perancis sama ada dari segi pentadbiran,
ekonomi ataupun sosial.
Dari segi
pentadbiran
Kerajaan
Perancis di Indo-China diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat di Saigon.
Wilayah Annam, Tongking, Laos dan Kampuchea diletakkan di bawah seorang Residen
Superior Perancis. Beliau bertanggungjawab terhadap Residen Jeneral. Cochin-China
pula diletakkan di bawah Leftenan Gabenor yang tarafnya lebih tinggi daripada
Residen Superior Perancis. Leftenan Gabenor ini dibantu oleh Majlis Privy dan
Majlis Penjajahan. Kawasan ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah yang
ditadbir oleh Residen Perancis. Residen Jeneral dibantu oleh Dewan Agung yang
mengawal ekonomi dan kewangan. Majlis ini dianggotai oleh pegawai tinggi
Perancis. Residen Jeneral juga dibantu oleh jabatan-jabatan seperti Angkatan
Tentera dan Laut, Jabatan Urusetia (perkhidmatan awam), Jabatan Pengadilan,
Jabatan Kastam dan Eksais dan sebagainya. Perancis turut menyusun semula sistem
keadilan dengan menggubal satu kanun undang-undang yang berasaskan kepada
undang-undang Perancis.
Dari segi
ekonomi
Sistem ekonomi
yang dijalankan oleh Perancis di Indo-China hanya memberi faedah kepada
segolongan pemodal asing terutamanya orang Perancis. Segolongan orang Vietnam
yang kaya turut melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi di Vietnam.
Dari segi
sosial
Pihak Perancis
telah menubuhkan sebuah majlis khas untuk mengatur semula sistem pelajaran di
Indo-China. Setiap kampung ditubuhkan sekolah permulaan dan Bahasa Guocrigu
digunakan. Pihak Perancis turut berusaha menghapuskan institusi perhambaan yang
merupakan kebudayaan orang Vietnam. Selain itu, Sistem Mandarin juga dihapuskan
dan ia digantikan dengan pegawai-pegawai Perancis. Keadaan ini telah menjadi
satu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China.
Nasionalisme
Indo-China
Sebab-sebab
perkembangan nasionalisme
1. Pentadbiran
Perancis dibenci dan dikutuk oleh rakyat Annam, Tongkin, Kemboja dan Laos.
Residen Jeneral di tiap-tiap negeri memegang semua kuasa.
2. Di
Cochin-China, pentadbiran Perancis dijalankan secara langsung oleh Gabenor
Jeneral. Sistem Mandarin iaitu sistem tradisional diketepikan.
3. Jabatan-jabatan
dan tugas-tugas penting dibuat oleh pegawai-pegawai Perancis. Anak-anak negeri
diketepikan sama sekali dari pentadbiran Indo-China.
4. Maharaja
Vietnam tidak berkuasa dan menjadi raja boneka. Gabenor Jeneral Perancis
berkuasa penuh.
5. Pemerintahan
Perancis memusnahkan kehidupan sosial dan ekonomi rakyat Indo-China.
Perubahan-perubahan ekonomi memberikan faedah kepada segolongan pemodal asing
dan sebilangan kecil orang Vietnam yang kaya. Rakyat jelata terutamanya kaum
tani amat menderita.
6. Masalah
sosial juga timbul. Kebudayaan Vietnam merosot. Sistem Mandarin yang
tradisional dihapuskan oleh Perancis.
7. Orang-orang
Mandarin yang sangat dihormati digantikan oleh pegawai-pegawai Perancis. Hal
ini adalah suatu pukulan yang hebat terhadap sistem tradisional Indo-China yang
turun-temurun.
8. Kemiskinan
berleluasa di kawasan penanaman padi disebabkan oleh penambahan penduduk yang
pesat.
9. Perkembangan
pelajaran Perancis di Indo-China membawa kesan sosial dan politik yang penting.
10. Perkembangan pelajaran ini
menimbulkan segolongan kelas pertengahan yang berpelajaran Barat.
11. Sistem pelajaran Perancis
menyedarkan golongan ini tentang kezaliman dan kelemahan pemerintahan Perancis
itu.
12. Tulisan-tulisan falsafah
seperti Monstesqueau, Voltaire dan Rousseau menyedarkan idea-idea liberialisme,
demokrasi dan kebebasan rakyat Vietnam.
13. Golongan kelas pertengahan
yang berpendidikan Barat itu berasa tidak puas hati kerana diketepikan daripada
jawatan-jawatan kerajaan walaupun berkelayakan seperti pegawai-pegawai
Perancis.
14. Sekalipun orang-orang Vietnam
diberi jawatan yang sama, gajinya amat rendah dibandingkan dengan gaji pegawai
Perancis.
15. Malahan, golongan ini
berpendapat bahawa Vietnam mesti dimodenkan sebagai langkah ke arah memperoleh
kemerdekaan Vietnam semula.
16. Di samping itu,
peristiwa-peristiwa yang berlaku di Asia memainkan peranan penting dalam
perkembangan penentangan terhadap pemerintahan Perancis di Vietnam.
17. Kemenangan Jepun ke atas Rusia
pada tahun 1905 menyedarkan orang-orang Vietnam bahawa Eropah tidak begitu kuat
seperti yang disangkakan dan memberi ilham kepada rakyat Vietnam bagi menentang
Perancis.
18. Revolusi China pada tahun 1911
dan Pergerakan Kuomintang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas rakyat Vietnam.
Canton menjadi pusat latihan bagi ornag-orang Vietnam yang anti-Perancis.
Perkembangan nasionalisme
1. Gerakan
nasionalisme bermula di Vietnam pada permulaan abad ke-20. Orang-orang Vietnam
yang berpendidikan Barat telah menyediakan pucuk pimpinan bagi gerakan
nasionalisme.
2. Di
samping itu, Mandarin-mandarin Vietnam dan keluarga diraja juga bangkit
menentang pemerintahan Perancis. Golongan ini berazam memulihkan Dinasti Nguyen
dan sistem kerajaan tradisional Vietnam.
3. Golongan
terpelajar, para Mandarin dan keluarga diraja mendapat semangat kebangsaan
daripada kesan Perang Rusia-Jepun tahun 1905.
4. Mereka
melancarkan banyak pemberontakan menentang Perancis tetapi gagal.
5. Phan
Boi Chou mengasaskan “Viet Nam Quang Phu Hoi” atau kesatuan bagi pemulihan
Vietnam pada tahun 1913. Hal ini merupakan gerakan nasionalis dan penubuhan
politik yang pertama di Vietnam.
6. Pertubuhan
ini bertanggungjawab atas beberapa pemberontakan di Tongkin. Di samping itu, ia
memulakan propaganda di kalangan rakyat.
7. Namun
demikian, pemimpin-pemimpin ini ditangkap dan dipenjarakan. Pertubuhan ini
diharamkan.
8. Maharaja
Duy Tan sendiri menyokong pemberontakan-pemberontakan ini tetapi gagal juga.
9. Maharaja
Duy Tan dibuang negeri dan banyak pemimpin ditangkap. Dengan ini, berakhirlah
peringkat pertama dalam gerakan nasionalisme di Vietnam.
10. Selepas tahun 1917, pergerakan
nasionalisme bertujuan untuk mengusir keluar Perancis dan menubuhkan sebuah
kerajaan bercorak Barat yang moden.
11. Pergerakan nasionalisme
dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang berpendidikan Barat. Keluarga diraja dan
golongan Mandarin tidak mengambil bahagian.
12. Mulanya, mereka bekerjasama
dengan pemerintahan Perancis bagi memperolehi perubahan-perubahan politik.
13. Dalam peringkat ini, gerakan
nasionalisme bersifat sederhana. Golongan sederhana ini dipengaruhi oleh
perkembangan politik di India dan China.
14. Jadi, parti-parti politik
ditubuhkan untuk mencapai tujuan mereka melalui kerjasama dengan Perancis. Pada
tahun 1923, Parti Perlembagaan ditubuhkan oleh sekumpulan cerdik-pandai.
15. Dua orang pemimpin parti ini
yang amat berpengaruh ialah Bui Quang Chieu dan Nguyen Phan Long.
16. Parti Perlembagaan ini
menghantar satu rombongan ke Paris untuk mendesak Perancis menyediakan sebuah
perlembagaan baru bagi Vietnam dan melantik lebih banyak rakyat Vietnam untuk
berkhidmat dalam pentadbiran Vietnam.
17. Ia juga mendesak Perancis
memberi kebebasan suratkhabar dan kebebasan untuk menubuhkan kesatuan-kesatuan.
18. Tetapi parti ini dibubarkan
tanpa mencapai sebarang kejayaan kerana Kerajaan Perancis menolak tuntutannya.
19. Pada tahun 1926, Parti
Kemajuan Rakyat Vietnam ditubuhkan oleh Pham Quyuh di Tongkin. Pemimpin dan
ahli-ahlinya terdiri daripada golongan sederhana.
20. Walaupun parti ini bertujuan
bekerjasama dengan Perancis, tetapi ia tidak mendapat pengiktirafan daripada
Perancis.
21. Sikap Perancis itu menyebabkan
nasionalis-nasionalis Vietnam memasuki kumpulan-kumpulan nasionalisme yang
bergerak di bawah tanah.
22. Dengan ini, muncullah
parti-parti politik yang lebih bersifat agresif dan pelampau. Pertubuhan Cao
Daiyang yang bersifat agresif ditubuhkan pada tahun 1926. Ia bertujuan untuk
menggulingkan pemerintahan Perancis.
23. Mulai tahun 1927, semangat
kebangsaan menjadi lebih radikal. Pejuang-pejuang nasionalisme condong kepada
kekerasan dan tidak mahu bekerjasama dengan Perancis lagi.
24. Jadi, pada tahun 1927, Parti
Kebangsaan Vietnam, iaitu Viet Nam Quoc Dan Dang (VNQDD) ditubuhkan oleh Nguyen
Thai Hoc di Hanoi. Prinsipnya berdasarkan Kuomintang.
25. Pada tahun 1930, ketua-ketua
parti ini melancarkan satu pemberontakan tetapi ia ditindas oleh Perancis.
Nguyen Thai Hoc ditangkap dan dibunuh. Parti ini dengan sendirinya bubar.
Ho Chi Minh dan Parti Komunis
1. Penindasan
Parti Kebangsaan Vietnam itu menyebabkan terbentuknya Parti Komunis Indo-China
di bawah pimpinan Ho Chi atau nama sebenarnya Nguyen Ai Quoc. Ia dianggap
sebagai pahlawan nasionalisme Vietnam.
2. Dalam
tulisan Ho Chi Minh, ia menyarankan Indo-China harus diberikan kerajaan sendiri
dan kebebasan awam.
3. Tetapi
segala tuntutannya ditolak oleh Perancis dan Ho Chi Minh mulai berhaluan kiri.
4. Pada
tahun 1925, Ho Chi Minh menubuhkan Persatuan Pemuda Revolusi Vietnam di Canton.
5. Kemudian
ia menukar nama persatuan itu menjadi Parti Komunis Vietnam (Parti Komunis
Indo-China) pada tahun 1930. Tujuannya ialah mendapatkan kemerdekaan bagi
Vietnam melalui revolusi secara berperingkat.
6. Golongan
komunis juga menggunakan penderitaan kaum tani semasa kemelesetan besar (1930)
untuk mengaturkan permogokan, tunjuk perasaan dan rapat umum.
7. Kaum
tani tidak puas hati dengan pemerintahan Perancis memberikan sokongan yang
hebat kepada Parti Komunis Vietnam.
8. Pemberontakan
secara besar-besaran berlaku di seluruh Vietnam di Tongkin, Annam dan
Cochin-China.
Bao Dai dan pergerakan nasionalisme
1. Pergerakan
nasionalisme di bawah kaum komunis berakhir dengan penindasan Parti Komunis
Vietnam.
2. Dengan
ini, kegiatan-kegiatan politik puak pelampau dijalankan di bawah tanah dan
pergerakan nasionalisme sekali lagi terserah kepada golongan yang bersikap
sederhana. Golongan sederhana ini dipimpin oleh Maharaja Bao Dai.
3. Ia
memimpin sebuah parti nasionalisme yang bersikap sederhana. Parti ini bertujuan
untuk memulihkan dan memodenkan pemerintahan di Indo-China semula yang dikuasai
oleh Perancis dan memperkenalkan perubahan-perubahan.
4. Berikutan
dengan kegagalan tuntutan Maharaja Bao Dai bagi mendapat taraf “Dominion” bagi
Vietnam, Kerajaan Perancis mula menghalang Maharaja Bao Dai daripda meneruskan
kegiatan nasionalisme.
5. Akibatnya,
ia pun meninggalkan arena politik dan memegang jawatan sebagai maharaja boneka.
6. Dengan
ini, golongan sederhana pun gagal mencapai sebarang perubahan politik. Sekali
lagi pergerakan nasionalisme terserah kepada golongan pelampau, iaitu komunis.
Pendudukan Jepun
1. Pendudukan
Jepun mendatangkan kesan-kesan yang besar kepada Vietnam. Jepun kekurangan
pegawai dan pentadbir untuk menjalankan pentadbiran di Vietnam.
2. Rakyat
Vietnam memperjuangkan kebangsaan yang berkebolehan untuk menjalankan
pentadbiran negerinya diberi peluang. Dasar ini telah mendatangkan keuntungan
yang besar kepada rakyat Vietnam.
3. Di
samping mendapatkan pengalaman-pengalaman mentadbir mereka juga mempunyai
keyakinan yang kuat terhadap kebolehan mereka.
4. Peranan
yang penting dalam menentang Jepun dimainkan oleh pihak komunis serta ahli
nasionalis Vietnam yang pro-Kuomintang. Pemimpin utama ialah Ho Chi Minh.
5. Ia
menubuhkan liga bagi kemerdekaan Vietnam atau Viet Minh. Ia menjadi kumpulan
nasionalis yang terkemuka menentang Jepun.
6. Dengan
bantuan China, Ho Chi Minh mengaturkan kegiatan sabotaj terhadap Jepun dan
Perancis.
7. Maharaja
Bao Dai dibenarkan mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam. Raja-raja Kemboja dan
Laos dipujuk mengisytiharkan kemerdekaan mereka.
8. Tetapi
Ho Chi Minh serta Viet Minh enggan mengakui pengisytiharaan kemerdekaan oleh
Maharaja Bao Dai. Ho Chi Minh mengambil alih kuasa di Tongkin dan mengasaskan
dirinya di Vietnam Utara.
9. Sesudah
Jepun menyerah kalah, Kongres Viet Minh telah membentuk Jawatankuasa Pembebasan
Kebangsaan Rakyat. Ho Chi Minh dilantik menjadi presidennya.
10. Sokongan hebat daripada
nasionalis Vietnam menyebabkan Bao menurun takhta pada 25 Ogos 1945. Ia
menyerahkan kuasa kerajaan kepada Viet Minh.
11. Ho Chi Minh, mengisytiharkan
“Republik Demokratik Vietnam”. Ho Chi Minh menjadi presiden bagi Vietnam yang
merdeka pada 2 September 1945.
Viet Minh dan Ho Chi Minh
1. Viet
Minh ialah singkatan daripada Vietnam Doc Lap Dong Minh Hoi (Liga Kemerdekaan
Vietnam). Ia ditubuhkan oleh pelarian-pelarian Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi
Minh pada Mei 1941 untuk menentang pemerintahan Jepun dan Perancis serta
menubuhkan sebuah republik di Vietnam.
2. Ho Chi
Minh enggan mengakui pengisytiharaan kemerdekaan oleh Maharaja Bao Dai.
3. Dalam
keadaan kacau bilau ini, Viet Minh mengambil peluang untuk mengambil alih
Tongkin dan kawasan sekitarnya.
4. Jepun
memberikan tentangan yang sedikit sahaja. Menjelang bulan Ogos 1945, Jepun
menyerah kalah. Pada 25 Ogos 1945, Bao Dai turun takhta dan menyerahkan kuasa
kerajaan kepada Viet Minh.
5. Viet
Minh menawan Hanoi dan mengambil alih Vietnam Utara. Pada 2 September 1945,
Vietnam diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka. Ho Chi Minh menjadi
presidennya yang pertama.
6. Apabila
Perancis kembali ke Indo-China, Viet Minh enggan menerima kedatangannya. Satu
perjanjian ditandatangani di antara Perancis dengan Viet Minh pada Mac 1946
yang mengakui Republik Demokratik Vietnam sebagai sebuah negeri yang bebas dan
menjadi sebahagian daripada kesatuan Indo-China.
7. Tetapi
masalah Cochin-China menyebabkan meletusnya perang saudara di antara Viet Minh
dengan Perancis pada tahun 1946. Viet Minh ingin memasukkan Cochin-China di
dalam republik tetapi Perancis menuntut Cochin-China sebagai tanah jajahan
Perancis.
8. Ho Chi
Minh dan pasukan Viet Minh menjalankan peperangan gerila. Orang Vietnam memberi
sokongan kuat kepada Viet Minh kerana ia berjuang untuk kemerdekaan negara.
9. Dengan
bantuan China Komunis, Viet Minh bertambah kuat dan berkuasa. Akhirnya, Viet
Minh berjaya mengalahkan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954.
10. Pada Julai 1954, wakil-wakil
Perancis menemui wakil-wakil Viet Minh dalam Persidangan Geneva. Mereka telah
menandatangani satu perjanjian. Menurutnya, Perancis bersetuju mengakui
kemerdekaan Vietnam (serta Kemboja dan Laos). Vietnam ditambah kepada 2
bahagian.
11. Republik Demokratik Vietnam
(Vietnam Utara) menjadi sebuah negara Komunis di bawah pemerintahan Ho Chi
Minh.
12. Vietnam Selatan diletakkan di
bawah Maharaja Bao Dai. Pada tahun 1955, Ngo Dinh Diem menggulingkan Bao Dai
dan menjadikan Vietnam Selatan sebagai republik. Ngo Dinh menjadi presiden
pertamanya.
ASIA TIMUR
CHINA
Perang
Candu 1839-1842
Pengenalan
Peperangan British-China 1839-1842 juga dikenali sebagai Perang Candu
I. Peperangan ini merupakan titik peralihan dalam sejarah moden negeri China
kerana selepas peperangan ini, khususnya selepas termeterai Perjanjian Nanking
pada 29 Ogos 1842, China terpaksa menamatkan dasar isolasi dan seterusnya
mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa barat. Orang Cina menganggap peperangan
ini berlaku kerana masalah candu. Orang-orang barat pula menganggap peperangan
ini berlaku kerana masalah politik, ekonomi dan sosial yang berkaitan dengan
hubungan diplomatic, perdagangan bebas dan sistem keadilan. Masalah candu hanya
merupakan faktor sampingan yang mempercepatkan peperangan. Ramai ahli sejarah
mendakwa peperangan ini berlaku akibat pertembungan dua kebudayaan.
Sebab-sebab
1. Hubungan Diplomatik
Ahli-ahli
sejarah seperti Fairbank, Edgar Holt dan Soothills menganggap keengganan China
untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa
barat menjadi sebab utama berlakunya Perang Candu Pertama. Orang-orang Cina
menganggap China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih
bertamadun. Maharaja China dianggap sebagai anak syurga dan pemerintah
universal. Orang-orang asing dianggap sebagai orang gasar atau barbarian atau
fan kwae, iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun. Kedatangan orang asing
dianggap sebagai kehadiran wakil-wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di
bawah kekuasaaan China. Dasar ini tidak dipersetujui oleh orang-orang barat,
terutamanya British kerana mereka mengamalkan konsep persamaan taraf,
lebih-lebih lagi selepas termeterainya Perjanjian Westphalia 1648 antara
negara-negara Eropah yang menegaskan hubungan antara negara mesti dijalankan
atas dasar sama taraf, tidak kira negara itu kecil atau besar.
Sebelum Perang Candu, China
tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa-kuasa barat
kecuali dua perjanjian mengenai sempadan dengan Rusia, iaitu Perjanjian
Nerchinsk 1689 dan Perjanjian Kiachta 1727. Usaha-usaha British untuk
mewujudkan hubungan diplomatik dengan China gagal kerana China tidak dapat
menerima konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh British. Antara utusan
British yang dihantar ke negeri China ialah utusan Lord Macartney 1793, utusan
Lord Amherst 1816 dan utusan Napier 1834. Faktor utama yang menggagalkan utusan
tersebut ialah masalah “kow tow” (adat menyembah raja) yang dikenakan ke atas
utusan-utusan tersebut.
Orang-orang barat tidak boleh mengadakan
hubungan secara langsung dengan Kerajaan China. Hubungan mesti dijalankan
melalui sebuah badan iaitu “cohong” yang ditubuhkan pada 1720. Keengganan China
untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf telah menyebabkan
kuasa-kuasa barat terutamanya British terpaksa mengambil tindakan secara
kekerasan. Edgar Holt dalam bukunya “The Opium Wars in China” menegaskan “the
opium war was fought to end forever China’s assumption of superiority to all
other nations”.
Pembubaran monopoli perdagangan China Syarikat Hindia Timur British
pada tahun 1833 telah menyebabkan ramai pedagang British datang ke negeri
China. Untuk melindungi mereka, seorang penguasa perdagangan atau Taipan telah
dilantik di Canton. Penguasa perdagangan yang pertama dilantik pada Mac 1834
ialah Lord Napier. Kegagalan untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China
telah mengecewakan beliau sehingga meninggal dunia di Macau pada Oktober 1834.
beliau digantikan oleh L.V. Davies pada tahun 1835. L.V. Davies juga gagal
mewujudkan hubungan diplomatic dengan China dan terpaksa bersara pada 1837.
Beliau digantikan oleh GeorgeBest Robinson. Robinson juga menerima nasib yang
sama sehingga terpaksa bersara pada 1839 dan digantikan oleh Charles Elliot.
Semasa Charles Elliotlah berlaku Perang Candu 1839-1842.
2. Perdagangan
bebas
Christopher
Hibbert dalam bukunya “The Dragon Wakes” dan Kenneth Scott Latourette dalam
bukunya “A History of Modern China” menegaskan masalah perdagangan bebas
khususnya sekatan China ke atas perdagangan asing merupakan faktor utama
berlakunya Perang Candu I 1839-1842. Dewasa itu, British mengamalkan dasar
perdagangan bebes yang menganggap mereka berhak berdagang di mana sahaja dan
dengan siapa sahaja. Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British
memerlukan negeri China sebagai pasaran kepada barang-barang keluaran industri
mereka serta untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. Bagi
British, perdagangan dianggap sebagai hak manakala China menganggapnya sebagai
keistimewaan yang diberi dan boleh ditarik balik jika difikirkan perlu.
China
bersikap anti perdagangan asing. Mereka menganggap perdagangan asing tidak
penting kerana keperluan dalam negeri khususnya makanan mencukupi disebabkan
pertanian merupakan punca utama ekonomi China. Dalam susunlapis masyarakat
China, peniaga/pedagang merupakan golongan yang terendah dan kegiatan
perdagangan atau perniagaan sebagai pekerjaan yang hina. Malah orang-orang Cina
yang berdagang dengan orang-orang asing dianggap sebagai pengkhianat. Akibat
daripada itu, China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas perdagangan asing.
Sekatan-sekatan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
pedagang-pedagang asing.
Mengikut
perintah diraja 1757 yang dikeluarkan oleh Maharaja Chien Lung,
pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di Canton. Pedagang-pedagang
asing di Canton telah dikenakan pelbagai sekatan. Mereka hanya dibenarkan
berada di Canton dalam musim perdagangan dari bulan Oktober hingga Januari. Di
luar musim perdagangan, pedagang-pedagang asing dikehendaki meninggalkan
Canton. Untuk menjamin mereka tidak menetap di Canton, pedagang-pedagang asing
tidak dibenarkan membawa keluarga mereka. Keluarha mereka mesti ditinggalkan di
Macau (wilayah Portugis). Mereka juga tidak boleh bergerak bebas kecuali pada
8, 18 dan 28 hari bulan tiap-tiap bulan dalam musim perdagangan. Selain itu,
pedagang-pedagang asing tidak boleh berdagang secara langsung dengan orang
Cina. Perdagangan mesti dijalankan melalui cohong yang dianggotai oleh 13
pegawai dan ketuanya bergelar Hoppo. Cohong mempunyai kuasa penuh dalam perdagangan
asing seperti memberi kebenaran berdagang, kebenaran menggunakan sungai,
menetapkan harga dan cukai, menentukan jenis perdagangan dan sebagainya. Malah
hubungan antara orang asing dengan Kerajaan China mesti dijalankan melalui
cohong.
Pedagang-pedagang
asing mahu berdagang di bahagian-bahagian lain di China selain di Canton.
Mereka mahu berdagang secara bebas dan mendapatkan harga yang berpatutan bagi
barang-barang China. Tindakan cohong mengenakan cukai dan harga yang tinggi
serta tidak tetap menimbulkan perasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing.
Sekatan China ke atas pedagang asing telah menyebabkan peperangan tidak dapat
dielakkan antara British yang merupakan negara progresif, perindustrian dan
kapitalis dengan China yang merupakan negara pertanian, tidak progresif dan
bersikap anti perdagangan asing.
3. Sistem
keadilan
Dari segi
sosial, timbul masalah keadilan kerana konsep keadilan China berbeza dengan
konsep keadilan British. Kerajaan China telah mengeluarkan arahan supaya semua
orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan
di China. Arahan ini tidak dipersetujui oleh pedagang asing kerana mereka
menganggap undang-undang China sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, pada 1784, seorang anak kapal “Lady Hughes” telah dijatuhkan hukuman
dicekik sampai mati kerana kesalahannya membunuh secara tidak sengaja seorang
rakyat China semasa upacara kehormatan di Whampoa. Hukuman yang sama juga
dikenakan kepada Terranova iaitu anak kapal “Emily” pada 1821. Pada 12 Julai
1839, 3 orang British yang mabuk telah membunuh seorang rakyat China iaitu Lin
Wei Hsi. Pesuruhjaya Tinggi China di Canton, Lin Tse Hsu telah mengarahkan
penguasa perdagangan British Charles Elliot menyerahkan ketiga-tiga orang
British yang terlibat dalam pembunuhan tersebut kepada pihak China untuk
diadili. Charles Elliot yang menyedari hukuman yang akan dijatuhkan enggan
menyerahkan mereka. Sebaliknya beliau membicarakan mereka dan menjatuhkan
hukuman penjara. Tindakan Charles Elliot sudah tentu menjejaskan hubungan
antara British dan China
Mengikut
undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukan kesalahn tetap bersalah
sehingga beliau dapat membuktikan dirinya tidak bersalah. Mengikut
undang-undang British pula, seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak
bersalah sehingga pihak pendakwa dapat membuktikan beliau bersalah. China
mengamalkan undang-undang kumpulan dan tanggungjawab ketua. Mengikut
undang-undang kumpulan, jika seseorang melakukan kesalahan, semua anggota dalam
kumpulannya bertanggungjawab dan boleh dijatuhkan hukuman. Mengikut
undang-undang tanggungjawab ketua, sekiranya anak buah melakukan kesalahan
ketuanya juga bertanggungjawab dan juga boleh dijatuhkan hukuman. Undang-undang
ini tidak dipersetujui oleh British kerana mereka mengamalkan undang-undang
tanggungjawab individu. Hanya mereka yang melakukan kesalahan bertanggungwab di
atas kesalahannya dan boleh dijatuhkan hukuman. Di negeri China, tidak ada
perbezaan antara undang-undang dan perintah. Perintah pegawai lebih-lebih lagi
perintah maharaja sudah dianggap sebagai undang-undang yang mesti dilaksanakan.
4. Masalah
candu
Perdagangan
antara British dan China tidak seimbang. British memerlukan barang-barang China
terutamanya teh dan sutera tetapi China tidak memerlukan barang-barang British.
Akibatnya banyak wang British mengalir ke negeri China.
1780-1790
14 juta taels
1790-1800
26 juta taels
Keadaan ini
sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada British. Untuk mengimbangi
perdagangan, British membawa masuk candu dari India dan Turki sejak 1773.
Sebelum 1720
200 peti candu setahun
Sebelum 1750
400 peti candu setahun
Sejak 1773 1000 peti candu setahun
1800 4500 peti candu setahun
1810 10000 peti candu setahun
1820 20000 peti candu setahun
1830 30000 peti candu setahun
1837-1840
40000-60000 peti candu setahun
Kemasukan
candu telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta
penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari
segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai
import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah
tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul
masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi
penagih candu. Untuk mengatasi masalah ini, beberapa arahan telah dikeluarkan
oleh Maharaja Chien Lung (1736-1796), Maharaja Chia Ching (1796-1820) dan
Maharaja Tao Kuang (1820-1850) mendesak pedagang-pedagang asing menghentikan
perdagangan serta penyeludupan candu. Arahan ini tidak mendapat layanan
pedagang-pedagang asing dan mereka enggan menghentikan perdagangan candu yang
amat menguntungkan mereka.
Pada 1 Mac 1839 Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse Hsu sebagai
Pesuruhjaya Tinggi China di Canton dengan tugas khas untuk menghapuskan
perdagangan, penyeludupan dan penggunaan candu. Beliau tiba di Canton pada 10
Mac 1839. Pada 18 Mac 1839, beliau mengeluarkan arahan mendesak
pedagang-pedagang asing menghentikan perdagangan serta penyeludupan candu,
menyerahkan candu kepada pihak China untuk dimusnahkan dan menandatangani surat
sumpah tidak akan menjalankan perdagangan dan penyeludupan candu. Bila
arahannya tidak mendapat layanan, Lin Tse Hsu telah mengepung 350 orang
pedagang asing yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang British termasuk
penguasa perdagangan Charles Elliot di Canton. Apabila terdesak, Charles Elliot
telah mengarahkan pedagang-pedagang asing menyerahkan candu kepada pihak China.
Sebanyak 20283 peti candu diserahkan dan dimusnahkan oleh pihak China.
Peristiwa inilah yang memulakan peperangan antara British dengan China.
Setiausaha Luar British, Lord Palmestone telah menjadikan peristiwa candu sebagai
alasan menyerang China. Ahli-ahli sejarah menganggap masalah candu hanya
merupakan faktor segera yang mempercepatkan Perang Candu I. W.E. Soothills
dalam bukunya “China and the west” menegaskan “opium was the accidental cause”.
Peristiwa peperangan
British mengisytiharkan perang ke
atas China pada 31 Januari 1840. Angkatan British diketuai oleh Charles Elliot
dan Laksamana George Elliot. Mereka telah menyerang Canton, Amoy, Foochow dan
Pulau Chu Shan. Kemaraan tentera British membimbangkan China menyebabkan mereka
bersetuju mengadakan rundingan. China diwakili oleh Chi Shan dan British
diwakili oleh Charles Elliot. Hasil daripada rundingan tersebut, Konvensi
Chuenpi ditandatangani pada 20 Januari 1841. Syarat-syaratnya :
1.
Hong Kong Diserahkan kepada British.
2.
China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 6 juta taels ke atas candu yang
dimusnahkan oleh pihak China.
3.
Hubungan antara British dengan China mesti dijalankan atas dasar sama taraf.
4.
Canton dibuka semula kepada pedagang asing.
Konvensi Chuenpi
tidak diterima oleh Setiausaha Luar iaitu Lord Palmestone dan Maharaja Tao
Kuang. Akibatnya peperangan antara British dan China berterusan. Pada Ogos
1841, Henry Pottingger menggantikan Charles Elliot. Di bawah Henry Pottingger
angkatan British menyerang Canton, Amoy, Foochow, Ningpo, Shanghai dan
Chinkiang. Pada 9 Ogos 1842 mereka menyerang Nanking dan berjaya memusnahkannya
pada 14 Ogos 1842. Kejatuhan Nanking membimbangkan China menyebabkan mereka bersetuju
mengadakan rundingan. Rundingan diadakan di atas kapal perang British
Cornwallis sejak 20 Ogos 1842. China diwakili oleh Ki Ying, Nieu Chien dan
Illippi. British diwakili oleh Henry Pottingger. Hasil daripada rundingan
tersebut, Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada 29 Pgos 1842.
Syarat-syarat perjanjian ialah :
1.
Hong Kong diserahkan kepada British.
2.
China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels, iaitu 12 juta taels
ganti rugi peperangan, 6 juta taels ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan
oleh China dan 3 juta taels hutang cohong kepada pedagang-pedagang British.
3.
Sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing dihapuskan.
4.
China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo dan Shanghai.
5.
Konsul British akan ditempatkan di setiap pelabuhan perjanjian.
6.
Pedagang-pedagang asing bebas berdagang sepanjang tahun di pelabuhan-pelabuhan
perjanjian.
7.
Hubungan antara British dengan China akan dijalankan atas dasar sama taraf.
8.
Sistem cukai yang tetap dan adil akan dilaksanakan.
9.
Sebarang pindaan ke atas syarat perjanjian perlu dipersetujui oleh kedua-dua
pihak.
10. Selepas perjanjian
ini, sekiranya China memberi sebarang keistimewaan kepada kuasa-kuasa lain,
maka British berhak menikmatinya.
Kesan-kesan
1.
Merugikan China
Perjanjian
Nanking yang ditandatangani pada 29 Ogos 1842 amat merugikan pihak China. China
bukan sahaja terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British, malah dikehendaki
membayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels kepada British, iaitu 12 juta taels
untuk ganti rugi peperangan, 6 juta taels untuk ganti rugi ke atas candu yang
dimusnahkan oleh pihak China dan 3 juta taels hutang cohong kepada
pedagang-pedagang British. Selain itu, China juga terpaksa membuka 5
pelabuhannya kepada pedagang asing, iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan
Shanghai.
2.
Menguntungkan British
Di pihak lain,
Perjanjian Nanking amat menguntungkan British. Pihak British bukan sahaja
mandapat Hong Kong, malah dibayar ganti rugi sebanyak 21 juta taels yang
terdiri daripada 12 juta taels untuk ganti rugi peperangan, 6 juta taels untuk
ganti rugi ke atas candu yang dimusnahkan oleh pihak China dan 3 juta taels
hutang cohong kepada pedagang-pedagang British. Pada masa yang sama,
pedagang-pedagang British juga dibenarkan berdagang sepanjang tahun di
pelabuhan-pelabuhan yang dibuka untuk pedagang asing iaitu Amoy, Foochow, Canton,
Ningpo dan Shanghai. Di samping itu, China juga menjadi pasaran kepada barangan
keluaran industri barat serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya
the dan sutera.
3.
Perjanjian
Perjanjian
Nanking menandakan permulaan kepada termeterainya perjanjian-perjanjian lain
antara China dengan kuasa-kuasa barat. Perjanjian Bogus ditandatangani pada 8
Oktober 1843 dengan British yang diwakili oleh Henry Pottingger. Perjanjian
Bogus menetapkan cukai import dan eksport sebanyak 5%. Perjanian tersebut juga
memberi keistimewaan-keistimewaan tambahan kepada British seperti “Hak Wilayah
Asingan” dan “layanan negara yang diutamakan”. Perjanjian Wanghsia
ditandatangani pada 3 Julai 1844 dengan Amerika yang diwakili oleh Caleb
Kushing. Perjanjian Wanghsia memberi keistimewaan kepada Amerika seperti yang
dinikmati oleh British. Perjanjian Whampoa ditandatangani pada 24 Oktober 1844
dengan Perancis yang diwakili oleh Theodore da Lagrini. Perjanjian tersebut
memberi keistimewaan kepada Perancis seperti yang dinikmati oleh British dan
Amerika. Selain itu, Perancis juga dibenarkan menyebarkan agama Kristian serta
mendirikan gereja di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. Pada 20 Mac 1847, China
menandatangani perjanjian dengan Norway dan Sweden.
4.
Cohong
Perjanjian
Nanking telah menamatkan sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing.
Pedagang-pedagang asing bebas menjalankan perdagangan secara langsung dengan
pihak China. Sebelum Perang Candu, pedagang-pedagang asing terpaksa berdagang
melalui cohong yang mempunyai kuasa penuh dalam perdagangan asing seperti
memberi kebenaran berdagang, menetapkan cukai dan sebagainya.
5.
Persamaan taraf
Buat pertama
kalinya China terpaksa menerima konsep persamaan taraf dalam hubungannya dengan
kuasa-kuasa barat. Sebelum Perang Candu, orang-orang Cina menganggap negeri
China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun.
Orang-orang asing merupakan Barbarian yang tidak bertamadun.
6.
Tidak menyelesaikan masalah
Perjanjian Nanking
hanya menamatkan peperangan antara British dengan China tetapi tidak
menyelesaikan masalan dalam hubungan antara mereka. Hubungan natara mereka
tetap runcing sehingga mengakibatkan perang yang kedua pada 1856-1860 yang
dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.
7.
Candu
Orang-orang
Cina mendakwa perjanjian tersebut berlaku kerana masalah candu. Walau
bagaimanapun dalam Perjanjian Nanking, tidak terdapat syarat yang berkaitan
dengan perdagangan Candu. Candu terus dibawa masuk dengan kadar yang lebih
banyak.
1843 – 33000 peti
1848 – 46000 peti
1850 – 52929 peti
Kemasukan candu
menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik,
berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana
ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak
wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah
melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi
bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah
kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana rakyat China telah menjadi penagih
candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan
keengganan British untuk mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan
antara mereka.
8.
Perkembangan perdagangan
Pembukaan 5
pelabuhan China kepada pedagang asing serta keistimewaan-keistimewaan yang
diberi telah mengakibatkan perkembangan perdagangan asing di China. Negeri
China telah menjadi pasaran barang-barang keluaran industri barat serta tempat
untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. Perkembangan
perdagangan terbukti daripada pertambahan nilai eksport. Contohnya, eksport teh
pada 1850 telah meningkat ₤100 juta.
9.
Krisis ekonomi
Perang Candu
telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran
ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran
barang-barang tempatan. Akibatnya, banyak industri tempatan terpaksa ditutup.
Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi
masalah ekonomi, China telah marayu supaya British mengurangkan bayaran ganti
rugi. Keengganan British untuk berbuat demikian telah menjejaskan hubungan
antara mereka.
10. Pengaruh
barat
Pembukaan
pelabuhan China kepada orang asing telah mengakibatkan kemasukan pengaruh
barat. Ramai rakyat China terutamanya golongan muda di pelabuhan-pelabuhan
perjanjian telah terpengaruh dengan budaya barat. Selain itu, berlaku
perkembangan agama Kristian di pelabuhan-pelabuhan perjanjian.
11. Menjatuhkan
maruah Manchu
Buat pertama
kalinya China telah dikalahkan oleh kuasa-kuasa barat. Kekalahan ini telah
menjatuhkan maruah negeri China serta menghilangkan keyakinan orang ramai
terhadap pemerintahan Dinasti Manchu. Kekalahan ini mendedahkan kelemahan
Manchu sehingga mengakibatkan bertambahnya gerakan anti-Manchu, terutamanya di
wilayah selatan. Antara gerakan anti-Manchu ialah Pemberontakan Taiping,
Pemberontakan Nien dan Pemberontakan Muslim.
12. Permulaan
kepada bertapaknya kuasa asing
Perjanjian
Nanking menandakan permulaan kepada bertapaknya kuasa asing di China. Mengikut
perjanjian ini, 5 pelabuhan China dibuka kepada pedagang asing, iaitu Amoy,
Ningpo, Shanghai, Foochow dan Canton. Seterusnya dalam perjanjian Tientshin
pada 26 Jun 1858, 11 lagi pelabuhan China dibuka kepada perdagangan asing iaitu
Newchwang, Tungchow, Chefoo, Chinkiang, Hankow, Kiukiang, Swatow, Tainan,
Tanshui, Kiungchow dan Nanking.
13. Dasar
isolasi
Selepas
Perjanjian Nanking ditandatangani, China terpaksa menamatkan dasar isolasinya
yang diamalkan selama ini. Sejak itu, China mula melaksanakan dasar buka pintu
kepada orang-orang asing yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang.
14. Penghijrahan
Selepas Perang
Candu, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia
Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan
perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.
Orang-orang sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap
Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di negeri China.
15. Pengajaran
Buat pertama
kalinya China terpaksa menerima hakikat bahawa kuasa-kuasa barat lebih superio
daripada China. Sarjana-sarjana China telah mencadangkan supaya China meniru
teknik-teknik barat dalam usaha untuk menguatkan negeri China. Contohnya Wei
Yuan dalam bukunya “Hai Koa Tu Chih” mencadangkan supaya China meniru
teknik-teknik barbarian dalam usaha untuk mengalahkan barbarian. Pendapat ini
disokong oleh sarjana-sarjana lain seperti Liang Ting Nan dalam bukunya “Ro
Chung Kao Shuo” dan “I Fen Chi Wan” dan Hsu Chi Yu dalam bukunya “Ying Huan
Chih Luah”.
Perang
Candu 1856-1860
Pengenalan
Pada tahun
1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai
Perang Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian
Nanking pada 29 Ogos 1842. Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan
tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam hubungan antara China dan British.
Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan peperangan yang
kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang
Arrow.
Sebab-sebab
1.
Kelemahan Perjanjian Nanking
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank,
Paul H. Clyde dan Burton F. Beers mendakwa kelemahan Perjanjian Nanking
merupakan faktor utama meletuskan peperangan yang kedua antara China dengan
British pada 1856-1860. Keengganan China untuk mematuhi syarat-syarat
Perjanjian Nanking dan tindakan British untuk memaksa China mematuhinya serta
menuntut keistimewaan-keistimewaan tambahan telah meruncingkan hubungan antara
China dan British.
a.
Masalah Amoy dan Ningpo
Mengikut Perjanjian Nanking 1842,
China membuka 5 pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Foochow,
Ningpo dan Shanghai. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tersebut
ditandatangani, British mendapati Amoy dan Ningpo tidak sesuai dari segi
perdagangan. Oleh itu, mereka telah mendesak China menukar pelabuhan-pelabuhan
tersebut dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih sesuai. Selain itu, British
berhasrat untuk mengembangkan kegiatan perdagangan ke seluruh China. Mereka
tidak mahu kegiatan perdagangan hanya tertumpu di 5 pelabuhan perjanjian. Oleh
itu, mereka telah mendesak China membuka lebih banyak pelabuhan kepada pedagang
asing. Kehendak British tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap
negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa
barat. Keengganan China untuk memenuhi kehendak British dan tindakan British
untuk memaksa China memenuhi tuntutan mereka sudah tentu meruncingkan hubungan
antara China dan British.
b.
Masalah Canton dan Foochow
Mengikut Perjanjian Nanking,
pedagang-pedagang asing diberi kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan
perjanjian. Walau bagaimanapun, pedagang-pedagang asing masih lagi dikenakan
sekatan-sekatan dan tekanan-tekanan terutamanya di Canton dan Foochow. Keadaan
ini berlaku kerana sikap anti asing penduduk tempatan lebih-lebih lagi kerana
mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana yang merasai kepentingan mereka
terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu, Maharaja China yang baru menaiki
takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan Pesuruhjaya Tinggi China yang baru
dilantik pada 1852 iaitu Yeh Ming Chen juga bersikap anti asing.
Penduduk-penduduk tempatan telah memulaukan barang-barang barat. Selain itu,
berlaku di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan kapal
perang British membedil Canton. Sebagai tindak balas, pihak China telah
membunuh 6 orang rakyat British. Peristiwa ini sudah tentu meruncingkan
hubungan antara China dengan British.
c.
Masalah candu
Orang-orang cina mendakwa peperangan
British dengan China 1839-1842 berlaku kerana masalah candu. Walau
bagaimanapun, Perjanjian Nanking, tidak terdapat sebarang syarat yang berkaitan
dengan perdagangan candu. Candu terus dibawa masuk ke negeri China dengan kadar
yang lebih banyak.
1843
– 33000 peti
1848
– 46000 peti
1850
– 52929 peti
Kemasukan candu menjejaskan China
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku
ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai
pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang
China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah
melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi
bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial pula, timbul masalah
kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih
candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan keengganan
British mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan antara mereka.
d.
Cohong
Mengikut Perjanjian Nanking, sistem
monopoli cohong dalam perdagangan asing dihapuskan. Walau bagaimanapun, pada
tahun 1840-an dan 1850-an terdapat usaha pihak penguasa China untuk
menghidupkan kembali sistem cohong di mana bekas anggota cohong diberi monopoli
dalam perdagangan teh. Tindakan ini mendapat bantahan pedagang-pedagang asing
terutamanya pedagang British kerana mereka menganggap kewujudan semula sistem cohong
akan menjejaskan perdagangan asing, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka
terlibat dalam perdagangan teh.
e.
Hubungan diplomatik
Mengikut Perjanjian Nanking, China
bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat atas dasar
sama taraf. Syarat ini kemudiannya tidak dipersetujui oleh China kerana mereka
menganggap tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah China. Orang-orang China
masih menganggap negara China sebagai “Middle Kingdom” atau “Chung Kao"
yang lebih bertamadun. Orang-orang asing masih dianggap sebagai barbarian,
gasar atau “fan kwae” iaitu hantu-hantu asing yang tidak bertamadun. Kedatangan
orang asing masih lagi dianggap sebagai kehadiran wakil negara pembayar ufti
yang mahu tunduk di bawah kekuasaan China. Pada 1849, Setiausaha Luar British
Lord Palmerston telah mengutus surat kepada Maharaja Toa Kuang mendesak China
mewujudkan hubungan diplomatik dengan British. Walau bagaimanapun, surat ini
tidak mendapat layanan pihak China. Sehingga tahun 1856, tidak terdapat
sebarang kuasa barat yang berjaya mewujudkan diplomatik dengan China.
f.
Krisis ekonomi
Perang Candu pertama telah
menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi.
Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan.
Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu
meruncingkan lagi masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi,
China telah merayu supaya British mengurangkan ganti rugi. Keengganan British
telah menjejaskan hubungan antara mereka.
g.
Mambaharui perjanjian
Bila Brtitish menyedari China tidak
mematuhi sepenuhnya syarat-syarat Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak
China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji semua syarat-syarat Perjanjian
Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian
Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24
Oktober 1844 antara China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian
tersebut akan dikaji semula dalam tempoh 12 tahun. British menuntut
keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan negara yang diutamakan”.
Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian Nanking
perlu dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat
Perjanjian Nanking dengan tujuan untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan
tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan pedalaman, Bandar-bandar serta
pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan perwakilan
diplomatik di Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat
Perjanjian Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah
meruncingkan hubungan antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China
telah memberi terlalu banyak keistimewaan kepada kuasa-kuasa barat.
2.
Pembunuhan Augustus Chapdelaine
Pada Februari 1856, seorang mubaligh
Perancis iaitu Augustus Chapdelaine telah dibunuh di Sin Lin di wilayah Kwangsi
atas tuduhan mempengaruhi penduduk tempatan menentang pemerintahan Manchu.
Pembunuhan ini telah melanggar prinsip “Hak Wilayah Asingan” yang diberikan
kepada Perancis dalam Perjanjian Whampoa 1844. Akibatnya Perancis menyertai British
untuk memerangi China dengan tujuan untuk menuntut bela di atas kematian
Augustus Chapdelaine. Selain itu, Perancis mahu mengalahkan China dengan tujuan
untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan lain di China.
3.
Kuasa lain
Selain British dan Perancis,
peperangan 1856-1860 juga disertai oleh Amerika dan Rusia. Angkatan Amerika
dipimpin oleh William Reed dan angkatan Rusia dipimpin oleh Count Putyatin.
Mereka menyertai peperangan dengan tujuan untuk mendapatkan
keistimewaan-keistimewaan di China sekiranya berjaya mengalahkan negeri China.
Selain itu, mereka mahu menjamin kejayaan British kerana kekalahan British
bukan sahaja akan menjejaskan kepentingan British, tetapi juga kepentingan
kuasa-kuasa barat lain di China.
4.
Peristiwa “Arrow”
Pada 8 Oktober 1856, polis peronda
China atas arahan Pesuruhjaya Tinggi Yeh Min Chen telah menaiki kapal “Arrow”
dan menangkap 12 daripada 14 anak kapalnya atas tuduhan terlibat dalam
penyeludupan dan pelanunan. Kapal “Arrow” kepunyaan seorang saudagar China yang
didaftarkan di Hong Kong. Nahkodanya seorang British dan kapal ini mengibarkan
bendera “Union Jack”. Tindakan polis peronda China dianggap menjatuhkan British
lebih-lebih lagi bendera “Union Jack” diturunkan. Gabenor Hong Kong, iaitu Sir
John Bowring telah mengarahkan konsul British di Canton Harry Parkes mendesak
Yeh Min Chen membebaskan anak kapal “Arrow” dan memohon maaf secara rasmi
daripada British. Walaupun anak kapal “Arrow” kemudiannya dibebaskan tetapi Yeh
Min Chen enggan memohon maaf. Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde
dan Burton F. Beers menganggap peristiwa “Arrow” sebagai faktor segera yang
mengakibatkan peperangan antara British dengan China 1856-1860.
Peristiwa
peperangan
Berikutan
daripada peristiwa Arrow, angkatan British di bawah Laksamana Seymour menyerang
Canton pada 23 Oktober 1856. Walau bagaimanapun, serangan ke atas China
kemudiannya dihentikan kerana tidak mendapat kebenaran Kerajaan British dan
juga kerana berlakunya Dahagi India pada Mei 1857 di mana tentera British
terpaksa dikerahkan ke India. Bila keadaan di India telah reda, serangan ke
atas China diteruskan. Angkatan British dipimpin oleh Lord Elgin, Perancis oleh
Baron Gros, Amerika oleh William Reed dan Rusia oleh Count Putyatin. Pada 29
Disember 1857, mereka menyerang Canton. Pada April 1858, angkatan barat
menyerang Shanghai. Pada 20 Mei 1858, angkatan barat memusnahkan kubu China di
Taku dan seterusnya menawan Tientsin. Kejatuhan Tientsin menyebabkan China
bersetuju mengadakan rundingan. Pihak China diwakili oleh Kuei Ling dan Hu
Shana manakala pihak barat diwakili oleh Lord Elgin (British), Baron Gros
(Perancis), William Reed (Amerika) dan Count Putyatin (Rusia). Hasil daripada
rundingan tersebut, Perjanjian Tientsin ditandatangani pada 26 Jun 1858.
Syarat-syaratnya ialah :
1.
China bersetuju mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan
kuasa-kuasa barat. Perwakilan diplomatik akan ditempatkan di Peking.
2.
11 pelabuhan China dibuka kepada pedagang asing iaitu Newchwang, Nanking,
Kiukiang, Chinkiang, Swatow, Tainan, Tanshui, Hankow, Kiungchow, Tungchow dan
Chefoo.
3.
Mubaligh diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian dan mereka mendapat
perlindungan dari China.
4.
Orang asing yang mempunyai passport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa China
diberi kebenaran untuk meneroka kawasan pedalaman China.
5.
Kapal perdagangan asing dibenarkan belayar di sepanjang Sungai Yangtze hingga
ke Hankow.
6.
Perdagangan candu dibenarkan dan cukai ke atas candu ditetapkan sebanyak $21.60
satu peti.
7.
Cukai import dan eksport ditetapkan sebanyak 5%.
8.
Kuasa asing diberi kebenaran untuk menempatkan konsul mereka di tiap-tiap
pelabuhan perjanjian.
9.
Kapal perang asing dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan China dengan tujuan
untuk dibaiki ataupun mendapat bekalan.
10.
China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 4 juta taels kepada tiap-tiap
kuasa barat yang terlibat dalam Perang Arrow.
11.
Kuasa asing mendapat “Hak Wilayah Asingan”
12.
China tidak akan menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut.
13.
Kowloon diserahkan kepada British.
Selepas
Perjanjian Tientsin ditandatangani angkatan barat kembali ke Hong Kong. Maharaja
Hsien Feng mengarahkan panglimanya Sengko Lin Chin membina semula kubu China di
Taku yang telah dimusnahkan oleh pihak barat. British menganggap tindakan China
sebagai percubaan tidak mahu mematuhi syarat-syarat Perjanjian Tientsin.
Akibatnya angkatan British di bawah Lord Elgin dan angkatan Perancis di bawah
Baron Gros telah mara ke utara. Mereka mendapat bantuan daripada Jeneral Hope
Grant (British) dan Jeneral De Moutouban (Perancis). Pada Ogos 1860 mereka
berjaya menawan Tientsin. Pada Oktober 1860, mereka menyerang Peking dan
memusnahkan “Istana Musim Panas”. Maharaja Hsien Feng melarikan diri ke Jehol.
Pihak China kemudiannya bersetuju mengadakan rundingan. Mengikut rundingan
tersebut, China diwakili oleh Putera Kung, British diwakili oleh Lord Elgin dan
Perancis oleh Baron Gros. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian Peking
ditandatangani pada 24 Oktober 1860. Syarat-syaratnya ialah :
1.
China bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels kepada British dan 2
juta taels kepada Perancis. British akan menduduki Tientsin sehingga bayaran
ganti rugi diselesaikan.
2.
Tientsin dibuka kepada pedagang asing.
3.
Pulau Stone Cutter diserahkan kepada British.
4.
Mubaligh diberi kebenaran untuk membeli atau menyewa tanah serta membina
bangunan di China.
5.
China tidak akan menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut.
6.
Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang telah ditandatangani antara
China dengan kuasa-kuasa barat.
Kesan-kesan
1.
Menyedarkan China barat lebih superior
Kekalahan China dalam Perang Candu
kedua merupakan kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2
dekad. Kekalahan inimenyedarkan mereka bahawa barat lebih superior daripada
China. Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat untuk dilaksanakan di
negeri China. Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan
Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial
untuk dilaksanakan dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri
1864-1894”.
2.
Merugikan China
Perjanjian Tientsin dan Perjanjian
Peking yang ditandatangani amat merugikan pihak China. China terpaksa membayar
ganti rugi sebanyak 2 juta taels kepada kuasa-kuasa barat yang terlibat dalam
Perang Arrow. Dalam Perjanjian Tientsin misalnya ganti rugi sebanyak 4 juta
taels telah dibayar kepada setiap kuasa barat, iaitu Perancis, Rusia, Amerika
dan British. Dalam Perjanjian Peking pula, British dan Perancis masing-masing
dibayar ganti rugi sebanyak 2 juta taels lagi. Selain bayaran ganti rugi, China
juga terpaksa menanggung perbelanjaan perang yang banyak. Kemasukan barangan
barat pula menjejaskan industri tempatan sehingga banyak yang terpaksa ditutup.
Kemasukan candu telah merugikan lagi pihak China.
3.
Menguntungkan British
Di pihak British pula, Perjanjian
Tientsin dan Perjanjian Peking amat menguntungkan mereka. Mereka telah mendapat
ganti rugi sebanyak 6 juta taels iaitu 4 juta taels di bawah Perjanjian
Tientsin dan 2 juta taels lagi di bawah Perjanjian Peking. Selain itu mereka
juga mendapat Kowloon dan Pulau Stone Cutter. Tambahan pula, mereka juga diberi
kebenaran yang lebih luas untuk berdagang di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. Di
samping itu, China juga menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri barat
serta tempat untuk mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.
4.
Menguntungkan kuasa-kuasa lain
Selain British, Perjanjian Tientsin
dan Perjanjian Peking juga menguntungkan kuasa-kuasa barat yang lain
termasuklah Perancis, Rusia dan Amerika. Di bawah Perjanjian Tientsin misalnya
setiap kuasa tersebut telah dibayar ganti rugi sebanyak 4 juta taels manakala
dalam Perjanjian Peking, Perancis telah dibayar ganti rugi tambahan sebanyak 2
juta taels. Selain itu, kuasa-kuasa barat ini juga dibenarkan berdagang
sepanjang tahun di pelabuhan-pelabuhan perjanjian. China kemudiannya turut
menjadi pasaran kepada barangan keluaran industri barat serta tempat untuk
mendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera.
5.
Lahir dua golongan
Peperangan Arrow telah mengakibatkan
lahirnya 2 golongan dalam masyarakat China iaitu golongan pro barat dan
golongan anti barat. Golongan pro barat meniru idea-idea barat untuk
dilaksanakan di negeri China manakala golongan anti barat menjalankan kegiatan
menentang kegiatan orang barat serta pengaruh mereka di China. Contohnya pada
21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak yatim Kristian di
Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada tahun
1875, Raymond Margary serta 5 orang Cina yang menjadi pengikutnya telah dibunuh
semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke
China.
6.
Hubungan diplomatik
Selepas Perang Arrow, China mula
mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat.
Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat, Pejabat Hal Ehwal Luar yang
dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861. Sejak tahun
1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson
Burlingame (duta Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan
De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866, dengan bantuan Robert Hart, satu
perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada
tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai
oleh Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini
kemudiannya melawat negara-negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China
mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di Amerika, British, Perancis,
Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
7.
Pengaruh barat
Pembukaan lebih banyak pelabuhan
China dan keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada pedagang asing telah
mengakibatkan kemasukan pengaruh barat di negeri China. Ramai rakyat China
telah terpengaruh dengan budaya barat. Kebebasan yang diberi kepada
mubaligh-mubaligh telah menyebabkan ramai rakyat China terutamanya golongan
muda di pelabuhan-pelabuhan perjanjian memeluk agama Kristian.
8.
Penglibatan orang barat
Sejak tahun 1861, ramai orang barat
terlibat dalam hal ehwal pentadbiran orang Cina. Mereka dilantik untuk membantu
China memodenkan pentadbiran mengikut sistem pentadbiran barat. Semasa
pelaksanaan “Gerakan Memperkuatkan Diri”, pihak China telah mengambil ramai
pegawai barat untuk memodenkan China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Antara mereka ialah Robert Hart, Horatio N. Lay dan W.A.P. Martin.
9.
Menjatuhkan maruah
Kekalahan dalam perang Arrow
merupakan kekalahan kedua Manchu kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad.
Kekalahan ini telah menjatuhkan maruah Manchu serta menghilangkan keyakinan
orang ramai terhadap Kerajaan Manchu. Kekalahan ini juga mendedahkan kelemahan
tentera serta kerendahan imej mereka. Akibatnya gerakan anti Manchu semakin
bertambah terutamanya di kawasan selatan. Orang-orang China menganggap Kerajaan
Manchu telah kehilangan mandat untuk memerintah negeri China. Antara pemberontakan
itu termasuklah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Nien dan Pemberontakan
Muslim.
10.
Krisis ekonomi
Perang Arrow telah
menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti rugi.
Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan.
Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu
meruncingkan lagi masalah ekonomi di China.
11.
Penghijrahan
Selepas Perang Arrow, ramai rakyat
China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara.
Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan
kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula, Kerajaan
China juga tidak menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas
termeterainya Perjanjian Tientsin dan Perjanjian Peking. Orang-orang China
sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu
serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.
Pemberontakan
Taiping 1851-1864
Pengenalan
Pemberontakan
Taiping meletus pada tahun 1851-1864 di bawah pimpinan Hung Hsiu Chuan. Beliau
dilahirkan pada 1 Januari 1814 di Huah Hsien dekat Canton dalam wilayah Kwangtung.
Kegagalan menjadi pegawai sarjana telah menyebabkan beliau melibatkan diri
dalam hal keagamaan. Beliau mengkaji ajaran Kristian melalui buku yang
dipinjamkan dari Liang Ah Fa yang baru memeluk agama Kristian. Hung Hsiu Chuan
juga berdamping rapat dengan seorang mubaligh I.J. Robert dan seterusnya
memeluk agama Kristian. Beliau bercita-cita untuk menyebarkan satu ajaran baru
iaitu campuran ajaran Kristian dengan kepercayaan China. Pada tahun 1844
bersama-sama dengan Feng Yun Shan, beliau telah menubuhkan Pertubuhan
Penyembah-pemyembah Tuhan yang dikenali sebagai Shang Ti Hui. Pemberontakan
Taiping meletus berikutan peristiwa pada Disember 1850 di mana tentera Menchu
telah memaksa penduduk Kweilin membayar cukai 2 kali ganda sedangkan dewasa itu
mereka mengalami kebuluran. Secara kebetulan majoriti penduduk Kweilin adalah
anggota Shang Ti Hui.
Jalan
Pemberontakan
Pemberontakan
Taiping meletus secara rasminya pada 11 Januari 1951 di Chientien dalam wilayah
Kwangsi. Pada September 1851, mereka berjaya menawan Yung An yang dijadikan
sebagai ibu kota sementara Taiping. Dari Yung An, mereka mara ke Utara dan
menawan bandar-bandar seperti Kweilin, Changhwa, Changsha, Liling, Wuchang,
Hankow, Kiukiang, Anking dan sebagainya. Semakin jauh tentera Taiping bergerak,
semakin ramai yang menyertai pemberontakan kerana terpengaruh dengan
janji-janji Hung Hsiu Chuan serta kejayaan-kejayaan awal Taiping. Antara tahun
1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah. Pada 19 Mac
1853, mereka berjaya menawan Nanking yang dijadikan ibu kota Taiping
menggantikan Yung An. Pada 21 Mac 1853, Hung Hsiu Chuan menubuhkan Kerajaan
Taiping Tien Kao yang bermaksud “Kerajaan Kesyurgaan Aman Damai”. Beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja kesyurgaan bergelar Tien Wang. Selepas
menubuhkan Kerajaan Taiping di Nanking, Hung Hsiu Chuan mula melaksanakan
rancangan pembaharuan yang terkandung dalam dokumen Tien Chou, Tien Mou, Chih
Tu.
Dari Nanking, satu pasukan tentera
seramai 60-70 ribu orang di bawah pimpinan Lin Feng Hsing dan Li Kai Feng telah
dihantar ke Utara untuk menawan ibu kota Peking. Walau bagaimanapun, pasukan
ini berjaya dihancurkan oleh tentera Manchu di Tientsin. Satu lagi pasukan
tentera seramai 50 ribu orang di bawah Lo Ta Kang dihantar ke Barat China.
Pasukan ini juga tidak banyak mencapai kejayaan. Pemimpin-pemimpin Taiping
selain dari Hung Hsiu Chuan ialah Yang Hsiu Ching, Li Hsiu Cheng, Shih Ta Kai,
Wei Chang Hui, Hsiao Chao Kuei, Hung Ta Chuan, Hung Jen Fa, Hung Jen Kao dan
sebagainya.
Kerajaan Taiping kekal sehingga 19
Julai 1864 di mana ia ditumpaskan oleh tentera Manchu pimpinan Tseng Kao Fan,
Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang yang mendapat bantuan
daripada tentera upahan Barat yang dikenali sebagai “Ever Victorious Army” di bawah
pimpinan Frederick T. Ward dan Charles George Gordon.
Sebab-sebab
1.
Anti Manchu
Wolfgang Franke dalam bukunya “ A
Century of Chinese Revolution 1851-1949” mendakwa semangat kebangsaan khususnya
perasaan anti Manchu merupakan faktor utama yang mengakibatkan meletusnya
Pemberontakan Taiping pada tahun 1851. Manchu merupakan dinasti asing dari
Manchuria yang memerintah negeri China sejak tahun 1644. Akibatnya pemerintahan
Manchu tidak disukai oleh orang-orang Cina terutamanya penduduk wilayah Selatan
seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Dalam usaha untuk menentang Kerajaan
Manchu mereka menubuhkan kongsi gelap seperti White Lotus Society, Heaven and
Earth Society, Big Sword Society, Small Sword Society, Long Hair Bandits, Eight
Diagrams dan sebagainya. Mereka melakukan rompakan dan serangan hendap ke atas
tentera Manchu dalam usaha untuk melemahkan Kerajaan Manchu. Bila Hung Hsiu
Chuan mencadangkan satu pemberontakan menentang Manchu, cadangan tersebut
mendapat sokongan ramai orang Cina yang sememangnya anti Manchu. Akibatnya,
didapati banyak kongsi gelap menyertai Taiping dalam usaha menumpaskan Manchu.
2.
Kesengsaraan ekonomi dan sosial
Wolfgang Franke dalam bukunya “A
Century of Chinese Revolution 1851-1949” dan Frans Micheal dalam bukunya “The
Taiping Rebellion: History and Documents” menegaskan kesengsaraan ekonomi dan
sosial juga merupakan faktor penting mengakibatkan meletusnya Pemberontakan
Taiping. Antara tahun 1826-1850, berlaku pelbagai bencana alam seperti banjir,
kemarau dan gempa bumi yang telah merosakkan tanaman. Pada tahun 1840-an,
banjir besar berlaku di sekitar Sungai Tangtze dan kemarau panjang di wilayah
Hunan. Selain itu, penduduk Kwangsi mengalami kebuluran. Pertambahan penduduk
yang tidak seimbang dengan pertambahan tanah pertanian telah menambahkan
penderitaan rakyat China. Penduduk China yang berjumlah 181 juta pada tahun
1751 telah meningkat menjadi 432 juta pada tahun 1851. Keadaan ini sudah tentu
mengakibatkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup. Ramai petani kehilangan
tanah kerana gagal membayar cukai yang tinggi. Pada pertengahan abad ke-19,
kira-kira 60-90% petani tidak memiliki tanah. Kemarahan orang China terhadap
Kerajaan Manchu disebabkan Menchu tidak berusaha untuk membantu orang-orang
China terutamanya mangsa-mangsa bencana alam. Selain itu, orang-orang China
menganggap bencana alam yang berlaku menandakan Tuhan telah menarik balik
mandat yang diberikan kepada Dinasti Manchu untuk memerintah negeri China.
3.
Kelemahan pentadbiran
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light
on the History of the Taiping Rebellion” menganggap korupsi politik menjadi
punca Pemberontakan Taiping. Sejak akhir abad ke-18, terdapat kemerosotan
sistem pentadbiran Manchu akibat perbuatan rasuah, penyelewengan serta ketidakcekapan
dalam pentadbiran. Ramai pegawai mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri.
Contohnya, Ho Shen seorang pegawai tinggi kerajaan semasa pemerintahan Maharaja
Chien Lung (1736-1796) telah berjaya mengumpul harta sebanyak 800 juta taels.
Jumlah tersebut merupakan separuh daripada pendapatan negeri China dalam tempoh
20 tahun. Selain itu, berlaku penyelewengan dalam jabatan-jabatan kerajaan di
mana peruntukan telah disalahgunakan untuk kepentingan pegawai. Antara jabatan
yang terlibat ialah “Yellow River Conservancy” dan “ Grand Canal
Administration”.
4.
Kelemahan tentera
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light
on the History of the Taiping Rebellion” mendakwa sejak akhir abad ke-18,
terdapat kelemahan dalam sistem ketenteraan Manchu. Tentera Manchu tidak
berdisiplin, tidak teratur dan tidak bersemangat. Selain itu, terdapat
penyelewengan dalam pentadbiran tentera di mana peruntukan disalahgunakan untuk
kepentingan pegawai-pegawai. Kelemahan tentera Manchu terbukti bila mereka
begitu mudah dikalahkan di Kweilin. Pada Disember 1850, kekalahan ini memberi
keyakinan kepada pengikut-pengikut Taiping bahawa perjuangan mereka untuk
menumpaskan Manchu akan berjaya. Sebelum itu, kelemahan tentera Manchu telah
terdedah apabila mereka begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu
1839-1842.
5.
Kemasukan Barat
Kemasukan Barat telah mendedahkan
Manchu. Buktinya Manchu begitu mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu
1839-1842. Selepas Perang Candu, kuasa Barat mula campur tangan dalam hal ehwal
China. Mereka telah menuntut pelbagai keistimewaan dari Kerajaan Manchu.
Kegagalan Manchu untuk menyekat kegiatan Barat menyebabkan kemarahan orang
ramai terhadap Manchu.
Kemasukan Barat juga
telah menyebabkan banyak wang China mengalir keluar. Kemasukan Candu semakin
bertambah selepas Perang Candu 1839-1842. Kemasukan Candu menjejaskan China
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku
ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai
pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang
China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu melebihi
nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan
ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan
keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih candu.
Kegagalan Manchu untuk menyekat perdagangan candu telah menyebabkan kemarahan
orang ramai terhadap Manchu.
Pembukaan 5
pelabuhan China kepada pedagang asing iaitu Canton, Foochow, Amoy, Ningpo dan
Shanghai telah mengakibatkan kemasukan barang-barang Barat yang menjadi saingan
barang-barang China. Kemasukan barang-barang Barat telah menjejaskan pasaran
barang-barang tempatan sehingga menyebabkan banyak industri tempatan terpaksa
ditutup.
Kedatangan Barat
juga telah membawa kepada pengenalan sistem pengangkutan moden terutamanya
kapal yang telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung kepada
sistem pengangkutan kuno seperti tongkang dan kereta lembu. Pembukaan Shanghai
kepada orang-orang asing pada tahun 1842 juga menjejaskan mata pencarian mereka
yang selama ini menjalankan pengangkutan barang-brang eksport terutamanya teh
dan sutera dari Lembah Yangtze ke Canton.
Kedatangan Barat
telah menyebabkan kemasukan agama Kristian yang telah memecahbelahkan rakyat
China. Hung Hsiu Chuan telah menjadikan agama Kristian sebagai ilham dalam
rancangan untuk membentuk satu susunan sosio-ekonomi baru di negeri China.
Beliau juga menjadikan agama Kristian sebagai alat untuk menyatupadukan orang
China menentang Kerajaan Manchu. Beliau telah menyakinkan pengikut-pengikutnya
bahawa peperangan menentang Manchu sebagai peperangan agama. Beliau juga
menggunakan agama Kristian dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang-orang
Barat terutamanya mubaligh-mubaligh.
6.
Diskriminasi Manchu
Dalam menjalankan pentadbiran, Manchu
mengamalkan diskriminasi terhadap orang-orang Cina. Orang-orang Cina tidak
diberi peluang untuk memegang jawatan-jawatan penting. Peluang dalam pentadbiran
terbuka luas kepada orang-orang Manchu di mana mereka dapat hidup dengan mewah
dan menikmati pelbagai keistimewaan. Orang-orang Cina juga terpaksa mematuhi
beberapa arahan sebagai tanda taat setia terhadap Kerajaan Manchu. Di antara
arahan itu ialah memakai rencana, membotakkan bahagian hadapan kepala bagi
lelaki dan membungkus kaki bagi wanita. Perkahwinan campuran di antara Manchu
dan Cina diharamkan.
7.
Kezaliman Manchu
Kerajaan Manchu juga melakukan
kezaliman terhadap orang-orang Cina terutama semasa pemerintahan Maharaja Yung
Cheng (1723-1736) dan Maharaja Chien Lung (1736-1796). Contoh, semasa
pemerintahan Maharaja Yung Cheng ramai cerdik pandai telah dibunuh kerana
bimbang mereka akan mempengaruhi orang Cina menentang Kerajaan Manchu. Tindakan
tersebut bukan sahaja menyebabkan Manchu tidak dapat kerjasama orang Cina
tetapi juga menimbulkan kebencian orang Cina terhadap Kerajaan Manchu.
8.
Cukai
Sejak 1840-an, Kerajaan Manchu telah
mengenakan cukai 2 kali ganda daripada biasa dengan tujuan untuk menghadapi
masalah ekonomi akibat bencana alam, perbelanjaan peperangan, bayaran ganti
rugi dan sebagainya. Tindakan tersebut telah mendapat bantahan orang-orang Cina
wilayah Selatan terutama Kwangtung, Kwangsi, lebih-lebih lagi ramai di antara
mereka mengalami kebuluran.
9.
Ketokohan pemimpin
Vincent Y.C. Shih dalam bukunya “The
Taiping Ideology” menegaskan ketokohan pemimpin khususnya pemimpin utama Hung
Hsiu Chuan dan Yang Hsiu Ching merupakan faktor penting mengakibatkan meletusnya
Pemberontakan Taiping pada tahun 1851. Hung Hsiu Chuan merupakan seorang yang
berkebolehan dalam mempengaruhi orang ramai menyertai Pemberontakan Taiping.
Beliau berjaya merangka satu program dan ideologi Taiping yang berjaya menarik
sokongan ramai. Malah beliau dianggap sebagai keramat yang diutuskan untuk
membebaskan orang ramai daripada penderitaan. Yang Hsiu Ching merupakan seorang
panglima tentera yang berkebolehan dalam menyusun strategi peperangan. Beliau
berkebolehan dalam mengawal dan mengarahkan pengikut-pengikutnya. Selain
daripada mereka, Taiping juga mempunyai pemimpin-pemimpin lain yang
berkebolehan seperti Lin Fang Sing, Yang Hsiu Ching, Hsio Chuo Kuei, Hung Jen
Fa. Pemberontakan Taiping juga meletus kerana bilangan tentera Taiping lebih
ramai, teratur, berdisiplin, bersemangat dan mereka amat patuh kepada arahan
ketuanya. Tentera Taiping dikawal oleh 62 artikel undang-undang tentera. Selain
daripada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan khemah dan ekspedisi
tentera.
10.
Kawasan Selatan
Kawalan Kerajaan Manchu di kawasan
Selatan amat lemah kerana tumpulan mereka ialah di Utara khususnya di ibu kota
Peking. Keadaan ini menyedarkan pengikut-pengikut Taiping bahawa mereka akan
berjaya. Akibatnya kita dapat Pemberontakan Taiping bermula di kawasan Selatan.
11.
Masalah lain
Pada tahun 1840-an dan 1850-an,
Kerajaan Manchu menghadapi pelbagai masalah seperti bencana alam, Pemberontakan
Nien, Pemberontakan Muslim, masalah ekonomi dan sebagainya. Walaupun Perjanjian
Nanking telah ditandatangani, hubungan di antara British dan China masih lagi
runcing sehingga mengakibatkan peperangan pada tahun 1856-1860. Perkembangan
ini menyedarkan pengikut-pengikut Taiping bahawa perjuangan mereka akan berjaya
kerana Kerajaan Manchu tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian bagi
menghadapi Taiping.
12.
Rancangan pembaharuan
Rancangan pembaharuan Taiping yang
terkandung dalam dokumen Tien Chau Tien Mou Chih Tu mengandungi idea-idea
progresif yang menarik sokongan ramai. Dasar pembahagian tanah dan hak milik
bersama ke atas harta telah menarik sokongan petani-petani miskin di Selatan
China. Selain itu, rancangan pembaharuan Taiping idea-idea progresif lain
seperti persamaan seks, serta penghapusan perbuatan-perbuatan buruk seperti
pelacuran, perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau dan sebagainya.
Idea-idea tersebut telah menyatupadukan pengikut-pengikut Taiping dalam
rancangan mereka untuk membentuk satu susunan ekonomi baru di negeri China.
Rancangan
Pembaharuan
Rancangan
pembaharuan Taiping terkandung dalam dokumen Tien Chou Tien Mou chih Tu.
1.
Politik
Sistem pentadbiran Taiping
berdasarkan teks klasik China Chou Li. Pemerintahan tertinggi ialah Maharaja
Kesyurgaan bergelar Tien Wang. Baginda menjadi ketua bagi hal keduniaan dan
akhirat. Di bawahnya terdapat 5 orang raja yang menjadi ketua awam dan tentera.
Di bawah mereka terdapat menteri digelar Cheng Hsiang, penyelia Chien Tien,
komander – Chih Hui dan jenaral – Chiang Chun. Semua pengikut Taiping adalah
tentera tidak kira lelaki atau wanita. Semasa peperangan, mereka menjadi
tentera dan semasa aman menjadi petani. Walau bagaimanapun, terdapat juga
tentera Taiping sepenuh masa. Tentera Taiping dikawal oleh 62 artikel
undang-undang tentera selain daripada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
khemah atau ekspedisi tentera. Unit yang paling kecil dalam pentadbiran Taiping
ialah keluarga. 25 keluarga digabungkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali
sebagai keluarga 25. Tiap-tiap keluarga 25 akan mempunyai sebuah gereja dan
sebuah gudang. Keluarga 25 akan diketuai seorang pegawai berpangkat Sarjan
bergelar Liang Ssi Maa. Beliau menjadi ketua awam dan tentera serta menjadi
guru, hakim dan sebagainya. Peperiksaan awam akan diadakan setahun sekali untuk
mengisi jawatan-jawatan dalam pentadbiran.
2.
Ekonomi
Kegiatan ekonomi asas Taiping ialah
pertanian. Tanah dibahagikan kepada 9 gred mengikut mutu dan diserahkan kepada
setiap keluarga berdasarkan bilangan ahli. Tanah dibahagikan sama rata dan
tidak kira lelaki atau wanita. Mereka yang berumur 16 tahun ke atas mendapat
satu bahagian dan yang berumur di bawah 16 tahun mendapat separuh bahagian.
Harta menjadi hak milik bersama dan hak milik persendirian diharamkan. Taiping
juga mempunyai sebuah kenderaan yang akan menguruskan perkahwinan, kelahiran
dan kematian. Pengikut-pengikut Taiping juga digalakkan terlibat dalam kegiatan
ekonomi lain seperti pertukangan tangan dan penternakan bagi menambahkan
pengeluaran. Wolfgang Franke, Paul H. Cylde dan Burtan F. Beers menegaskan
dasar tanah Taiping hanya dijalankan di wilayah-wilayah tertentu untuk tempoh
yang terhad.
3.
Sosial
Taiping mengamalkan persamaan taraf
di antara lelaki dan wanita. Undang-undang telah dikeluarkan untuk menjatuhkan
hukuman berat ke atas mereka yang memperkosa wanita. Wanita dibenarkan
mengambil peperiksaan dan dilantik sebagai pegawai seperti lelaki. Taiping
menghapuskan amalan-amalan tradisional seperti pelacuran dan membungkus kaki.
Poligami diharamkan dan Taiping mengamalkan monogami. Perkahwinan di gereja
mengikut adat Barat dijalankan di Taiping juga akan menghapuskan amalan buruk
seperti perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau dan sebagainya. Agama
Kristian dijadikan agama rasmi Kerajaan Taiping. Mereka akan memusnahkan
tokong-tokong dan patung-patung agama Buddha dan ajaran Tao. Taiping
menggunakan kalendar baru berdasarkan peredaran bulan dan matahari.
Sebab
berjaya
1.
Rancangan pembaharuan
Rancangan Pemberontakan Taiping yang
terkandung dalam dokumen Tien Chou Tien Mou Chih Tu mengandungi idea-idea
progresif yang menarik sokongan ramai. Dasar pembahagian tanah dan hak milik
bersama ke atas harta telah menarik sokongan petani-petani miskin di Selatan
China. Selain itu, rancangan pembaharuan Taiping juga mengandungi idea-idea
progresif lain seperti persamaan seks serta menghapuskan perbuatan buruk
seperti perjudian, pelacuran, menghisap candu, menghisap tembakau dan
sebagainya. Idea-idea tersebut telah menyatupadukan pengikut-pengikut Taiping
dalam rancangan mereka untuk membentuk satu susunan sosioekonomi baru di negeri
China.
2.
Kekuatan tentera/ketokohan pemimpin
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light
on the History of The Taiping Rebellion” mendakwa bahawa tentera Taiping
merupakan faktor yang menjayakan Pemberontakan Taiping. Bilangan tentera
Taiping adalah lebih ramai, teratur, berdisiplin, bersemangat dan mereka patuh
kepada arahan ketuanya. Tentera Taiping dikawal oleh 62 artikel undang-undang
tentera selain daripada peraturan-peraturan yang berkaitan dengan khemah dan
ekspedisi tentera. Vincent Y.C. Shih pula dalam bukunya “The Taiping Ideology”
menegaskan ketokohan pemimpin utama Hung Hsiu Chuan dan Yang Hsiu Ching telah
mempercepatkan kejayaan Pemberontakan Taiping. Hung Hsiu Chuan merupakan
seorang yang berkebolehan dalam mempengaruhi orang ramai menyertai
Pemberontakan Taiping. Beliau berjaya merangka satu program dan ideology
Taiping yang dapat menarik sokongan ramai. Malah beliau dianggap sebagai
keramat yang diutuskan untuk membebaskan orang Cina daripada penderitaan. Yang
Hsiu Chuan pula merupakan seorang panglima tentera yang berkebolehan dalam
menyusun strategi peperangan. Beliau berkebolehan dalam mengawal dan
mengarahkan pengikut-pengikutnya. Selain itu, Taiping juga mempunyai
pemimpin-pemimpin yang berkebolehan yang lain seperti Li Hsiu Cheng, Wei Chang
Hui, Shih Ta Kai, Hsio Chao Kuei, Hung Jen Fa, Hjng Jen Kao dan sebagainya.
Terdapat kerjasama yang erat antara pemimpin-pemimpin Taiping pada tahap awal
pemberontakan. Dewasa itu, tentera Manchu tidak berdisiplin, tidak bersemangat,
tidak teratur dan tidak terdapat kerjasama antara pemimpin-pemimpin Manchu.
Semasa berlakunya Pemberontakan Taiping, tentera Manchu belum lagi pulih
daripada kekalahan di tangan British dalam Perang Candu 1839-1842.
3.
Anti-Manchu
Wolfgang Franke dalam bukunya “A
Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan dasar anti Manchu yang
diperjuangkan telah membolehkan populariti Taiping. Dasar tersebut telah
mendapat sokongan orang-orang Cina di Selatan terutamanya penduduk wilayah
Kwangtung, Kwangsi dan Fukien yang sememangnya anti Manchu. Dasar anti Manchu
ini juga telah menarik sokongan kongsi gelap yang selama ini menjalankan
gerakan anti Manchu. Akibatnya, banyak kongsi gelap menyertai Taiping.
Antaranya ialah White Lotus Society, Heaven and Earth Society, Big Sword
Society, Small Sword Society, Eight Diagrams dan sebagainya.
4.
Agama
Tanping memperjuangkan agama
Kristian. Perjuangan ini dapat sokongan orang-orang Cina kerana mereka
menganggap agama baru ini akan membawa harapan yang lebih baik kepada kehidupan
mereka. Akibatnya, Taiping dapat sokongan ramai orang Cina yang baru memeluk
agama Kristian. Selain itu, pengikut-pengikut Taiping telah diyakinkan bahawa
perjuangan menentang Manchu sebagai peperangan agama.
5.
Dasar berkecuali kuasa Barat
Dasar berkecuali kuasa Barat pada
tahap awal pemberontakan telah membolehkan Taiping berkembang tanpa menghadapi
banyak halangan kerana Manchu terlalu lemah untuk menghancurkan mereka.
Terdapat pedagang-pedagang terutamanya pedagang British dan Perancis yang
memberi bantuan senjata kepada Taiping kerana mereka tidak berpuas hati dengan
tindakan Kerajaan Manchu yang masih menekan perdagangan asing. Selain itu,
Taiping juga dapat sokongan mubaligh-mubaligh kerana Taiping memperjuangkan
agama Kristian.
6.
Kawasan Selatan
Kawalan Kerajaan Manchu di kawasan
Selatan amat lemah kerana tumpuan mereka ialah di Utara, khususnya di ibu kota
Peking. Menyedari hakikat ini, Hung Hsiu Chuan telah memulakan pemberontakan di
kawasan Selatan dan dengan mudah mereka telah berjaya menawan tempat-tempat
tersebut. Antara 1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah.
7.
Masalah lain
Pada tahun 1840-an dan 1850-an,
Kerajaan Manchu telah menghadapi pelbagai masalah seperti bencana alam,
Pemberontakan Nien, Pemberontakan Muslim, masalah ekonomi dan sebagainya.
Walaupun Perjanjian Nanking telah ditandatangani, hubungan British dan China
masih runcing sehingga mengakibatkan peperangan pada tahun 1856-1860.
Perkembangan ini telah memberi peluang kepada pengikut-pengikut Taiping untuk
meneruskan perjuangan mereka tanpa menghadapi tekanan daripada Kerajaan Manchu.
8.
Strategi yang betul
Strategi perjuangan Taiping menjadi
faktor penting yang menjayakan perjuangan mereka. Taiping memulakan serangan di
kawasan di mana kawalan Kerajaan Manchu amat lemah. Keadaan ini membolehkan
mereka mudah menguasai kawasan-kawasan yang diserang. Kejayaan mudah ini juga
telah menaikkan semangat mereka dan menambahkan keyakinan pemimpin dan pengikut
terhadap perjuangan Taiping.
9.
Gudang senjata
Pada tahun 1853, Taiping berjaya
menawan gudang senjata tentera Manchu di Wuchow. Kejayaan ini membolehkan
mereka menggunakan senjata-senjata tersebut untuk menentang Manchu.
Sebab
gagal
1.
Tidak mendapat sokongan sarjana ningrat
Paul H. Clyde dan Burtan F. Beers
dalam buku mereka “The Far East” mendakwa kegagalan Taiping berpunca daripada
ketiadaan sokongan golongan sarjana ningrat. Malah wolfgang Franke dalam
bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” dan Fairbank dalam bukunya
“East Asia: Modern Transformation” menegaskan Kerajaan Manchu telah
diselamatkan daripada Pemberontakan Taiping oleh golongan sarjana ningrat.
Golongan ini amat berpengaruh dalam masyarakat China tradisional. Mereka
menentang Taiping kerana ideologi Taiping mengandungi konsep Kristian dan juga
kerana Taiping menentang birokrasi Confucius yang dianggap sebagai korup.
Selain itu, sistem pentadbiran Taiping mengancam susunan sosial tradisional di
mana golongan sarjana ningrat mempunyai kedudukan yang tinggi dan menikmati
pelbagai keistimewaan. Akibatnya, ramai sarjana ningrat menyokong Kerajaan
Manchu untuk menumpaskan Taiping. Antara mereka ialah Tseng Kao Fan, Tseng Kao
Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang. Tseng Kao Fan telah menubuhkan pasukan
tentera moden dan handal di Hunan. Beliau berjaya menawan kawasan Yangtze
tengah termasuk Hupei dan Hanyang daripada Pemberontakan Taiping. Li Hung Chang
pula telah menubuhkan pasukan tentera yang moden dan dilengkapkan dengan
senjata Barat di Anhwei. Dengan bantuan orang-orang Barat, beliau berjaya
menawan kawasan Yangtze hilir daripada Taiping. Malah keruntuhan sebenar
Kerajaan Taiping berpunca daripada tindakan golongan sarjana ningrat. Pada 19
Julai 1864, Tseng Kao Chuan telah berjaya menawan Nanking yang merupakan ibu
kota dan kubu terakhir Taiping. Pengganti Hung Hsiu Chuan, iaitu Hung Fu
ditawan dan dibunuh.
2.
Korupsi politik
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light
on the History of The Taiping Rebellion” mendakwa korupsi politik juga
merupakan faktor penting yang menggagalkan perjuangan Taiping. Selepas
tertubuhnya Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853, pemimpin-pemimpin
Taiping mula melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ideologi. Mereka
menjadi malas, boros, mengamalkan kehidupan mewah dan melakukan perbuatan
maksiat seperti perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau, mengambil
minuman keras dan sebagainya. Walaupun poligami diharamkan, tetapi terdapat
pemimpin Taiping yang mengamalkannya. Sebagai contoh, Hung Hsiu Chuan mempunyai
300 orang isteri selain daripada gundik-gundik. Ramai di antara mereka
menyimpan gundik dan menyimpan harta untuk kepentingan diri sedangkan ia
bertentangan dengan ideologi. Cara hidup yang sedemikian telah mengakibatkan
kemerosotan pengaruh serta disiplin pemimpin dan menghilangkan keyakinan
pengikut terhadap perjuangan Taiping.
3.
Kelemahan pemimpin
Vincent Y.C. Shih dalam bukunya “The
Taiping Ideology” menegaskan kelemahan pemimpin juga mengakibatkan kegagalan
Taiping. Mereka berkebolehan dalam menyusun strategi peperangan, tetapi mereka
tidak berkebolehan dalam pentadbiran. Sebagai contoh, Hung Hsiu Chuan sendiri
gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai sarjana. Akibatnya, selepas
tertubuh Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853, pentadbiran yang berkesan
tidak dapat dijalankan. Mereka bukan sahaja tidak melaksanakan rancangan
pembaharuan, tetapi juga melakukan kesilapan ketenteraan. Selepas tahun 1856,
Taiping telah kehilangan pemimpin-pemimpin yang berkebolehan seperti Feng Yun
Shan, Yang Hsiu Ching, Li Hsiu Cheng, Wei Chang Hui, Hsia Chao Kuei, Lin Feng
Hsing, Li Kai Feng, Lo Ta Kang dan sebagainya kerana terbunuh dalam pertempuran
dengan Manchu, terbunuh dalam pertempuran sesama Taiping atau membunuh diri.
Tanpa pemimpin-pemimpin yang berkebolehan telah mempercepatkan kehancuran
Kerajaan Taiping. Hung Hsiu Chuan merupakan seorang yang degil dan tidak akan
menerima nasihat orang lain. Beliau mengamalkan nepotisme di mana
jawatan-jawatan penting diserahkan kepada kaum keluarganya. Beliau telah
melantik saudara-saudaranya menjadi pemerintah wilayah-wilayah yang ditawan
oleh Taiping. Malah beliau telah memecat seorang pemimpin yang berjasa, iaitu
Shih Ta Kai dan digantikan dengan adik-adiknya iaitu Hung Jen Fa dan Hung Jen
Kao. Tindakan Hung Hsiu Chuan menyebabkan ramai pemimpin dan pengikut
meninggalkan perjuangan Taiping. Terdapat sebahagian mereka menyebelahi Manchu
untuk menentang Taiping.
4.
Sokongan tidak menyeluruh
Wolfgang Franke dalam bukunya “A
Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan Taiping tidak mendapat
sokongan yang menyeluruh dan tidak dianggap sebagai kebangkitan nasional.
Taiping hanya dapat sokongan petani-petani miskin di selatan China. Golongan
menengah seperti tuan tanah dan pegawai sarjana tidak menyokong kerana
pentadbiran Taiping akan menjejaskan kepentingan mereka. Walaupun pemberontakan
Taiping merupakan kebangkitan orang Cina menentang Manchu, tetapi masih ramai
orang Cina terutamanya penduduk wilayah Utara menyokong Manchu. Malah
pegawai-pegawai sarjana yang bertanggungjawab menumpaskan Taiping seperti Tseng
Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang adalah terdiri
daripada orang Cina. Franz Micheal dalam bukunya “The Taiping Rebellion:
History and Documents” menegaskan Taiping gagal mendapat sokongan yang
menyeluruh dan berterusan daripada petani-petani. Petani-petani hanya menyokong
Taiping pada tahap awal pemberontakan. Mereka kemudiannya menarik balik
sokongan apabila mendapati pemimpin-pemimpin Taiping tidak melaksanakan
rancangan pembaharuan, terutamanya pembaharuan ekonomi seperti yang dijanjikan.
Petani-petani tidak berpuas hati kerana kebajikan mereka diabaikan. Perasaan
tidak puas hati petani bertambah bila mereka mendapati pemimpin-pemimpin
Taiping mengamalkan kehidupan mewah dan mengumpul harta untuk kepentingan diri
sedangkan ia bertentangan dengan ideologi. Akibatnya ramai petani meninggalkan
perjuangan Taiping.
5.
Pergelutan sesama Taiping
Pergelutan yang berlaku semasa
Taiping juga mengakibatkan kehancuran Kerajaan Taiping. Pendapat ini disokong
oleh Vincent Y.C. Shih dalam bukunya “The Taiping Ideology”. Pergelutan pertama
berlaku antara kongsi gelap Small Sword Society dengan Shang Ti Hui kerana Hung
Hsiu Chuan lebih mengutamakan Shang Ti Hui. Akibatnya Small Sword Society
meninggalkan Taiping dan menguasai Shanghai. Pergelutan kedua berlaku antara
puak Kwongtung pimpinan Hung Hsiu Chuan dengan puak Kwangsi pimpinan Yang Hsiu
Ching kerana Hung Hsiu Chuan mengutamakan puak Kwangtung. Hung Hsiu Chuan juga
bimbang terhadap perkembangan pengaruh pemimpin lain di Nanking yang dianggap
boleh mencabar kekuasaannya. Pada 2 September 1856, beliau mengarahkan Wei
Chang Hui membunuh Yang Hsiu Ching serta pengikut-pengikutnya. Selepas
peristiwa tersebut, Wei Chang Hui pula dibunuh oleh Hung Hsiu Chuan. Pergelutan
sesama Taiping telah mengorbankan kira-kira 30 ribu pengikut. Dalam usaha untuk
menghapuskan pengaruh pimpinan lain di Nanking, Hung Hsiu Chuan mengarahkan Lin
Feng Hsing dan Li Kai Feng menyerang Peking dan Lo Ta Kang menyerang Barat
China. Akibatnya, ketiga-tiga pemimpin tersebut terbunuh dalam pertempuran
dengan tentera Manchu. Tanpa perpaduan yang erat antara pemimpin-pemimpin Taiping
seperti pada tahap awal pemberontakan telah mempercepatkan kehancuran Taiping.
6.
Sokongan Barat
Pada tahap awal pemberontakan, pihak
Barat menyokong Taiping. Mereka kemudiannya menarik balik sokongan selepas
tertubuh Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853. pedagang-pedagang menarik
balik sokongan kerana pentadbiran Taiping menjejaskan kegiatan perdagangan
mereka di China. Mubaligh-mubaligh menarik balik sokongan kerana Kristian yang
diperjuangkan oleh Taiping bertentangan dengan ajaran Kristian yang sebenarnya.
Terdapat pedagang-pedagang Barat terutamanya pedagang British dan Perancis
memberi bantuan kepada Manchu untuk menumpaskan Taiping. Malah kuasa-kuasa
Barat tetapi menubuhkan tentera upahan yang terdiri daripada orang Cina
dikenali sebagai “Ever Victoriuos Army” untuk menentang Taiping. Tentera ini
dipimpin oleh Frederick T. Ward dan sejak 21 November 1862, pimpinan oleh
Charles George Gordon. “Ever Victorious Army” bertanggungjawab menumpaskan
Taiping di Shanghai, Soochow, Ningpo dan Chekiang.
7.
Kelemahan tentera
Ssu Yu Teng dalam bukunya “New Light
on the History of the Taiping Rebellion” mendakwa kelemahan tentera juga
mengakibatkan kegagalan Taiping. Tentera Taiping yang terdiri daripada
petani-petani bukan sahaja tidak terlatih, tetapi juga menggunakan
senjata-senjata kuno seperti pedang, lembing dan panah. Menjelang tahun
1860-an, tentera Manchu lebih terlatih serta menggunakan senjata-senjata moden
bantuan Barat. Selepas tahun 1856, terdapat kemerosotan disiplin serta semangat
tentera Taiping akibat perkembangan yang berlaku dalam pergerakan tersebut.
8.
Ideologi kabur
Ideologi Taiping terlalu kabur bukan
sahaja kepada pengikut tetapi juga kepada pemimpin. Ideologi Taiping yang
merupakan campuran ajaran Kristian dengan kepercayaan orang Cina sukar
difahami. Malah tindakan mencampuradukkan ajaran Kristian dengan kepercayaan
Cia dianggap sebagai percubaan untuk menghancurkan Tamadun China.
9.
Masalah lain
Menjelang tahun 1860-an, beberapa
masalah yang dihadapi oleh Manchu telah berjaya diselesaikan. Masalah hubungan
yang runcing dengan kuasa-kuasa Barat telah ditamatkan dengan termeterainya
Perjanjian Tientsin (26 Jun 1858) dan Perjanjian Peking pada 24 Oktober 1860.
Keadaan ini membolehkan Manchu menumpukan sepenuh perhatian untuk menumpaskan
Taiping.
10.
Kesilapan strategi
Kesilapan strategi juga mengakibatkan
kegagalan Taiping. Pada tahap awal Pemberontakan Taiping, Taiping begitu mudah
menumpaskan tentara Manchu. Akibatnya mereka beranggapan tentera Manchu terlalu
lemah. Anggapan ini semakin mereka yakini kerana antara 1851-1853, mereka
berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah. Akibat anggapan ini, mereka tidak
berusaha untuk mengukuhkan pertahanan wilayah-wilayah yang ditawan. Keadaan ini
membolehkan Manchu kemudiannya menawan semula wilayah-wilayah ersebut satu per
satu. Tindakan Hung Hsiu Chuan membiarkan Small Sword Society yang keluar dari
Taiping menguasai Shanghai dianggap sebagai satu kesilapan. Shanghai
kemudiannya digunakan oleh Manchu dan pihak Barat sebagai pangkalan untuk
menyerang Taiping di Nanking. Tindakan Hung Hsiu Chuan tidak meneruskan
serangan ke Utara dan menawan ibu kota Peking dianggap sebagai kesilapan
strategi. Kejayaan Taiping menawan kawasan Selatan dan menubuhkan kerajaan di
Nanking tidak banyak menjejaskan pentadbiran Manchu yang berpusat di Peking.
Pihak Manchu kemudiannya menyusun strategi dan menawan kembali wilayah-wilayah
yang dikuasai oleh Taiping.
11.
Kemusnahan
Kemusnahan yang dilakukan oleh
Taiping bukan sahaja tidak dapat sokongan Barat tetapi juga orang Cina. Taiping
dianggap lebih banyak membawa penderitaan daripada kebajikan. Akibatnya ramai
orang Cina menyokong Manchu untuk menumpaskan Taiping.
12.
Rancangan pembaharuan
Sejak tahun 1861, Kerajaan Manchu di
bawah Maharaja Tung Chih melaksanakan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan
Memperkuatkan Diri dengan bantuan orang-orang Barat. Di antara tokoh yang
menjayakan rancangan pembaharuan ini ialah Li Hung Chang, Tseng Kao Fan, Tseng
Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Putera Kung. Rancangan pembaharuan ini merangkumi
bidang politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Dari segi politik, China
menamatkan dasar isolasi dan seterusnya mengadakan hubungan diplomatik dengan
kuasa-kuasa Barat. Dalam bidang ekonomi, banyak kilang telah didirikan. Dalam
bidang sosial, pelajaran Barat diperkenalkan dan terdapat rakyat China yang
dihantar melanjutkan pelajaran di seberang laut. Dalam bidang ketenteraan,
tentera China dilatih mengikut teknik Barat dan menggunakan senjata-senjata
moden. Rancangan pembaharuan ini dianggap akan memberi banyak kebaikan kepada
orang-orang Cina. Akibatnya mereka menyokong Manchu untuk menumpaskan Taiping
supaya rancangan pembaharuan akan dijalankan tanpa gangguan.
13.
Kematian Hung Hsiu Chuan
Kematian Hung Hsiu Chuan kerana
membunuh diri pada 1 Jun 1864 telah menyebabkan Taiping kehilangan pemimpin
agung. Puteranya Hung Fa yang dilantik sebagai Maharaja baru merupakan
pemerintah yang lemah dan tidak dapat menjalankan pentadbiran dengan berkesan.
Pada 19 Julai 1864, beliau ditangkap dan dibunuh.
Kesan-kesan
1.
Kemusnahan harta benda dan nyawa
Pemberontakan Taiping telah
mengakibatkan kemusnahan banyak harta benda dan nyawa. Ahli-ahli sejarah telah
menganggarkan sebanyak 20 juta hingga 40 juta orang yang terkorban dalam tempoh
pemberontakan selama 11 tahun.
2.
Jenayah
Pemberontakan Taiping juga
menimbulkan kesulitan ekonomi disebabkan berlakunya kemusnahan tanaman.
Akibatnya, kehidupan rakyat China semakin terhimpit menyebabkan mereka terlibat
dalam kongsi gelap serta melakukan pelbagai jenayah seperti merompak, mencuri,
memeras ugut dan sebagainya.
3.
Tempat bersejarah
Banyak tempat bersejarah juga musnah
dalam Pemberontakan Taiping. Antaranya ialah Pagoda Tembikar yang mempunyai
ketinggian sebanyak 260 kaki yang berada di Nanking, perpustakaan-perpustakaan,
rumah-rumah ibadat dan sebagainya. Pemusnahan tersebut telah menyebabkan pihak
China kehilangan banyak benda yang berharga terutamanya buku-buku dan karya yang
bernilai.
4.
Penghijrahan
Selepas Pemberontakan Taiping, ramai
rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara.
Penghijrahan rakyat China semakin hebat apabila British menjalankan perdagangan
kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Orang-orang China
sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu
serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di negeri China. Bekas-bekas
pengikut Taiping pula berhijrah ke seberang laut untuk melarikan hukuman
Kerajaan Manchu.
5.
Perasaan anti asing
Pemberontakan Taiping telah
menambahkan perasaan anti asing di kalangan rakyat China. Mereka telah
menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang Barat serta pengaruh mereka di
China. Misalnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak
yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 orang
rahib. Pada tahun 1875, Raymond Margary serta 5 orang China yang menjadi
pengikutnya telah dibunuh semasa menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan
darat dari Burma ke China.
6.
Penglibatan orang Barat
Sejak tahun 1861, ramai orang Barat
terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran orang China. Mereka dilantik untuk
membantu China memodenkan pentadbiran mengikut sistem pentadbiran Barat. Semasa
perlaksanaan “Gerakan Memperkuatkan Diri” pihak China telah mengambil ramai
pegawai Barat untuk memodenkan China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Antara mereka ialah Robert Hart, Horatio N. Lay dan W.A.P. Martin.
7.
Pemberontakan lain
Pemberontakan Taiping turut
mempengaruhi kepada berlakunya pemberontakan-pemberontakan lain di China.
Misalnya Pemberontakan Nien 1853-1868, Pemberontakan Muslim 1855-1872 dan
Revolusi 1911 yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen untuk menggulingkan Kerajaan
Manchu. Karl Marx telah menganggap pemberontakan ini sebagai kebangkitan rakyat
yang tertindas menentang Kerajaan Manchu yang kejam. Mao Tze Tung pula
menggunakan strategi Pemberontakan Taiping untuk menjayakan perjuangan Parti Komunis
China (PKC).
8.
Komunis primitif
Ahli-ahli sejarah menganggap
Pemberontakan Taiping sebagai permulaan komunis yang berbentuk primitif.
Pendapat ini disebabkan terdapat persamaan antara perjuangan Taiping dengan
komunisme. Misalnya dari segi strategi peperangan, mereka memulakan usaha
penawanan wilayah dengan menguasai kawasan di mana kawalan kerajaan pusat
adalah lemah. Dari segi struktur sosial pula mereka mengamalkan dasar hak milik
bersama dalam soal harta serta mengharamkan hak milik persendirian.
9.
Orang Cina
Kesan daripada Pemberontakan Taiping,
Kerajaan Manchu mula memberi perhatian kepada orang Cina di mana mereka diberi
peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan-jawatan dalam pentadbiran.
Tindakan Manchu bukan sahaja ingin mengenang jasa orang China kerana membentu
menumpaskan Pemberontakan Taiping, malah juga bertujuan untuk mengelakkan
kebangkitan Cina bagi menggulingkan Manchu. Akibatnya, bilangan orang Cina yang
memegang jawatan pentadbiran bertambah. Misalnya, antara 1861-1894, seramai 34
orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai Gabenor.
10.
Kemerosotan ekonomi
Pemberontakan Taiping juga
menjejaskan ekonomi China. Dalam menghadapi pemberontakan, China terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Selain itu, pihak China juga kehilangan
hasil cukai kerana tidak dapat memungut cukai di wilayah-wilayah Selatan yang
dikuasai oleh Taiping selama 11 tahun. Kemusnahan tanaman akibat daripada
pemberontakan telah menjejaskan lagi ekonomi China.
11.
Pemimpin wilayah
Selepas Pemberontakan Taiping,
pengaruh pemimpin wilayah mulai menonjol. Golongan ini memainkan peranan yang
amat penting dalam usaha menumpaskan Taiping. Antara mereka ialah Tso Tsung
Tang, Tseng Kao Fan, Li Hung Chang dan Tseng Kao Chuan. Bagi mengenang jasa
mereka, pihak Manchu telah mengiktiraf kuasa mereka. Berikutan dengan itu,
pengaruh mereka bertambah kukuh. Keturunan golongan ini kemudiannya menjadi
hulubalang dalam Zaman hulubalang 1916-1927.
12.
Kelemahan Manchu
Berlakunya Pemberontakan Taiping juga
mendedahkan kelemahan Manchu. Buktinya Manchu gagal mematahkan Pemberontakan
Taiping menyebabkan pengikut-pengikut Taiping berjaya menawan banyak tempat di
wilayah Selatan dan seterusnya menubuhkan Kerajaan Taiping di Nanking pada
tahun 1853. Kerajaan Taiping kekal selama 11 tahun dan hanya ditumpaskan pada
tahun 1864. Kerajaan Manchu hanya berjaya menumpaskan Kerajaan Taiping selepas
mendapat bantuan daripada pegawai wilayah seperti Tseng Kao Fan dan Li Hung
Chang serta bantuan dari pihak Barat. Hal ini jelas menunjukkan Kerajaan Manchu
tidak akan mampu menghadapi Taiping secara penderitaan.
Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD), 1861-1894
Pengenalan
Pada penghujung abad ke-19,
terdapat kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Manchu. Buktinya, China begitu
mudah dikalahkan oleh British dalam Perang Candu 1839-1842. Kerajaan Manchu
juga tidak dapat memadamkan Pemberontakan Taiping kecuali selepas mendapat
bantuan Barat. Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin China untuk melaksanakan
satu rancangan bagi memoden dan menguatkan China. Akibatnya terlaksana
rancangan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD)
atau Restorasi Tong Chih. Sejak tahun 1861, pengasas GMD ialah Feng Kuei Fen,
seorang sarjana dari Soo Chow. Beliau menegaskan kelemahan China berpunca
daripada kejahilan terhadap dunia luar dan teknologi Barat. Beliau mencadangkan
China memperolehi dan menggunakan ilmu-ilmu Barat bagi memodenkan dan
menguatkan China. Pemimpin GMD terdiri daripada Feng Kuei Fen, Tseng Kao Fan,
Tseng Kao Chuan, Li Hung Chang, Cheng Chih Tong, Putera Kung dan sebagainya.
Rancangan pembaharuan
Rancangan pembaharuan GMD
merangkumi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan.
1. Politik
Sejak tahun
1861, China menamatkan dasar isolasi dan mengamalkan dasar buka pintu.
Seterusnya China mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat. Dalam usaha
untuk menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat, sebuah institusi yang
dikenali sebagai Tsungli Yamen telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861. Tsungli Yamen
dikatakan diletakkan di bawah Grand Council/Majlis Tertinggi yang diketuai oleh
Putera Kung dan bertindak sebagai pejabat hal-ehwal luar. Sejak tahun 1861,
duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson
Burlingame (Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De
Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866 dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan
China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke Eropah. Pada tahun 1868,
dengan bantuan Anson Bulingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh Chih
Kong dan Sun Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya melawat
negara-negara Eropah seperti England, Perancis, Jerman, Holand, Sweden,
Denmark, Rusia dan Sepanyol. Sejak tahun 1877, duta China mula ditempatkan di
negara-negara asing. Menjelang tahun 1879, sudah terdapat duta China di England
(1877), Jerman (1877), Perancis (1878), Amerika (1878), Rusia (1879) dan
Sepanyol (1879). Bagi menjayakan GMD, China telah menggunakan khidmat pegawai
Barat. Antara mereka ialah Robert Hart, W.A.P. Martin dan Horatio N. Lay.
Kerajaan Manchu juga mula memberi peluang kepada orang-orang Cina untuk
memegang jawatan-jawatan penting yang selama ini dikuasai oleh orang Manchu.
Buktinya antara tahun 1861-1894, 34 orang Cina dilantik sebagai Gabenor Jeneral
dan 104 orang sebagai Gabenor. Wanita juga diberi peluang menduduki peperiksaan
dan dilantik sebagai pegawai sekiranya berkebolehan. Dalam menjayakan GMD,
Kerajaan Manchu menggunakan khidmat golongan intelek Cina sedangkan sebelum ini
golongan ini sentiasa dicurigai oleh Manchu.
2. Ekonomi
Li Hung Chang
menegaskan kelemahan China disebabkan oleh ekonomi. Begitu juga kekuatan Barat
bukan kerana kekuatan tentera tetapi ialah ekonomi. Bagi memulihkan kekuatan
China, kekuatan ekonomi perlu dipulihkan. Berdasarkan ini, beberapa program
ekonomi telah dilaksanakan di bawah formula “Penyeliaan Kerajaan dan
Pengelolaan Saudagar”. Di bawah formula ini, kegiatan ekonomi dijalankan oleh
saudagar-saudagar dan diawasi oleh kerajaan.
a. Pertanian
Program
ekonomi GMD menitikberatkan sektor pertanian yang merupakan tulang belakang
ekonomi tradisional China. Beberapa langkah untuk memajukan pertanian telah
dijalankan. Kerajaan China melaksanakan pembahagian tanah kepada petani-petani
miskin yang tidak mempunyai tanah. Orang-orang Cina digalakkan mengusahakan
tanah terbiar akibat Pemberontakan Taiping. Cukai pertanian dikurangkan dan
bantuan seperti benih dan baja diberikan. Lebih banyak tali air dibina untuk kepentingan
pertanian. Rakyat Cina juga digalakkan membuka tanah baru untuk pertanian.
Langkah-langkah yang dijalankan telah menambahkan kawasan tanaman dan
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
b. Perlombongan
Pada
tahun 1876, Li Hung Chang telah membuka lombong arang batu di Kaiping dan
Syarikat Perlombongan Kaiping telah ditubuhkan pada tahun 1883. Pada tahun
1890, Chang Chih Tung telah membuka lombong arang batu dan besi “Tayeh” di Han
He Ping dalam wilayah Hupei.
c. Perkilangan
Di
bawah program ekonomi GMD, beberapa kilang telah didirikan. Pada tahun 1878,
Tso Tsung Tang telah mendirikan kilang kain bulu di Luchow. Pada tahun 1878
juga, Li Hung Chang telah mendirikan kilang kain di Canton dan Shanghai. Chang
Chih Tung telah mendirikan kilang kain di Wucang pada tahun 1891 dan sebuah
lagi pada tahun 1894. Pada tahun 1891, Li Hung Chang mendirikan kilang kapas
dan kertas di Shanghai dan kilang simen di Kaiping. Pada tahun 1890-an, kilang
duit telah didirikan di Canton, Shanghai, Nanking dan Tientsin.
d. Sistem
perhubungan
Untuk
kepentingan ekonomi, sistem perhubungan dan pengangkutan dimajukan. Pada tahun
1871, Imperial Telegraph Administration telah ditubuhkan untuk membina kabel
telegraf menghubungkan bandar-bandar penting di China. Kabel telegraf yang
pertama dibina pada 1881 untuk menghubungkan Shanghai dengan Tientsin. Dalam
tempoh 2 dekad syarikat ini berjaya membina 22400 km kebel telegraf
menghubungkan bandar-bandar penting China. Pada tahun 1872, Syarikat Perkapalan
China yang pertama ditubuhkan dikenali sebagai China Merchants Steam Navigation
Company. Tujuannya ialah untuk melibatkan diri dalam bidang pengangkuta dan
memecahkan monopoli British dalam pengangkutan di China. Menjelang tahun 1877,
syarikat ini berjaya membeli beberapa buah kapal daripada syarikat perkapalan
Eropah yang terkenal iaitu Russels & Company. Pada tahun 1876, jalan
keretapi yang pertama dibina untuk menghubungkan Shanghai dengan Wusung. Pada
tahun 1888, dibina jalan keretapi yang menghubungkan Tientsin dengan Kaiping
seterusnya jalan keretapi ini disambungkan ke Shanhaikuan dan ke pinggir Peking
pada tahun 1896. Fairbank dalam bukunya “East Asia: Modern Transformation”
menegaskan Kerajaan Manchu tidak menitikberatkan pembinaan jalan keretapi.
e. Cukai
Dalam
usaha untuk mengatasi masalah ekonomi, beberapa cukai diperkenalkan. Salah satu
cukai yang penting ialah Cukai Larkin iaitu cukai yang dikenakan ke atas
keluarga dan ke atas barang-barang yang belum dipasarkan. Cukai yang tinggi
juga dikenakan ke atas perdagangan.
f.
Jabatan Kastam Laut
Disebabkan
China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas dan pelabuhan yang banyak,
maka Jabatan Kastam Laut telah ditubuhkan pada tahun 1862 bagi menguruskan
kutipan cukai eksport dan import. Bagi menjayakan jabatan ini, China telah
menggunakan khidmat pegawai Barat seperti Robert Hart dan Horatio N. Lay.
3. Sosial
Dari segi
sosial, China mula bertolak ansur mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan adat. Orang asing tidak dipaksa mematuhi adat Kowtou. Mereka diberi
kebebasan untuk menghormati raja mengikut cara mereka sendiri. Langkah ini
diambil kerana Maharaja Tung Chih menyedari masalah Kowtou yang menimbulkan
keruncingan antara hubungan China dengan British.
Sistem pelajaran China disusun semula dengan kemasukan
mata pelajaran Barat seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya.
Buku-buku dan guru-guru dibawa dari Barat. Sejak tahun 1872, pelajar China mula
dihantar melanjutkan pelajaran ke seberang laut. Antara tahun 1872-1881, 30
orang dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Dalam tempoh tersebut, 120
orang dihantar ke Amerika dan pada tahun 1876, 30 orang dihantar ke British dan
Perancis.
Kerajaan
China juga mnenggunakan rakyatnya mempelajari bahasa asing untuk mengetahui hal
ehwal luar. Untuk mencapai matlamat ini, beberapa maktab bahasa didirikan.
Antaranya ialah Maktab Bahasa di Peking yang dikenali sebagai “Tung Wen Kuan”
(1862), Shanghai (1863), Canton (1864) dan Foochow (1866). Sejak tahun 1866,
kurikulum Maktab Bahasa telah disusun semula dengan memasukkan mata pelajaran
lain selain dari bahasa. Sejak tahun 1866 juga, ditubuhkan maktab yang
kemudiannya menjadi universiti seperti Universiti Che Foo dan Universiti Wu
Chang.
Perkhidmatan
pos dimulai pada tahun 1881 di bandar-bandar besar seperti Canton, Shanghai,
Nanking dan Tientsin.
4. Ketenteraan
Li Hung Chang
menegaskan kelemahan tentera China berpunca daripada kekurangan latihan dan
senjata moden. Bagi memulihkan kekuatan tentera China, beberapa program telah
dilaksanakan. Pakar-pakar dan jurulatih-jurulatih tentera dari Barat telah
diambil untuk melatih tentera China dan menyusun semula sistem ketenteraan
China berdasarkan sistem ketenteraan Barat. Senjata-senjata juga diimport dari
Barat. Sejak tahun 1872, pegawai-pegawai tentera telah dihantar menjalani
latihan di Barat. Sebagai contoh, pada tahun 1876, pelatih-pelatih limbungan
kapal Foochow telah dihantar menjalani latihan di Britain dan Perancis. Oleh
sebab China mempunyai kawasan persisiran pantai yang luas, maka pertahanan laut
amat penting bagi China. Pada tahun 1866, angkatan laut China yang pertama
ditubuhkan dikenali sebagai Armada Foochow. Menjelang tahun 1883, terdapat 3
lagi angkatan laut iaitu Armada Nanyang 17 kapal, Armada Peiyang 15 kapal, dan
Armada Hokkien 11 kapal. Untuk membina dan membaiki kapal angkatan laut,
limbungan kapal telah didirikan di Foochow pada tahun 1866. Antara tahun
1867-1874, limbungan kapal ini berjaya menghasilkan 15 buah kapal angkatan laut
China. Bagi melengkapkan tentera China dengan senjata-senjata moden, kilang
senjata mula didirikan sejak tahun 1861. Antaranya ialah kilang senjata di
Anking (1861), Shanghai (1862), Canton (1864), kiangnan (1865), Foo Chow
(1866), Nanking (1867) dan Tientsin (1867). Kilang senjata terbesar dibina oleh
Tseng Kao Fan dan Li Hung Chang pada tahun 1865. Kilang senjata tersebut
mempunyai 32 bangunan dan mampu menghasilkan 454 kg serbuk letup sehari. Kilang
senjata tersebut juga menghasilkan 8 buah kapal perang. Kilang senjata kedua terbesar
dibina oleh Tso Tsung Tang di Foochow pada tahun 1866. Kubu China berdasarkan
teknik Barat telah dibina di Taku dekat Tientsin pada tahun 1867. Bagi melatih
tentera China, Maktab Tentera telah didirikan di Tientsin (1880), Whampao
(1880) dan Nanking (1890).
Batasan-batasan
1. Kekurangan
tenaga mahir
Oleh sebab China
kekurangan tenaga mahir mereka terpaksa bergantung kepada orang Barat bagi
menjayakan GMD, lebih-lebih lagi rancangan pembaharuan tersebut berdasarkan
idea Barat. Sekiranya hubungan antara China dengan kuasa-kuasa Barat berada
dalam keadaan yang baik, China tidak menghadapi masalah untuk dapat bantuan
Barat. Sebaliknya, jika perhubungan antara mereka runcing, sudah tentu
menjejaskan perlaksanaan GMD. Sebagai contoh, pada tahun 1883, hubungan antara
China dengan Perancis Runcing kerana masalah Annam. Akibatnya dalam pertempuran
antara China dengan Perancis pada tahun 1883-1884, Armada Hokkien yang dilatih
oleh Perancis telah dihancurkan oleh Perancis, kerana kekurangan tenaga mahir
juga hasil-hasil keluaran China bermutu rendah. Contohnya kapal-kapal yang
dihasilkan oleh limbungan kapal Foochow tidak setanding dengan kapal-kapal
Barat atau Jepun.
2. Pemimpin
wilayah
Perlaksanaan
rancangan pembaharuan GMD dianggap sebagai tanggungjawab pemimpin wilayah.
Kerajaan pusat tidak mengambil inisiatif untuk merancang dan menyelaraskan
perlaksanaan rancangan tersebut. Perlaksanaannya diserahkan kepada
kebijaksanaan serta budi bicara pemimpin wilayah. Akibatnya, pemimpin wilayah
melaksanakan rancangan itu tanpa arahan dan pimpinan kerajaan pusat. Selain
itu, rancangan itu hanya dijalankan di wilayah-wilayah tertentu dan bukannya di
seluruh China.
3. Tiada
kerjasama
Perlaksanaan
rancangan pembaharuan juga dianggap sebagai tanggungjawab wilayah berkenaan dan
tidak ada kena-mengena dengan wilayah-wilayah lain. Akibatnya tidak wujud
kerjasama antara wilayah dalam perlaksanaan GMD. Malah setiap masalah yang
timbul dianggap sebagai masalah wilayah berkenaan dan tidak akan dapat bantuan
wilayah-wilayah lain. Sebagai contoh, pertempuran antara Armada Hokkien dengan
Perancis pada tahun 1883-1884 dianggap sebagai masalah Armada Hokkien.
Akibatnya, Armada Hokkien tidak dapat bantuan armada lain. Begitu juga dengan
semasa pertempuran antara Armada Peiyang dengan Jepun pada tahun 1894-1895.
Armada Peiyang tidak dapat bantuan armada lain.
4. Tiada
mendapat sokongan Kerajaan Manchu
Rancangan
pembaharuan GMD tidak dapat sokongan yang menyeluruh daripada pegawai Manchu.
Majoriti pegawai tidak memahami rancangan pembaharuan yang berdasarkan idea
Barat yang hendak dilaksanakan di China. Terdapat juga pegawai yang memahami
tetapi tidak yakin ianya dapat dilaksanakan di negeri China. Pegawai-pegawai
Manchu masih lagi dikongkong oleh adat resam tradisional dan ajaran Confucius.
Mereka bukan sahaja tidak memahami rancangan pembaharuan, tetapi juga tidak
menghargainya, mereka bukan sahaja tidak cekap tetapi juga korup. Usaha-usaha
untuk melaksanakan rancangan itu tidak dititikberatkan kerana mereka masih
mengutamakan kepentingan peribadi.
5. Tentangan
golongan konservatif
Rancangan
pembaharuan telah dapat tentangan golongan konservatif daripada orang-orang
Manchu terutama selepas hilangnya pengaruh Putera Kung sejak tahun 1875.
Golongan Konservatif di bawah Maharani Dowager Tzu Hsi amat berpengaruh sejak
tahun 1875. Mereka menentang GMD kerana menganggap rancangan itu hanya
menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu. Kebimbangan mereka
bertambah kerana majoriti golongan reformis terdiri daripada orang Cina kecuali
Putera Kung. Mereka juga mendakwa rancangan pembaharuan bertujuan untuk
menjatuhkan Kerajaan Manchu. Selain itu, mereka menganggap tindakan meniru idea
Barat boleh menjatuhkan maruah serta menhancurkan Tamadun China. Mereka telah
mempengaruhi orang ramai supaya menentang rancangan itu contohnya mereka telah
mempengaruhi ibu bapa supaya tidak menghantar anak ke seberang laut kerana
bimbangkan pengaruh Barat terutamanya agama Kristian. Akibatnya usaha
menghantar pelajar China ke seberang laut terjejas selepas tahun 1881.
6. Kelemahan
Kerajaan Manchu
Kelemahan
Kerajaan Manchu juga mengakibatkan kegagalan GMD. Kerajaan Manchu gagal
melahirkan pemimpin yang berkebolehan, cekap dan dinamik dalam melaksanakan
rancangan pembaharuan. Kerajaan Manchu tidak merancang dan menyelaraskan
perlaksanaan rancangan itu. Tanggungjawab melaksanakan rancangan pembaharuan
diserahkan kepada pemimpin-pemimpin wilayah. Kerajaan Manchu hanya berminat
untuk meniru sains dan teknologi Barat bagi memodenkan negeri China. Mereka
tidak berminat untuk mengadakan perubahan yang radikal atau menyusun semula
masyarakat serta institusi China. Kegagalan menggunakan nilai-nilai dan
institusi Barat juga menggagalkan GMD. Paul A. Conen dalam bukunya “Ching China:
Confrontation with the West 1850-1900” menegaskan kegagalan GMD berpunca
daripada “refusal of Chinese reformers to see the relevance of modernization to
what their eyes were essentially traditional problems.”
7. Penyelewengan
Sejak golongan
konservatif berpengaruh dalam istana Manchu, pelbagai penyelewengan telah
berlaku dalam perlaksanaan GMD. Peruntukan telah disalahgunakan untuk
kepentingan lain. Sebagai contoh, peruntukan untuk memodenkan angkatan laut
telah digunakan oleh Maharani Dowager untuk membina semula “Istana Musim Panas”
yang musnah semasa Perang Arrow 1856-1860. Penyelewengan yang berlaku sudah
tentu menjejaskan perlaksanaan GMD.
8. Peruntukan
GMD memerlukan
peruntukan yang banyak. Dewasa itu, China menghadapi masalah ekonomi akibat
perbelanjaan peperangan, bayaran ganti rugi, pemberontakan, bencana alam dan
sebagainya. Kekurangan peruntukan telah menjejaskan perlaksanaan GMD.
9. Imperialisme
asing
Kemasukan Barat
dan Jepun telah menjejaskan perlaksanaan GMD. China terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi perbelanjaan perang dan bayaran ganti
rugi. Kemasukan asing juga menyebabkan China tidak dapat menumpukan sepenuh
perhatian dalam melaksanakan GMD. Syarat-syarat perjanjian yang berat sebelah
telah menyebabkan industri tempatan tidak dapat dilindungi daripada saingan
asing. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Dasar imperialisme
asing juga menjejaskan lagi perlaksanaan GMD. Pada tahun 1874, Jepun menyerang
dan menguasai Formosa (Taiwan). Pada tahun 1881, Rusia menguasai Ili di
Sinkiang. Pada tahun 1884, Perancis menduduki Annam. Pada tahun 1895, Jepun
menduduki Korea. Peperangan China-Jepun 1894-1895 menandakan akhirnya rancangan
pembaharuan GMD.
Perang
China-Jepun, 1894-1895
Pengenalan
Sejak
awal abad ke-19, China melalui zaman kelemahan akibat dari beberapa peristiwa
seperti Perang Candu 1839-1842, Perang Arrow 1856-1860, Pemberontakan Taiping
1851-1864 dan sebagainya. Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin untuk
melaksanakan rancangan pembaharuan yang dikenali sebagai Gerakan Memperkuatkan
Diri sejak tahun 1861. Manakala di Jepun sebelum tahun 1867 berlaku kekacauan
politik akibat dari gerakan-gerakan anti Shogun Tokugawa. Pada tahun 1867,
Shogun Tokugawa meletakkan jawatan dan pentadbiran diambil alih oleh Maharaja
Meiji. Di bawah Maharaja Meiji, pembaharuan-pembaharuan dilaksanakan
terutamanya dalam bidang ekonomi dan ketenteraan. Akibatnya, Jepun muncul
sebagai sebuah kuasa yang terkuat di Asia menjelang abad ke-19.
Sebab-sebab
Perang
China-Jepun 1894-1895 berlaku di Korea kerana kedua-dua kuasa tersebut
mempunyai kepentingan masing-masing di Korea. Peperangan ini berpunca dari
persaingan Jepun dan China untuk menegakkan pengaruh masing-masing di Korea.
1. Kepentingan
China
Sejak berkurun-kurun
lamanya Korea merupakan tanah jajahan China dan kebanyakan orang Cina
menganggap Korea sebagai sebahagian dari China. Pengekalan kuasa China ke atas
Korea amat perlu untuk menjaga maruah China. Korea juga penting untuk
keselamatan negeri China di mana Korea boleh dijadikan benteng untuk
mempertahankan negeri China terutamanya dari ancaman Rusia dan Jepun. Dari segi
ekonomi, Korea dapat membekalkan beras kepada rakyat China. Selain itu,
terdapat juga peluang-peluang ekonomi yang lain di Korea. Pada 26 Februari
1876, Jepun dan Korea menandatangani perjanjian persahabatan dan perdagangan
yang dikenali sebagai Perjanjian Kanghwa. Mengikut perjanjian tersebut, 3 buah
pelabuhan Korea iaitu Pusan, Inchon dan Wonsan dibuka kepada perdagangan Jepun.
Perjanjian ini juga mengasaskan hubungan diplomatik di antara Jepun dan Korea.
Selain itu, Perjanjian Kanghwa juga mengiktiraf kemerdekaan Korea. Perjanjian
ini mendapat bantahan China kerana ianya dianggap mencabar pertuanan China ke
atas Korea.
2. Kepentingan
Jepun
Jepun memerlukan
Korea untuk kepentingan Jepun dari segi politik, ekonomi dan sosial.
a. Politik
Dari segi politik,
Korea amat penting untuk keselamatan negeri Jepun. Malah, orang-orang Jepun
menganggap Korea ibarat sebilah pisau yang menghala ke jantung Jepun. Jepun
perlu menguasai Korea untuk mengelakkannya jatuh ke tangan kuasa-kuasa lain
terutamanya musuh-musuh Jepun. Sekiranya Korea jatuh ke tangan musuh Jepun
sudah tentu keselamatan Jepun akan terancam kerana Korea dapat dijadikan batu
loncatan untuk menyerang Jepun. Penguasaan ke atas Korea akan membolehkan Jepun
menjadikan Korea sebagai benteng untuk mempertahankan negeri Jepun. Kelemahan
kawalan China ke atas Korea sejak awal abad ke-19 membimbangkan Jepun terhadap
bertapaknya kuasa lain di Korea. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh Jepun
ialah Rusia. Kebimbangan Jepun terhadap Rusia bertambah akibat dari
perkembangan yang berlaku pada tahun-tahun 1880-an dan 1890-an. Pada tahun 1884,
Rusia telah menawarkan bantuan untuk melatih tentera Korea. Pada tahun 1885,
Rusia dibenarkan menggunakan Port Lazareff di Korea. Pada tahun 1891, Rusia
berusaha untuk membina jalan keretapi Trans-Siberia hingga ke Korea. Pembinaan
jalan keretapi ini membolehkan Rusia
bergerak ke Timur dengan cepat. Pada tahun 1890-an, Rusia juga sedang berusaha
untuk mendapatkan sebuah pangkalan di Selatan Vladivostok yang tidak beku
semasa musim sejuk. Perkembangan ini menyedarkan Jepun bahawa penguasaan ke
atas Korea amat penting bagi keselamatan negeri Jepun.
b. Ekonomi
Dari segi ekonomi,
Jepun memerlukan Korea untuk kepentingan bahan mentah dan pasaran lebih-lebih
lagi dewasa itu Jepun di bawah Maharaja Meiji sedang melaksanakan rancangan
perindustrian. Jepun juga perlukan Korea untuk memajukan perkapalan Jepun
kerana sebahagian besar dari sistem perkapalan Korea dikuasai oleh kapal-kapal
Jepun. Selain itu, Jepun juga ingin menguasai perdagangan luar Korea kerana
sejak tahun 1880-an, 90% dari perdagangan luar Korea adalah melalui negeri
Jepun. Korea yang banyak menghasilkan beras juga ingin dikuasai oleh Jepun bagi
menjamin bekalan dari Korea kerana pada tahun-tahun 1880-an dan 1890-an, 40%
dari eksport Korea ialah ke negeri Jepun. Seperti China, Jepun ingin menguasai
Korea kerana terdapat peluang-peluang lain dalam bidang ekonomi di Korea.
c. Sosial
Sejak pertengahan
abad ke-19, Jepun mengalami pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan
pertambahan tanah pertanian. Bentuk muka bumi negeri Jepun yang
bergunung-ganang menyulitkan lagi usaha-usaha pembukaan tanah pertanian. Pada
tahun 1872, penduduk Jepun telah meningkat 35 juta orang. Sekiranya Korea
dikuasai oleh Jepun, maka penduduk Jepun yang berlebihan dapat dipindahkan ke
Korea.
3. Keadaan
di Jepun
Pada akhir abad
ke-19, ramai pemimpin Jepun telah dipengaruhi oleh fahaman imperialisme di mana
mereka bercita-cita untuk meluaskan tanah jajahan Jepun supaya mendapat
pengiktirafan dunia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Mereka
menganggap penguasaan ke atas Korea merupakan langkah permulaan ke arah
perlaksanaan dasar imperialisme Jepun. Dasar imperialisme Jepun juga berpunca
dari pengaruh golongan saudagar atau Zaibatsu yang mahukan Jepun melaksanakan
dasar imperialisme untuk kepentingan bahan mentah dan pasaran. Di antara
pemimpin-pemimpin itu ialah Ito Hirobumi, Hanabusha Yoshitada, Takezoe
Shinichiro, Mutsu Munemitsu, Yamagata Aritomo dan lain-lain.
Pada
tahun-tahun 1880-an dan 1890-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat dari
perbalahan di antara parti memerintah dengan puak pelampau dan parti
pembangkang. Mereka telah mengecam dasar kerajaan sehingga menyebabkan Perdana
Menteri Matsukata meletakkan jawatan pada tahun 1892 dan digantikan oleh Ito
Hirobumi. Selain itu, terdapat percubaan untuk membunuh menteri kabinet seperti
yang berlaku ke atas Menteri Luar Jepun iaitu Okuma pada tahun 1889. Keadaan
ini menyedarkan pemimpin Jepun bahawa serangan ke atas Korea amat perlu bagi
mengalihkan perhatian orang-orang Jepun dari masalah dalam negeri.
4. Tindakan
China
Sejak pertengahan
abad ke-19, China menyedari bahawa kawalannya ke atas Korea semakin lemah
sedangkan pengaruh Jepun semakin berkembang. Akibatnya, China telah mengambil
beberapa langkah untuk mengembalikan kuasa agungnya ke atas Korea. Pada tahun
1881, Li Hung Chang dilantik sebagai Penguasa China bagi hal-ehwal Korea. Sejak
itu, pegawai-pegawai, tentera dan pedagang-pedagang dihantar ke Korea untuk
mengukuhkan pengaruh China di Korea. Apabila berlaku pemberontakan di Korea
pada tahun 1882, China menghantar pasukan tentera di bawah pimpinan Maa Chien
Chung yang berjaya memadamkan pemberontakan tersebut. Pada tahun 1884, apabila
berlaku satu lagi pemberontakan di Korea, China telah menghantar pasukan tentera
di bawah Wu Ta Cheng. Pada tahun 1885, Yuan Shih Kai dilantik sebagai Residen
China di Korea. China mengambil langkah-langkah ini kerana menganggap kekuatan
mereak telah pulih akibat dari perlaksanaan rancangan pembaharuan Gerakan
Memperkuatkan Diri sejak tahun 1861. Dalam usaha untuk menyekat pengaruh Jepun,
China telah mempengaruhi Korea supaya menandatangani perjanjian dengan
kuasa-kuasa Barat. Akibatnya, Korea menandatangani perjanjian dengan Amerika
pada tahun 1882, British dan Jerman pada tahun 1883, Itali dan Rusia pada tahun
1884 dan Perancis pada tahun 1886. Tindakan China mendapat bantahan Jepun
kerana Jepun juga sedang berusaha untuk mengembangkan pengaruhnya di Korea.
Bantahan Jepun juga kerana Jepun menganggap Korea sebagai sebuah negara yang
merdeka setelah termeterainya Perjanjian Kanghwa 1876.
5. Kekacauan
di Korea
Pada tahun 1873,
Raja Li meninggal dunia dan digantikan oleh Raja Kojong yang berumur 12 tahun.
Oleh sebab beliau terlalu muda maka pentadbiran dipangku oleh Taiwunkun. Di
Korea terdapat 2 golongan iaitu golongan konservatif pimpinan Taiwunkun yang
pro China dan anti Jepun dan golongan progresif pimpinan Permaisuri Min dan Kim
Ok Kiun yang pro Jepun dan anti China. Pada tahun 1881, berlaku perbalahan di
antara dua golongan ini akibat dari tindakan golongan progresif mengambil
pegawai-pegawai Jepun. Akibat dari hasutan golongan konservatif pada tahun 1882
berlaku rusuhan anti Jepun menyebabkan 7 orang pegawai rendah Jepun terbunuh,
pejabat perwakilan Jepun dibakar dan menteri perwakilannya Hanabusha Yoshitada
melarikan diri ke negeri Jepun. China menghantar pasukan tentera di bawah
pimpinan Maa Chien Chung dan Ting Ju Chang dan seterusnya berjaya memadamkan
pemberontakan itu. Taiwunkun ditangkap dan dipenjarakan di Shanghai. Untuk
mengelakkan perbalahan dengan Jepun, Perjanjian Chemulpo telah ditandatangani
pada Mac 1882. Syarat-syaratnya:
a. Korea
bersetuju untuk membayar sagu hati sebanyak $50 ribu (Amerika) kepada keluarga
tiap-tiap pegawai Jepun yang terbunuh.
b. Korea
akan membayar sebanyak $500 ribu (Amerika) sebagai ganti rugi kepada Kerajaan
Jepun.
c. Mereka
yang terlibat dalam rusuhan akan dihukum dan mereka yang terlibat secara
langsung dalam pembunuhan akan dihukum bunuh.
d. Korea
akan menghantar satu utusan ke Jepun untuk memohon maaf secara resmi dari
Kerajaan Jepun.
e. Pegawai-pegawai
Jepun yang terbunuh dalam pemberontakan akan dikebumikan dengan penuh
penghormatan.
f.
Jepun dibenarkan menempatkan tenteranya di Korea untuk melindungi rakyat Jepun
dan lain-lain kepentingan Jepun di Korea.
Perjanjian
ini telah membuka peluang kepada Jepun untuk menempatkan tenteranya di Korea
dan seterusnya mengukuhkan pengaruhnya di Korea. Pada tahun 1884, satu
pemberontakan yang dipengaruhi oleh golongan progresif telah berlaku di Korea.
Untuk memadamkan pemberontakan tersebut, China menghantar pasukan tentera di
bawah Wu Ta Cheng. Kegagalan pemberontakan itu telah menyebabkan Kim Ok Kiun
dan menteri perwakilan Jepun Takezoe Shinichiro melarikan diri ke negeri Jepun.
Untuk mengelakkan perselisihan dengan Jepun, lebih-lebih lagi dewasa itu China
sedang menghadapi masalah dengan Perancis kerana Annam, satu rundingan telah
diadakan di antara Li Hung Chang dan Ito Hirobumi yang menghasilkan Konvensi
Tientsin atau Konvensi Li Ito pada 18 April 1885. Syarat-syaratnya ialah:
a. Jepun
dan China bersetuju tidak akan melatih tentera Korea.
b. Jepun
dan China bersetuju untuk menarik balik tentera mereka dari Korea dalam tempoh
4 bulan.
c. Pada
masa akan datang sekiranya mana-mana pihak ingin menghantar tentera ke Korea,
kebenaran pihak yang satu lagi perlu diperolehi terlebih dahulu.
Pada
Mac 1894, Kim Ok Kiun yang mendapat perlindungan di Jepun telah diculik dan
dibunuh di Shanghai. Mayatnya dikerat-kerat dan dipamerkan di China dan Korea.
Tindakan itu mendapat bantahan Jepun dan dianggap menjatuhkan maruah Jepun
kerana Kim Ok Kiun mendapat perlindungan di Jepun. Akibatnya Jepun mencari
kesempatan untuk menyerang Korea. Kesempatan ini diperolehi apabila “Tentera
Muda Jepun” berjaya mempengaruhi puak Tong Hak mengadakan pemberontakan pada
Mac 1894. Kerajaan Korea telah memohon bantuan China bagi memadamkan
pemberontakan tersebut. Li Hung Chang telah menghantar 3 ribu tentera di bawah
pimpinan Ting Ju Chang. Tindakan China mendapat bantahan Jepun kerana ianya
bertentangan dengan Konvensi Li Ito pada tahun 1885. Sebagai tindak balas,
Jepun telah menghantar 8 ribu tentera ke Korea. Kehadiran tentera Jepun dan tentera
China menyebabkan puak Tong Hak menghentikan pemberontakan. Sedang usaha
dijalankan untuk mengelakkan pertempuran di antara Jepun dan China, tentera
Jepun telah menyerang istana Korea dan menawan keluarga diraja dan dipenjarakan
di Pejabat Perwakilan Jepun. Pada 25 Julai 1894, tentera Jepun telah berjaya
menenggelamkan kapal pengangkut tentera China iaitu Cowshing. Jepun
mengisytiharkan perang ke atas China pada 1 Ogos 1894.
Peristiwa
peperangan
Pertempuran
di antara Jepun dan China berlaku di laut dan darat sejak Ogos 1894. Di darat
tentera China telah dikalahkan di Pyongyang. Pada September 1894, Jepun
mengalahkan angkatan laut di muara sungai Yalu. Pada November 1894, Jepun
mengalahkan China di Semenanjung Liaotung. Pada Februari 1895, tentera China
dikalahkan di Wei Hai Wei. Pada Mac 1895, Jepun menawan Yingkow dan Newchang.
Menjelang akhir Mac 1895, China menyerah kalah. Hasil dari rundingan yang
diadakan Perjanjian Shimonoseki telah ditandatangani pada 17 April 1895.
Syarat-syaratnya ialah:
a. China
mengiktiraf kemerdekaan Korea.
b. China
menyerahkan Formosa, Pulau Pescadores, Port Arthur dan Danny di Semenanjung
Liaotung.
c. China
bersetuju untuk membayar 200 juta taels kepada Jepun dan Jepun akan menduduki
Wei Hai Wei sehingga bayaran gantirugi diselesaikan.
d. Jepun
mendapat keistimewaan di negeri China seperti yang dinikmati oleh kuasa-kuasa
Barat.
e. Empat
pelabuhan China iaitu Shansi, Chungking, Soochow dan Hangchow dibuka kepada
perdagangan asing.
Sebab-sebab
China kalah
1. Kelengkapan
perang bermutu rendah
Kelengkapan perang
yang digunakan oleh China bermutu rendah jika dibandingkan dengan kelengkapan
perang Jepun. Sebagai contoh, kelajuan kapal perang China hanya antara 15-16
knot sedangkan kelajuan kapal perang Jepun ialah 23 knot. Tentera Jepun lebih
terlatih dan mereka lebih bersemangat dan berdisiplin jika dibandingkan dengan
tentera China.
2. Tiada
kerjasama
Peperangan China
Jepun 1894-1895 seolah-olah pertempuran di antara armada China dengan Jepun dan
bukannya pertempuran di antara Jepun dengan seluruh China. Keadaan ini berbeza
dengan Jepun kerana semua rakyat Jepun bertanggungjawab bagi menjamin kejayaan
kerana ianya melibat maruah bangsa Jepun. Dalam menghadapi Jepun tidak wujud
kerjasama di kalangan orang-orang Cina. Sebagai contoh, Armada Peiyang yang
menghadapi Jepun tidak mendapat bantuan daripada armada lain walaupun Li Hung
Chang memohon bantuan daripada Armada Foochow dan Armada Nanyang. Selain itu,
terdapat pemimpin-pemimpin China yang sengaja tidak mahu membantu Li Hung Chang
dengan tujuan untuk menjatuhkan pengaruh Li Hung Chang.
3. Kelemahan
Kerajaan China
Kelemahan Kerajaan
China juga merupakan faktor penting menyebabkan China tewas dalam Perang China
Jepun. Kerajaan China gagal melahirkan pemimpin yang cekap dan berkebolehan
dalam merancang strategi peperangan. Kebanyakan pemimpin lebih mengutamakan
kepentingan diri dari kepentingan negara. Kesilapan Li Hung Chang juga
merupakan faktor penting menyebabkan China gagal. Beliau hanya melatih
pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya dan menumpukan taat setia kepadanya
sedangkan mereka tidak berkebolehan.
Penyelewengan
yang berlaku dalam Kerajaan China telah melemahkan lagi tentera China.
Contohnya, peruntukan bagi angkatan laut telah digunakan oleh Maharani Dowager
Tsu Hsi untuk membina semula istana musim panas yang musnah semasa peperangan
Arrow. Akibatnya, antara tahun 1886-1894, China tidak dapat menambahkan
bilangan kapal dalam angkatan lautnya.
4. Terlalu
mengharapkan Barat
China menyedari
kelemahan mereka dan mengharapkan bantuan Barat untuk menghadapi Jepun. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kuasa Barat mengambil sikap berkecuali dalam Perang
China-Jepun kerana mereka menganggap Korea sebagai sebuah negara yang merdeka
lebih-lebih lagi selepas Perjanjian Kanghwa 1876. Malah terdapat kuasa-kuasa
Barat yang sengaja tidak mahu membantu China dengan tujuan supaya Kerajaan
China bertambah lemah kerana keadaan itu membolehkan mereka menekan China untuk
mendapatkan lebih banyak keistimewaan.
5. Kekuatan
tentera
Bilangan tentera
China yang terlibat dalam peperangan itu lebih kecil jika dibandingkan dengan
tentera Jepun. Tentera China hanya berjumlah 50 ribu orang sedangkan tentera
Jepun berjumlah 120 ribu orang.
6. Kemelesetan
ekonomi
Kemelesetan ekonomi
yang dihadapi serta kegagalan Gerakan Memperkuatkan Diri telah mempercepatkan
kekalahan China. Selain itu, masalah lain yang dihadapi oleh China terutamanya
imperialisme Barat menyebabkan China tidak dapat menumpukan perhatian bagi
menghadapi peperangan.
Kesan-kesan
1. Merugikan
China
Peperangan ini amat
merugikan China. China terpaksa membayar gantirugi sebanyak 200 juta taels.
China kehilangan wilayahnya iaitu Formosa, Pescadores, Port Arthur dan Danny.
2. Semangat
kewilayahan
Bertambahnya
semangat kedaerahan orang-orang China, terutama di antara rakyat berdarah China
di Selatan dan rakyat berdarah Manchu di Utara. Masalah tiada kerjasama antara
wilayah berterusan walaupun selepas peperangan China-Jepun.
3. Menjatuhkan
maruah China
Kekalahan ini telah
menjatuhkan maruah China dan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap
pemerintahan Manchu. Kuasa-kuasa Barat tidak lagi menganggap China sebagai
kuasa agung di Timur. Sebaliknya, Jepun mula diterime sebagai kuasa yang kuat
di Timur.
4. Imperialisme
Barat
Kekalahan China
telah memperhebatkan dasar imperialisme Barat di negeri China. Kuasa-kuasa
Barat mula menuntut lebih banyak keistimewaan di negeri China sehingga
ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan
dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, pada tahun 1896,
Rusia menduduki Semenanjung Liaotung, 1897 Jerman menduduki Teluk Kiaochow, 1898
British menduduki Wei Hai Wei dan 1898 Perancis menduduki Teluk Kwangchow.
Kuasa-kuasa Barat telah menuntut keistimewaan lain selain dari mendapatkan
wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China membenarkan mereka membina
jalan keretapi di negeri China. British menuntut kebenaran membina jalan
keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Rusia 1530 batu dan Belgium 650
batu.
5. Golongan
baru
Kekalahan China
telah menyebabkan lahirnya golongan baru yang menyedari betapa perlunya pembaharuan
dilaksanakan di China bagi memulihkan China dari segi politik, ekonomi, sosial
dan ketenteraan. Akibatnya, terlaksanalah Islah 1898 atau Pembaharuan 100 Hari
dari 11 Jun 1898 hingga 21 September 1898. Islah 1898 dipimpin oleh Kang Yu Wei
dan dibantu oleh reformis lain seperti Liang Chih Chou, Weng Tung Ho, Chang
Chih Tung, Kang Kuan Jen, Wang Kang Nien, Tau Ssu Tung, Huang Tsun Hsien, Kuo
Sung Tao, Yau Shen Shin dan lain.lain.
6. Dasar
imperialisme Jepun
Kejayaan Jepun di
dalam peperangan ini telah mendorong pemimpin-pemimpin Jepun untuk melaksanakan
dasar imperialisme. Mereka menganggap kejayaan itu sebagai permulaan ke arah
melaksanakan dasar imperialisme Jepun di Asia. Akibatnya, Jepun meneruskan
dasar untuk meluaskan tanah jajahan. Sebagai contoh, pada tahun 1910, seluruh
Korea telah diletakkan secara langsung di bawah Jepun.
7. Kebangkitan
tentera
Kejayaan Jepun telah
menyebabkan tentera muncul sebagai golongan yang berpengaruh dalam politik
Jepun sehingga sukar dibendung oleh parti pemerintah. Sejak awal abad ke-20,
dasar Kerajaan Jepun telah dipengaruhi oleh kepentingan tentera. Sebagai
contoh, Yamagata Aritomo yang menjadi pengasas tentera moden Jepun telah
mendesak supaya jawatan menteri pertahanan hanya boleh disandang oleh Jeneral
atau Leftenan-Jeneral dan bukannya orang awam. Pada tahun 1930-an, kabinet
Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera.
8. Semangat
nasionalisme
Kejayaan Jepun telah
membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Jepun. Mereka menganggap
dasar imperialisme menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Jepun kerana ianya
melibatkan maruah bangsa dan negara. Walaupun sebelum Perang China-Jepun
berlaku kekacauan politik dan parlimen menjadi gelanggang pertengkaran di
antara parti pemerintah dengan pembangkang tetapi kekacauan politik itu telah
tamat berikutan dengan Perang China-Jepun. Belanjawan perang yang melibatkan
peruntukan besar telah diluluskan sebulat suara oleh parlimen.
Islah
1898
Pengenalan
Kekalahan China ternyata pada abad ke-19 sama ada dalam bidang
politik, ekonomi, sosial atau ketenteraan. Dalam pentadbiran pegawai-pegawai
masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan sehingga menyebabkan wujudnya
ketidakcekapan dalam pentadbiran. Kelemahan dalam ketenteraan terbukti bila China
dikalahkan oleh British dalam Perang Candu 1839-1842 serta Perang Arrow
1856-1860. Kemudiannya dikalahkan oleh Jepun dalam Perang China-Jepun
1894-1895. Kelemahan ini menyedarkan pemimpin-pemimpin China untuk melaksanakan
satu rancangan pembaharuan yang dapat memulihkan negeri China. Akibatnya
terlaksanalah Islah 1898. Islah yang dimulakan sejak 11 Jun 1898 dipimpin oleh
Kang Yu Wei dan dibantu oleh reformis lain seperti Liang Chih Chao, Weng Tung
Ho, Kang Kuan Jen, Wong Kang Nien, Tau Ssu Tung, Huang Tsun Hsien, Kuo Sung
Tao, Yau Shen Shin dan lain-lain lagi.
Sebab-sebab
1. Kelemahan
China
Pada abad ke-19,
China melalui zaman kelemahan sama ada dalam politik, ekonomi, sosial dan
ketenteraan. Walaupun rancangan pembaharuan Gerakan Memperkuatkan Diri
dilaksanakan sejak 1861, tetapi Kerajaan Manchu gagal mewujudkan pentadbiran
yang berkesan. Keadaan ini berlaku kerana gerakan ini tidak mendapat sokongan
yang menyeluruh. Majoriti orang Cina bersikap anti asing dan mereka menentang
rancangan pembaharuan yang berdasarkan idea Barat. Mereka menganggap idea Barat
terlalu asing kepada mereka. Mereka masih mengagungkan peradaban China dan
menganggap tindakan meniru Barat sebagai satu penghinaan yang boleh menjatuhkan
maruah serta menghancurkan Tamadun China. Dalam bidang pentadbiran,
pegawai-pegawai Manchu masih lagi mengamalakn rasuah serta penyelewengan
sehingga menyebabkan wujudnya ketidakcekapan dalam pentadbiran. Dalam
ketenteraan kelemahan China ternyata apabila mereka dikalahkan dalam Perang Candu
1839-1842 dan Perang Arrow 1856-1860. China juga tidak dapat memadamkan
Pemberontakan Taiping kecuali selepas mendapat sokongan dan bantuan Barat.
Kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895 membuktikan lagi kelemahan
China. Keadaan ini menyedarkan pemimpin China untuk melaksanakan satu rancangan
pembaharuan bagi memulihkan China dari segi politik, ekonomi, sosial dan
ketenteraan.
2. Imperialisme
Barat
Kelemahan China
telah memperhebatkan imperialisme Barat di China. Kuasa-kuasa Barat telah
menekan China untuk menuntut pelbagai keistimewaan sehingga ahli-ahli sejarah
menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan secara
sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Rusia menduduki Semenanjung
Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow 1897, British menduduki Wei Hai
Wei 1898 dan Perancis menduduki Teluk Kwangchou 1898. Kuasa-kuasa Barat juga
telah menuntut keistimewaan lain selain dari wilayah. Sebagai contoh, mereka
telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di China.
British menuntut kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu dan Perancis
420 batu, Rusia 1530 batu serta Belgium 650 batu. Keadaan ini menyedarkan
pemimpin China untuk melaksanakan pembaharuan bagi memulihkan China supaya China
mampu menghadapi imperialisme Barat dan Jepun.
3. Kemunculan
golongan reformis
Pada akhir abad
ke-19, muncul golongan reformis yang menyedari betapa perlunya pembaharuan
dilaksanakan di China. Kegagalan Gerakan Memperkuatkan Diri mendorong mereka
untuk merangka satu lagi rancangan pembaharuan yang lebih berkesan dalam usaha
untuk memulihkan China. Mereka menegaskan Islah 1898 bertujuan untuk menyusun
semula institusi politik dan sosial China berdasarkan model Barat bagi
memulihkan negeri China. Kang Yu Wei menegaskan perubahan yang radikal perlu
dijalankan bagi menguat dan memodenkan negeri China. Golongan reformis telah
mengadakan ceramah di merata tempat dengan tujuan untuk menyedarkan orang ramai
betapa perlunya pembaharuan berdasarkan idea Barat dilaksanakan di negeri
China. Mereka telah menubuhkan persatuan dalam usaha untuk menjayakan rancangan
mereka. Sebagai contoh, “Society For The Study of The Self Strengthening”.
Pelbagai kegiatan telah diadakan seperti ceramah, menterjemah buku-buku Jepun
dan Barat, mendirikan perpustakaan dan sebagainya. Islah 1898 dipimpin oleh
Kang Yu Wei dan dibantu oleh reformis lain seperti Liang Chih Chao, Weng Tung
Ho, Kang Kuan Jen, Wong Kang Nien, Tau Ssu Tung, Huang Tsun Hsien, Kuo Sung
Tao, Yau Shen Shin dan lain-lain. Cadangan-cadangan pembaharuan juga telah
dimuatkan ke dalam akhbar terutamanya akhbar “Wang Kuo Kung Pao” yang dimiliki
oleh Liang Chih Chao.
4. Pengaruh
Barat
Sejak tahun
1840-an, beberapa buah pelabuhan China telah dibuka kepada perdagangan asing.
Mengikut Perjanjian Nanking 29 Ogos 1842, 5 buah pelabuhan telah dibuka kepada
perdagangan asing iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Mengikut
Perjanjian Tientsin 28 Jun 1858, 11 pelabuhan telah dibuka kepada perdagangan
asing iaitu Newchwang, Tungchow, Cheefoo, Chinkiang, Nanking, Hankow, Kiukiang,
Tanshui, Swatow, Kiungchow dan Tainan. Mengikut Perjanjian Peking 24 Oktober
1860, Tientsin dibuka kepada perdagangan asing dan mengikut Perjanjian
Shimonoseki 17 April 1875, 4 buah pelabuhan iaitu Shansi, Chungking, Soochow
dan Hangchow dibuka kepada pedagang asing. Pembukaan pelabuhan China telah
membawa kepada kemasukan pengaruh Barat terutamanya di pelabuhan perjanjian.
Terdapat sebahagian daripada orang Cina yang telah terpengaruh dengan idea
Barat dan mahukan ianya dilaksanakan di negeri China. Sebelum itu, orang-orang
China terdedah kepada idea-idea Barat semasa perlaksanaan Gerakan Memperkuatkan
Diri sejak tahun 1861.
5. Sokongan
Maharaja
Sokongan
Maharaja juga penting membawa kepada perlaksanaan Islah 1898. Maharaja Kuang
Hsu terpengaruh dengan rancangan pembaharuan Kang Yu Wei dan mahukan ianya
dilaksanakan di negeri China. Untuk menjamin perlaksanaannya, cadangan-cadangan
pembaharuan telah dikeluarkan sebagai perintah diraja atau dikri.
6. Kejayaan
pembaharuan di Jepun dan Rusia
Kejayaan
rancangan pembaharuan di Jepun dan Pembaharuan Peter The Great Rusia juga
mempengaruhi perlaksanaan Islah 1898. Golongan reformnis menegaskan kejayaan
pembaharuan di Jepun dan Rusia kerana rancangan pembaharuan tersebut
berdasarkan idea Barat. Mereka mendesak Maharaja Kuang Hsu melaksanakan
rancangan pembaharuan di China seperti pembaharuan yang dilaksanakan di Jepun
dan Rusia. Untuk menyakinkan Maharaja, Kang Yu Wei telah mengemukakan kajiannya
bertajuk “A Study of Meiji Reformis” dan “A Study of Peter Rusia”.
Rancangan pembaharuan
1. Politik
a. Sistem
pentadbiran China akan disusun semula berdasarkan sistem pentadbiran Barat.
b. Jawatan-jawatan
dan jabatan-jabatan yang tidak penting dihapuskan.
c. Pegawai
yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan dipecat.
d. Hanya
pegawai progresif yang menyokong rancangan pembaharuan dilantik dalam
perkhidmatan awam.
e. Mewujudkan
kecekapan dalam pentadbiran dengan menghapuskan kelambatan melalui satu
aturcara yang mudah.
f.
Kenaikan pangkat pegawai berdasarkan kejayaan mereka dalam melaksanakan
rancangan pembaharuan.
g. Pendapat
rakyat akan diterima dan dikaji. Jika didapati sesuai akan dilaksanakan.
h. Pegawai-pegawai
akan dihantar ke seberang laut untuk mempelajari sistem pentdabiran Barat.
i.
Belanjawan China akan dibuat tiap-tiap tahun.
j.
Memudah dan memodenkan undang-undang.
2. Ekonomi
a. Teknik
Barat akan digunakan bagi memajukan ekonomi sama ada dalam pertanian,
perdagangan, perusahaan dan sebagainya.
b. Sistem
perhubungan dan alat pengangkutan akan dimajukan. Untuk tujuan tersebut sebuah
“Biro Pengangkutan” akan ditubuhkan di Peking.
c. China
menggalakkan rekaan.
d. Orang
Manchu digalakkan supaya melibatkan diri dalam perdagangan.
e. China
akan memajukan perdagangan luar.
3. Sosial
a. Pelajaran
Sistem
pelajaran China akan disusun semula berdasarkan sistem pelajaran Barat.
Sistem
peperiksaan berdasarkan karangan “Bersudut Lapan” digantikan dengan karangan
mengenai hal semasa.
Universiti
kebangsaan akan didirikan di Peking.
Lebih
banyak sekolah dan maktab yang mengutamakan pelajaran Barat dan pelajaran China
akan didirikan di wilayah dan daerah.
Sebuah
maktab khas akan didirikan untuk mengkaji sistem pelajaran Barat.
Biro
Terjemahan akan diwujudkan di Shanghai.
Pelajar-pelajar
China akan dihantar melanjutkan pelajaran di seberang laut.
Kuil-kuil
akan dijadikan sekolah-sekolah.
b. Kesihatan
Kemudahan
kesihatan akan diadakan dengan mendirikan lebih banyak klinik dan hospital di
seluruh China.
c. Mubaligh
akan diberi perlindungan oleh Kerajaan China.
d. Usaha-usaha
akan dijalankan bagi mencantikkan bandar-bandar.
e. China
akan mempunyai akhbar harian rasmi.
4. Polis/Tentera
Perkhidmatan
polis dan tenetra China akan disusun semula berdasarkan sistem ketenteraan dan
polis Barat. Pegawai-pegawai polis dan tentera dari Barat ditugaskan untuk
melatih polis dan tentera China. Selain itu, pegawai polis dan tentera China
dihantar menjalani latihand di seberang laut.
Sebab kegagalan
1. Tentangan/Tiada
sokongan
a. Masyarakat
umum
Ahli-ahli
sejarah Komunis China menegaskan Islah 1898 kerana gagal ialah tidak mendapat
sokongan orang ramai. Paul H. Clyde dan Burton F. Beers dalam buku mereka “The
Far East” menegaskan orang Cina tidak mempunyai fahaman yang jelas serta
keinginan untuk melaksanakan rancangan pembaharuan. Mereka menentang Islah 1898
kerana dipengaruhi oleh sentimen anti asing. Islah 1898 berdasarkan idea Barat
sedangkan majoriti rakyat China bersikap anti Barat. Mereka menganggap idea
Barat terlalu asing bagi mereka. Mereka mendakwa tindakan meniru idea Barat
sebagai satu langkah penghinaan yang boleh menjatuhkan maruah China serta
menghancurkan Tamadun China. Majoriti orang China masih mengagungkan peradaban
China.
b. Orang
Manchu
Orang
Manchu di bawah Maharani Dowager Tsu Hsi menentang Islah kerana menganggap
ianya hanya menguntungkan orang Cina dan bukannya orang Manchu. Malah terdapat
di kalangan orang Manchu yang menganggap Islah 1898 sebagai suatu percubaan
untuk menggulingkan Dinasti Manchu. Mereka merasa curiga kerana majoriti
golongan reformis kecuali Maharaja Kuang Hsu terdiri daripada orang Cina yang
memang diketahui bersikap anti Manchu. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan
melantik golongan reformis ke dalam perkhidmatan kerajaan. Sebagai contoh,
Liang Chih Chao dilantik sebagai Setiausaha Biro Penterjemahan manakala Yang
Jui, Kuang Ti, Lin Hsun dan Tao Ssu Tung dilantik sebagai Setiausaha di Grand
Council. Orang Manchu juga menentang kerana bimbang kepentingan mereka akan
terjejas lebih-lebih lagi mereka tidak memahami rancangan pembaharuan serta
perlaksanaannya. Selain itu, rancangan pembaharuan bertentangan dengan amalan
mereka terutamanya yang berkaitan dengan rasuah dan penyelewengan.
c. Pegawai
sarjana
Islah
1898 juga mendapat tentangan pegawai sarjana. Mereka yang dipengaruhi oleh
fahaman Confucius menentang kerana sebab-sebab ideologi. Mereka menganggap
rancangan pembaharuan seperti kerajaan berperlembagaan terlalu asing di kaca
mata prinsip politik dan kesusilan China. Mereka juga menentang kerana bimbang
kepentingan mereka akan terjejas lebih-lebih lagi kerana mereka tidak memahami
rancangan pembaharuan serta perlaksanaannya. Penghapusan jawatan di jabatan
yang tidak penting membimbangkan pegawai terhadap kedudukan mereka. Selain itu,
cadangan-cadangan pembaharuan seperti penyusunan semula pentadbiran, anti
korupsi dan sebagainya dianggap boleh menjejaskan kepentingan pegawai-pegawai.
d. Pelajar
Pelajar-pelajar
China juga menentang Islah 1898. Mereka menganggap sistem pelajaran Barat
terlalu asing bagi mereka yang sudah biasa dengan sistem pelajaran China.
Penghapusan sistem peperiksaan karangan bersudut lapan akan mensia-siakan usaha
mereka selama ini.
e. Golongan
agama
Islah
1898 juga mendapat tentangan golongan agama. Mereka menganggap Kang Yu Wei
terlalu radikal kerana beliau mendakwa Confucius sebagai reformis. Golongan
agama juga tidak setuju dengan tindakan menjadikan kuil-kuil sebagai sekolah.
f.
Golongan reformis
Islah
1898 tidak mendapat sokongan yang menyeluruh dari golongan reformis. Walaupun
mereka mempelopori Islah 1898, terdapat juga beberapa cadangan pembaharuan
ditentang oleh reformis-reformis tertentu kerana menganggap ianya menjejaskan
kepentingan mereka. Sebagai contoh, beberapa cadangan di dalam Islah 1898
ditentang oleh Weng Tung Ho dan Chan Po Chen.
2. Terlalu
was
Rancangan
pembaharuan terlalu was merangkumi politik, ekonomi, sosial dan keteneraan.
Dalam tempoh 11 Jun 1898 sehingga 21 September 1898, kira-kira 40-50 cadangan
pembaharuan telah dikeluarkan. Cadangan pembaharuan dikeluarkan secara
tergesa-gesa tanpa perancangan yang teliti. Selain itu, tidak ada koordinasi di
antara cadangan dan perlaksanaannya.
3. Kelemahan
pemimpin
Wolfgang Franke
dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” menegaskan kelemahan
pemimpin merupakan faktor yang penting membawa kepada kegagalan Islah 1898.
Reformis-reformis dikatakan tidak mempunyai ketajaman fikiran politik. Tindakan
Kang Yu Wei menghasut Maharaja Kuang Hsu untuk menentang Maharani Dowager Tsu
Hsi dianggap sebagai satu kesilapan. Beliau sepatutnya berusaha mencari jalan
untuk mendapatkan sokongan Maharani bagi menjayakan Islah 1898 kerana dewasa
itu Maharani amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan tentera. Kang Yu Wei
bukanlah seorang pemimpin yang praktikal. Beliau tidak mengkaji terlebih dahulu
sama ada cadangan pembaharuan dapat dilaksanakan atau tidak. Beliau tidak
menyedari perubahan yang radikal tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh yang
singkat. Maharaja Kuang Hsu pula merupakan seorang pemerintah yang lemah.
Walaupun beliau menjadi Maharaja tetapi Maharani Dowager Tsu Hsi lebih
berpengaruh. Maharaja Kuang Hsu tidak memahami masalah praktikal dalam
perlaksanaan rancangan pembaharuan. Keneth Scott Latourette dalam bukunya “A
History of Modern China” menegaskan Maharaja Kuang Hsu bukan sahaja tidak cekap
tetapi juga tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kekuatan peribadi bagi
melaksanakan rancangan pembaharuan.
China tidak mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan
dalam menjayakan Islah 1898. Majoriti pemimpin China yang brkebolehan dalam
pembaharuan serta perlaksanaannya. Mereka menganggap idea Barat terlalu asing
bagi mereka. Terdapat juga pemimpin China yang memahami tetapi tidak yakin
ianya dapat dilaksanakan di negeri China. Golongan reformis dianggap tidak
berpengalaman. Kang Yu Wei yang berumur 40 tahun dan Liang Chih Chao yang
berumur 25 tahun dianggap terlalu mentah dalam pentadbiran. Mereka juga tidak
mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerana tidak pernah menjadi pegawai
sebelumnya. Pngetahuan mereka mengenai idea Barat juga tidak kukuh kerana
mereka tidak pernah mendapat pendidikan Barat secara formal atau melawat negeri
Barat. Pengetahuan mereka mengenai Barat hanya diperolehi melalui buku dan
pergaulan mereka dengan orang Barat di negeri China dari lawatan mereka ke
negeri Jepun.
4. Kelemahan
ekonomi
Pada akhir abad
ke-19, China mengalami kemelesetan ekonomi akibat peperangan dengan negeri
Jepun, bayaran ganti rugi, bencana alam, kemasukan barang Barat dan sebagainya.
Islah 1898 memerlukan perbelanjaan yang besar. Peruntukan yang terhad sudah
tentu menjejaskan perlaksanaan rancangan pembaharuan tersebut.
5. Kekuatan
tentera
Dewasa itu,
kekuatan tentera amat penting bagi menjayakan sesuatu rancangan. Golongan
reformis tidak mempunyai kekuatan tentera. Tentera China di bawah Jung Lo dan
Yuan Shih Kai memihak kepada Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancanga
pembaharuan.
6. Penyelewengan
Walaupun pada
mulanya Yuan Shih Kai, seorang panglima tentera memihak kepada Maharaja Kuang
Hsu tetapi akibat hasutan, beliau telah berpaling tadah dan menyebelahi
Maharani Dowager Tsu Hsi untuk menentang rancangan pembaharuan. Yuan Shih Kai
yang diarahkan oleh Maharaja Kuang Hsu untuk membunuh pembantu kanan Maharani
iaitu Jung Lo dan menangkap Maharani sebaliknya berpaling tadah untuk
menyebelahi Maharani dan seterusnya menangkap Maharaja Kuang Hsu.
7. Tidak
mendapat sokongan Maharani
Golongan
reformis gagal mendapat sokongan Maharani dalam melaksanakan rancangan
pembaharuan. Sokongan Maharani penting bagi menjayakan Islah 1898 kerana beliau
amat berpengaruh dan mempunyai kekuatan tentera. Maharani bukan sahaja tidak
menyokong Islah tetapi sebaliknya mengambil langkah untuk menggagalkannya.
8. Tidak
mendapat sokongan Barat
Walaupun Islah
1898 berdasarkan idea Barat tetapi reformis tidak mendapat sokongan dan bantuan
Barat dalam menjayakan rancangan pembaharuan. Perlaksanaan Islah 1898
bergantung sepenuhnya di atas budi bicara reformis-reformis.
9. Tidak
menyeluruh
Islah 1898 hanya
dilaksanakan di wilayah-wilayah tertentu dan bukannya di seluruh China. Kebanyakan
pemimpin wilayah hanya menerima cadangan-cadangan pembaharuan tetapi tidak
melaksanakannya kecuali gabenor wilayah Hunan iaitu Chan Po Chen.
10. Penangkapan Maharaja Kuang
Hsu
Penangkpan
Maharaja Kuang Hsu pada 21 September 1898 oleh Yuan Shih Kai atas arahan
Maharani menjadi faktor menggagalkan Islah 1898. Maharaja Kuang Hsu telah
dipaksa menyerahkan kuasa kepada Maharani. Maharaja Kuang Hsu juga dipaksa
untuk mengisytiharkan penarikan balik sokongan baginda kepada reformis.
11. Kehilangan reformis
Selepas 21
September 1898, Islah 1898 telah kehilangan ramai reformis kerana dipecat dari
jawatan masing-masing, dibunuh atau melarikan diri. Chan Po Chen dan Weng Tung
Ho telah dipecat dari jawatan mereka. Enam orang reformis telah dibunuh oleh Manchu
iaitu Kang Kuan Jen, Tao Ssu Tung, Yau Shen Shin, Lin Shun, Yang Jui dan Kuang
Ti. Maharaja Kuang Hsu dipenjara dan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan
diri ke Jepun.
12. Imperialisme Barat
Pada akhir abad
ke-19, khususnya selepas kekalahan China di tangan Jepun dalam Perang
China-Jepun 1894-1895, kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan
keistimewaan. Mereka telah berlumba-lumba untuk mendapatkan konsesi di China
sehingga ahli-ahli sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang
dipotong dan dibahagikan sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Rusia
menduduki Semenanjung Liaotung 1896, Jerman di Teluk Kiaochow 1897, British di
Wei Hai Wei 1898, dan Perancis di Teluk Kwangchow 1898. Kuasa-kuasa Barat juga
telah menuntut keistimewaan lain selain dari wilayah. Sebagai contoh, mereka
telah mendesak China membenarkan mereka membina jalan keretapi di mana British
meminta kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu,
Rusia 1530 batu dan Belgium 650 batu.
Kesimpulan
Kegagalan Islah 1898 menyebabkan
kekuatan China tidak dapat dipulihkan dan China terus berada dalam kelemahan.
Walaupun Maharani menentang Islah 1898 tetapi beberapa cadangan dalam
pembaharuan tersebut telah dilaksanakan oleh Maharani. Sebagai contoh,
penubuhan Universiti Imperial di Peking dan penubuhan sekolah dan maktab yang
mengutamakan pelajaran Barat dan China. Islah 1898 telah melahirkan 2 golongan
dalam masyarakat China iaitu golongan pro Manchu dan golongan anti Manchu.
Golongan pro Manchu memperjuangkan slogan “Lindungi Manchu dan Usir Barat”.
Kegiatan mereka telah membawa kepada berlakunya Pemberontakan Boxer 1898-1900.
Manakala golongan anti Manchu membawa kepada kelahiran gerakan revolusioner di
bawah Sun Yat Sen yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu dalam Revolusi
Oktober 1911.
Pemberontakan
Boxer
Pengenalan
Boxer merupakan gabungan kongsi
gelap seperti White Lotus Society, Big Sword Society, Eight Diagrams dan
lain-lain. Pada mulanya, Boxer dikenali sebagai I Ho Tuan yang bermaksud
Pertubuhan Keadilan dan Keharmonian. Kemudian Boxer dikenali pula sebagai I Ho
Chuan yang bermaksud Tinju Keadilan dan Keharmonian. Boxer dipercayai wujud
pada akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19 iaitu semasa pemerintahan Maharaja
Chia Ching (1796-1820). Pada peringkat awal, penubuhan Boxer bersikap
anti-Manchu dan anti asing. Slogan perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu
dan Usir Orang Asing”. Pada tahun 1890-an, sikap mereka berubah menjadi
pro-Manchu dan anti asing. Slogan mereka juga bertukar menjadi “Lindungi Manchu
dan Usir Orang Asing”. Perubahan ini berlaku kerana mereka diyakinkan segala
masalah yang berlaku di China bukan kerana Manchu tetapi akibat dari kehadiran
asing. Pemberontakan Boxer yang berlaku pada tahun 1900 dipimpin oleh Chu Hung
Teng bertujuan mengusir orang asing dari negeri China.
Sebab-sebab
1. Anti
asing
Sejak awal lagi,
orang-orang Cina memang bersikap anti asing lebih-lebih lagi mereka diyakinkan
segala masalah yang berlaku di China berpunca dari kedatangan orang asing.
Perasaan anti asing di kalangan orang Cina bertambah semasa perkembangan
pengaruh Maharani Dowager Tzu Hsi pada akhir abad ke-19. Pencerobohan Barat
sejak Perang Candu 1839-1842 bukan sahaja menjejaskan kedaulatan China tetapi juga
menjatuhkan maruah China. Akibatnya, timbul keinginan di kalangan orang Cina
untuk membalas dendam dan memulihkan kebanggaan nasional China. Perasaan anti
asing juga bertambah akibat dari perkembangan imperialisme asing pada tahun
1890-an terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895.
Kerajaan China juga tidak bersetuju dengan tindakan orang asing melindungi
pelarian-pelarian China yang dikehendaki oleh Kerajaan Manchu. Sebagai contoh,
British telah membantu Kung Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Hong
Kong dan kemudiannya mendapat perlindungan di Jepun. Tindakan Jepun membenarkan
penerbitan Chiang I Pao yang diharamkan oleh China telah menambahkan lagi
kemarahan China. Untuk kepentingan China maka orang-orang asing perlu diusir
dari negeri China.
2. Kemasukan
asing
Kemasukan orang
asing telah membebankan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran serta amalan rasuah
dan penyelewengan kerana pegawai kerajaan menjadi penagih candu yang dibawa
oleh orang-orang asing terutamanya British. Kemasukan asing juga menyebabkan
China terpaksa menghadapi peperangan-peperangan dan pemberontakan seperti
Perang Candu (1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Perang China-Jepun
(1894-1895), Pembeorntakan Taiping (1851-1864), Pemberontakan Nien (1853-1868),
Pemberontakan Muslim (1855-1873) dan Pemberontakan Tungan (1862-1878). Selain
dari itu, China telah kehilangan beberapa wilayah kepada kuasa-kuasa asing. Di
antara wilayah tersebut ialah Hong Kong, Kowloon, Kepulauan Pescadores,
Semenanjung Liaotung, Farmosa dan lain-lain lagi.
Dari segi ekonomi, kemasukan orang asing telah menjejaskan
ekonomi China. Banyak wangChina mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai
import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah
tentu membebankan ekonomi China. Kemasukan asing juga menyebabkan China
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menghadapi
peperangan-peperangan dan pemberontakan-pemberontakan seperti Perang Candu
(1839-1842), Perang Arrow (1856-1860), Pemberontakan Taiping (1851-1864) dan
lain-lain. Selain itu, China terpaksa membayar ganti rugi selepas menerima
kekalahan dalam tiap-tiap peperangan. Sebagai contoh, ganti rugi Perang Candu
sebanyak 21 juta taels, Perang Arrow sebanyak 20 juta taels dan dalam Perang
China-Jepun sebanyak 200 juta taels. Pembukaan negeri China kepada orang-orang
asing telah menyebabkan ekonomi China dikuasai oleh orang asing. Pembukaan
pelabuhan-pelabuhan China telah menyebabkan kemasukan pengusaha-pengusaha dan
barang asing yang menjadi saingan kepada barang-barang China. Barang-barang
asing lebih diminati kerana harganya murah. Keadaan ini menyebabkan pasaran
China dikuasai oleh barang-barang asing. Akibatnya banyak perusahaan tempatan
terpaksa ditutup menyebabkan berlakunya pengangguran. Pengenalan sistem
pengangkutan moden telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung
kepada sistem pengangkutan kuno. Perkembangan perdagangan asing di China amat
merugikan negeri China. Sebagai contoh, pada tahun 1899, China mengalami
kerugian sebanyak 69 juta taels dalam perdagangan asing. Masalah ekonomi yang
dihadapi menyebabkan kerajaan memperkenalkan cukai-cukai baru dan cukai-cukai
tambahan. Langkah ini sudah tentu membebankan ekonomi orang-orang China.
Kemerosotan taraf hidup telah menyebabkan petani-petani, penganggur-penganggur
dan kongsi gelap-kongsi gelap menyertai Boxer untuk mengusir orang-orang asing
dari negeri China.
Dari
segi sosial, kemasukan Barat telah membawa kepada kemasukan pengaruh Barat.
Orang-orang Cina terutamanya golongan muda terpengaruh dengan unsur-unsur Barat
menyebabkan mereka meninggalkan adat resam tradisional. Kemasukan candu telah
menimbulkan masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak di kalangan orang-orang
Cina.
Kemasukan
Barat telah membawa kepada kemasukan agama Kristian. Orang-orang Cina tidak
bersetuju dengan tindakan mubaligh-mubaligh mengkristiankan orang-orang Cina.
Selepas Perjanjian Peking 1860, mubaligh-mubaligh bukan sahaja diberi kebebasan
menyebarkan agama Kristian tetapi boleh membeli tanah untuk tujuan agama
seperti mendirikan gereja, sekolah dan lain-lain. Perkembangan agama Kristian
pada tahun 1890-an dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan
falsafah China. Tindakan orang-orang Cina terhadap Kristian juga menimbulkan
kemarahan orang-orang Cina lain. Mereka dianggap sombong dan telah mengasingkan
diri dari orang-orang Cina yang lain. Orang-orang Cina Kristian menganggap
taraf mereka lebih tinggi dari orang-orang Cina yang lain. Mereka tidak lagi
membiayai perayaan-perayaan orang Cina serta memulaukannya. Tindakan ini sudah
tentu membebankan orang-orang Cina yang lain. Tindakan mubaligh-mubaligh juga
menimbulkan kemarahan orang-orang Cina. Mubaligh-mubaligh sentiasa menyebelahi
orang-orang Cina Kristian dalam perselisihan di antara orang-orang Cina
Kristian dengan orang-orang Cina bukan Kristian. Mubaligh-mubaligh juga lebih
mengutamakan orang-orang Cina Kristian dalam kegiatan mereka. Selain itu, terdapat
kepercayaan bahawa mubaligh-mubaligh melakukan amalan-amalan ganjil serta tidak
berperikemanusiaan seperti mencungkil mata kanak-kanak. Akibatnya, orang Cina
menganggap agama Kristian sebagai unsur yang memecahbelahkan orang-orang Cina.
Untuk menyatupadukan orang-orang Cina, agama Kristian dan orang-orang Barat
perlu diusir dari negeri China.
3. Sokongan
Maharani
Menurut Wolfgang
Frankie dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” sokongan
Maharani Dowager Tzu Hsi merupakan faktor penting menyebabkan berlakunya
Pemberontakan Boxer 1900. Maharani yang memang bersikap anti asing bercita-cita
untuk mengusir orang asing dari negeri China bagi memulihkan Kerajaan Manchu.
Sokongan Maharani menyebabkan anggota-anggota Boxer berani menentang
orang-orang asing. Pada akhir abad ke-19, berlaku pelbagai masalah di negeri
China dan Maharani menyedari Kerajaan Manchu tidak mampu untuk
menyelesaikannya. Untuk mengalihkan perhatian orang Cina supaya tidak
menyalahkan Kerajaan Manchu, Maharani menjalankan kegiatan menanam perasaan
anti asing di kalangan orang-orang Cina.
4. Bencana
alam
Pada akhir abad
ke-19 terutamanya pada tahun 1890-an berlaku pelbagai bencana alam di negeri
China. Sebagai contoh, kemarau panjang berlaku di sekitar Sungai Yangtze dan di
beberapa wilayah Utara. Pada 1898, banjir besar berlaku di sekitar Hwang Ho.
Pada tahun yang sama, kebuluran berlaku di Shantung. Orang-orang China mendakwa
bencana alam berlaku akibat dari kemarahan dewa khususnya dewa tanah. Tindakan
Barat meneroka tanah telah memusnahkan tempat kediaman dewa dan seterusnya
menimbulkan kemarahan dewa. Untuk mengelakkan kemarahan dewa supaya tidak
menurunkan bencana alam maka orang-orang Barat perlu dihalang dari meneroka
tanah. Untuk menjamin orang-orang asing tidak meneroka tanah, mereka perlu
diusir dari negeri China.
5. Imperialisme
asing
Pada akhir abad
ke-19 khususnya selepas kekalahan China dalam Perang China-Jepun 1894-1895,
kuasa-kuasa Barat telah menekan China untuk mendapatkan wilayah keistimewaan.
Mereka telah berlumba untuk mendapat konsesi di China sehingga ahli-ahli
Sejarah menganggap China sebagai tembikai masak yang dipotong dan dibahagikan
sesama kuasa Barat dan Jepun. Sebagai contoh, Russia menduduki Semenanjung
Liaotung 1896, Jerman menduduki Teluk Kiaochow di Shantung 1897, British
menduduki Wei Hai Wei 1898 dan Perancis menduduki Teluk Kwangchow 1898.
Kuasa-kuasa Barat juga telah menuntut keistimewaan-keistimewaan lain selain
dari mendapatkan wilayah. Sebagai contoh, mereka telah mendesak China
membenarkan mereka membina jalan keretapi di China. British telah meminta
kebenaran membina jalan keretapi sejauh 2800 batu, Perancis 420 batu, Russia
1530 batu dan Belgium 650 batu. Untuk menghalang imperialisme asing,
kuasa-kuasa asing perlu diusir dari negeri China.
6. Kelemahan
China
Kelemahan China
ternyata pada akhir abad ke-19 sama ada dalam pentadbiran atau ketenteraan.
Dalam pentadbiran berlaku amalan rasuah, penyelewengan serta ketidakcekapan.
Kelemahan dalam tentera terbukti bila China dikalahkan oleh British dalam
Perang Candu (1839-1842) dan Perang Arrow (1856-1860). China juga tidak dapat
memadamkan Perang Taiping (1851-1864) kecuali selepas mendapat bantuan Barat.
Kelemahan China lebih terbukti apabila dikalahkan oleh Jepun dalam Perang
China-Jepun 1894-1895. Kelemahan ini menyedarkan orang Cina untuk bangun
membantu Manchu dan menganggap ianya sebagai tanggungjawab mereka untuk
memulihkan negeri China dengan mengusir orang-orang asing.
7. Anti
Manchu
Pemberontakan
Boxer juga meletus kerana adanya perasaan anti Manchu di kalangan anggota
Boxer. Pada mulanya mereka bersikap anti Manchu dan anti asing, di mana slogan
perjuangan mereka ialah “Gulingkan Manchu dan Usir Orang Asing”. Hanya pada
tahun 1890-an, sikap mereka berubah menjadi pro Manchu dan anti asing di mana
slogan mereka bertukar menjadi “Lindungi Manchu dan Usir Orang Asing” bila
mereka diyakinkan segala masalah yang berlaku di China bukan kerana Manchu
tetapi akibat kedatangan orang asing.
8. Sokongan
pegawai
Boxer bukan
sahaja mendapat sokongan Maharani tetapi juga dari pegawai-pegawai Kerajaan
Manchu. Sebagai contoh, Gabenor Shantung Li Ping Heng dan kemudiannya Yu Hsien
menyokong Pemberontakan Boxer. Akibat dari sokongan mereka, Pemberontakan Boxer
bermula di Shantung. Selain dari itu, Boxer juga mendapat sokongan
pegawai-pegawai seperti Putera Tuan, Putera Chuan, Kang I dan Yu Lu.
9. Kongsi
gelap
Pemberontakan
Boxer juga berlaku kerana Boxer mendapat sokongan dari kongsi gelap-kongsi
gelap seperti White Lotus Society, Big Sword Society, Eight Diagrams dan
sebagainya. Kongsi gelap-kongsi gelap menyertai gabungan Boxer yang dikenali
sebagai I Ho Tuan dan kemudiannya I Ho Chuan.
Peristiwa kebangkitan
Pemberontakan Boxer bermula pada
tahun 1898 di Shangtung di mana mereka telah menyerang orang-orang Cina
Kristian. Pada tahun 1899, anggota Boxer menyerang orang-orang Cina Kristian
dan orang-orang asing di Shantung, Chihli, Shansi dan Manchuria. Mereka telah
memusnahkan gereja-gereja dan jalan keretapi. Pada Mei 1900, Boxer telah
membunuh 68 orang Cina Kristian dan membakar 75 buah rumah mereka. Walau
bagaimanapun, ahli-ahli Sejarah China mendakwa kebangkitan Boxer yang sebenar
berlaku pada pertengahan 1900. Pada 14 Jun 1900, anggota-anggota Boxer tiba di
Peking dalam usaha untuk mengusir orang-orang asing dari negeri China. Pada 19
Jun 1900, Maharani secara langsung menyatakan sokongannya kepada Boxer. Pada
tarikh tersebut, baginda mengarahkan orang-orang asing keluar dari Peking.
Keengganan orang asing menyebabkan Maharani mengisytiharkan peperangan pada 21
Jun 1900. Mereka telah berjaya mengepung pejabat perwakilan asing tetapi gagal
menawannya. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membunuh duta Jerman iaitu Von
Ketterler dan pegawai kedutaan Jepun iaitu Sugiyama. Pada 15 Ogos 1900, 19000
tentera asing terdiri daripada Amerika, British, Jepun, Itali, Belgium,
Perancis, Russian dan Austria telah menyerang dan menawan Peking. Maharani
Dowager Tzu Hsi melarikan diri ke Sian dan membawa Maharaja Kwang Hsu sebagai
tebusan. Satu rundingan telah diadakan di antara China yang diwakili oleh Li
Hung Chang dan Putera Kung dengan ketua perwakilan asing. Hasil dari rundingan
tersebut Protokol Boxer telah ditandatangani pada 7 September 1901.
Syarat-syarat Protokol Boxer
1. China
akan menghantar utusan ke Jepun dan Jerman untuk memohon maaf secara rasmi dari
Kerajaan Jepun dan Kerajaan Jerman kerana kematian Sugiyama dan Von Ketterler.
2. Mereka
yang terlibat dalam pemberontakan akan dihukum dan yang terlibat secara
langsung dalam pembunuhan akan dihukum bunuh.
3. Peperiksaan
di bandar-bandar berlakunya pemberontakan digantung selama 5 tahun.
4. China
akan membayar ganti rugi sebanyak 450 juta taels yang perlu diselesaikan dalam
tempoh 40 tahun.
5. China
dilarang mengimport atau membuat senjata selama 2 tahun.
6. China
bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian yang telah ditandatangani dengan
kuasa-kuasa asing.
7. Kuasa
asing dibenar menempatkan pegawai bagi menjaga keselamatan pejabat kedutaan
masing-masing di Peking.
8. Kuasa-kuasa
asing akan mendapat keistimewaan tambahan seperti pajakan dan kawasan tambahan.
9. Kuasa-kuasa
asing boleh menduduki tempat-tempat strategik bagi menjamin keselamatan
hubungan antara kedutaan di Peking dengan laut.
10. Kuasa-kuasa asing boleh
menduduki tempat-tempat strategik di sepanjang jalan keretapi terutamanya di
kawasan pantai.
11. Kubu China di Taku dan
kubu-kubu lain antara Peking dengan laut mesti dimusnahkan.
12. Tugu mesti didirikan di tempat
orang-orang asing terbunuh.
13. Pejabat Hal Ehwal Luar atau
Tsungli Tamen ditukar menjadi Kementerian Luar.
Kesimpulan
Pemberontakan Boxer mempengaruhi
masa depan politik China. Ianya telah mempercepatkan keruntuhan Dinasti Manchu
dan wujudnya sebuah republik. Kegagalan Pemberontakan Boxer mengakibatkan
kemerosotan maruah serta kewangan Kerajaan China. Manakala kedudukan
orang-orang asing di China semakin kukuh akibat daripada Protokol Boxer.
Kegagalan Pemberontakan Boxer juga telah memperhebatkan gerakan anti Manchu
sehingga membawa kepada perkembangan gerakan revolusioner di bawah Sun Yat Sen
yang berjaya menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911.
Peranan
Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911
Pengenalan
Sun Yat Sen yang dikenali sebagai
bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari
Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan
tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau dihantar ke
Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawali
beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak
itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada
unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau
memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883,
beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas
mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau.
Peranan Sun Yat Sen
Segala sikap dan tindakan serta
fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus
pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang-orang Cina terhadap pemerintahan
Manchu. Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum kepada Li
Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara
Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya
bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabila
memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China
bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti
Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa
Dinasti Manchu perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat
dilaksanakan di China.
1. Pertubuhan
revolusiner ke arah gerakan anti Manchu
Dalam usaha
untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah menubuhkan
“Perkumpulan Menghidupkan Semula China” yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui
di Hawaii pada tahun 1894. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi
menggulingkan Dinasti Manchu. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah
ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah
melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung.
Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu.
Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri
ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke
London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan
gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah
dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun
dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut ke arah
melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat Sen
mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem
monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang
Yu Wei dan Liang Chih Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan
membentuk sebuah republik. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection
Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen untuk meneruskan gerakan
menjatuhkan Dinasti Manchu.
Pada
tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan
untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah
mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo,
Brussels, Paris, Berlim, London dan lain-lain. Beliau telah berjaya
mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi menggulingkan Dinasti
Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersama-sama Huang
Hsing dan Sung Chiao Jen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai
Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti Manchu iaitu Hsing Chung
Hui, Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan
untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China.
Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan
menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui
dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner
yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung
Meng Hui berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan
Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan
Honolulu. Manakala di China,
cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow, Wuchang dan
Hanyang. Sun Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang
Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah
menjayakan Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng
Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi
melaksanakan revolusi.
2. Mengembangkan
perasaan anti Manchu
Matlamat utama
Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menentang
Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam perkembangan
perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi
gelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis
melalui rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri
iaitu Min Pao di Tokyo bagi menjalankan propaganda anti Manchu dan menyebarkan idea-idea
revolusi. Beliau telah berjaya mengeksploitasikan perasaan anti Manchu di
kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakan revolusiner di bawah pimpinan
Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat China yang tidak
berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina
yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukan
lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan
kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu
dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan orang-orang Cina serta mendapat
bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan
perjuangannya.
3. Prinsip-prinsip
perjuangan
Sun Yat Sen
telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya.
Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan “Fahaman
Republik” di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat
sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip
Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial
atau penghidupan rakyat. Prinsip “nasionalisme” dikhaskan kepada orang-orang
Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walau
bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Sen menyentuh imperialisme Barat kerana beliau
mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu
“demokrasi” bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan
monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud
pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I
telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China
kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya.
4. Revolusi
Antara tahun
1895-1911, Sun Yat Sen danpengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai
sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun
pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan
pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan
Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan
Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung
Meng Hui. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut
meberontak dan mengisytiharkan bebas dari Kerajaan Peking. Revolusi ini telah
menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah republik di China
apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.
Kesimpulan
Revolusi China bermula dengan
rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak berada di China semasa
meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui
akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911
dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen
memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari
saingan Yuan Shih Kai, Sun Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada
Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912.
Nasionalisme
di China, 1901-1949
Pengenalan
1900 – Pemberontakan Boxer gagal, masyarakat China mengalih perhatian kepada
pemulihan berdasarkan pemodenan Barat.
Lahirnya sentimen anti-Manchu dalam masyarakat China membawa kepada Revolusi
China 1911, tujuan: menggulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.
Gerakan nasionalisme China dibahagikan kepada 3 aliran:
Gerakan
nasionalisme bersentimen anti-Manchu
Gerakan
nasionalisme yang ingin memasukkan dan menguatkan China melalui gerakan pemulihan
Gerakan
nasionalisme yang bersentimen orang asing
Isi-isi
1901, Kerajaan China lancar satu gerakan pembaharuan – tujuan: menguatkan dan
memodenkan China – ciri-ciri peradaban Barat.
Maharani Dowager – pembaharuan – dalam aspek pendidikan, ekonomi, ketenteraan,
perlembagaan, perdagangan dan sebagainya.
Pendidikan – hantar pelajar ke luar negeri: Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan
sebagainya (pendidikan moden).
Sukatan pelajaran: sejarah China dan Barat, sistem kerajaan dan ilmu sains.
Pembaharuan ekonomi – tubuhkan Kementerian Pertanian, Perdagangan dan
Perindustrian (1903), banyakkan penggunaan barangan tempatan, tubuhkan maktab
teknikal dan bank moden.
Yuan Shih Kai – program ketenteraan: tubuhkan sek-sek tentera moden,
memperbesarkan angkatan tentera dan hantar pegawai tentera ke luar negeri untuk
jalani latihan tentera.
1908, luluskan peraturan untuk tubuhkan Perhimpunan-perhimpunan Wilayah.
Mesyuarat pertama perhimpunan nasional (3 Oktober 1910) tuntut penubuhan
parlimen – akhirnya janji tubuhkan parlimen pada tahun 1913.
1906, kerajaan keluarkan satu dikri – larang kakitangan kerajaan dan orang awam
bawah umur 60 tahun dari hisap candu.
Usaha ini – galakkan perkembangan idea-idea revolusioner dan perasaan
anti-Manchu (pelajar China) tapi gagal selepas Maharani Dowager mangkat diganti
oleh Maharaja Kuang (1908).
1911, Revolusi China di bawah Dr. Sun Yat Sen – kejatuhan Dinasti Manchu.
Faktor Revolusi China:
Kemerosotan
pengaruh dan kuasa Kerajaan Manchu
Perasaan
anti-Manchu di kalangan masyarakat China sendiri
Pengaruh
gerakan pembaharuan sebelumnya
Peranan
golongan terpelajar dan Dr. Sun Yat Sen
Kesengsaraan
sosial dan ekonomi rakyat China
Kemajuan
dalam sistem perhubungan
Keputusan
kerajaan untuk memiliknegarakan jalan-jalan keretapi
Tujuan Revolusi: gulingkan Dinasti Manchu dan tubuhkan Republik China.
10 Oktober 1911, Li Yuan Hung berjaya tawan Wuchang, Hanyang dan Hankow.
Disember 1911, wilayah Selatan, tengah, Barat Daya China diisytihar merdeka
oleh Kerajaan Manchu.
Oktober 1911, Yuan Shih Kai dilantik sebagai ketua tentera untuk tumpaskan
Gerakan anti-Manchu.
Beliau tawan Hankow dan Hanyang (akhir Oktober 1911).
8 November 1911, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Perhimpunan
Nasional.
Golongan revolusioner tubuhkan kerajaan sendiri di Nanking – Dr. Sun Yat Sen
sebagai Presiden.
1 Januari 1912, golongan revolusioner isytihar China – negara republik.
12 Februari 1912, Maharaja Hsuan Tung (6 tahun) turun takhta.
Selepas Dr. Sun Yat Sen letak jawatan, Yuan Shih Kai jadi Presiden sementara
(15 Februari 1912).
Kesan Revolusi China – kacau-bilau.
Kemudian beliau tubuhkan Parti Progresif – menang banyak kerusi dari kerusi
bagi Perhimpunan Kebangsaan dalam Pilihanraya Umum 1912-1913.
Yuan Shih Kai – pembaharuan dan bertindak sendiri tanpa persetujuan Parlimen
atau Kuomintang.
Kesan – Pemberontakan Kuomintang (Julai 1913) dan Pemberontakan Yunan (Disember
1915).
Beliau haramkan Kuomintang. Dr. Sun Yat Sen dan pemimpin-pemimpin Kuomintang
lari ke Jepun.
1915, beliau tabalkan dirinya – Maharaja dinasti baru dan isytihar sistem
pemerintahan monarki berperlembagaan.
Mac 1916, terpaksa tubuhkan semula republik kerana rakyat enggan terima.
6 Jun 1916, beliau mati dan diganti oleh Li Yuan Hung.
Selepas itu, China alami Zaman Hulubalang kerana persaingan para hulubalang
untuk kuasai kerajaan pusat di Peking.
1916-1928, keadaan anarki dan tiada perpaduan politik.
1917, Gerakan 4 Mei (golongan intelektual khususnya pelajar “U” Peking)
tercetus.
1919, Gerakan 4 Mei – peristiwa demonstrasi, mogok dan rusuhan (1917-1921).
Punca – kegagalan pemimpin menjalankan tugas, muncul golongan saudagar dan
pekerja baru, perkembangan intelektualisme dan teknologi Karl Marx serta
Bolshevik dan hasil Perjanjian Versilles 1919.
Matlamat – selamatkan China, satukan rakyat, tuntut kebebasan dan pulihkan
maruah China.
Hasil – semangat kebangsaan bertambah, fahaman komunis berkembang, kedudukan
Kuomintang diperbaiki dan Gerakan Kebudayaan Baru mulai muncul.
1912, Kuomintang ditubuhkan di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen.
Tujuan – wujudkan demokrasi berparlimen.
Peringkat awal – parti yang lemah kerana ancaman Yuan Shih Kai dan para
hulubalang.
1917, Dr. Sun Yat Sen tubuh kerajaan tentera di Canton untuk satukan China dan
hapuskan kuasa asing.
Gagal kerana tiada sokongan rakyat di China Selatan.
Oleh itu, Dr. Sun Yat Sen minta bantuan kuasa Barat.
Setelah gagal lagi, beliau alih ke Rusia.
Benarkan Parti Komunis China (PKC) sertai Parti Kuomintang dan terima pengaruh
Parti Komunis Rusia.
Beliau bentuk 3 prinsip rakyat: nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
12 Mac 1925, Dr. Sun mati, Chiang Kai Sek – Kuomintang.
1926, beliau lancar Ekspedisi Utara – menentang hulubalang, satukan China dan
tubuhkan kerajaan nasionalis di Nanking (1928).
Kemudian, beliau – kempen anti-Komunis (1927).
Kerajaan Nasionalis – (cuba) kukuhkan perpaduan China, hapuskan perjanjian dengan
kuasa asing dan perolehi semula autonomi tarif.
Perang Dunia II (1937), paksa beliau bekerjasama dengan PKC untuk menentang
Jepun.
Perang saudara – Kuomintang dan PKC (1946-1949).
Akhirnya, PKC menang dan Chiang Kai Sek bersama tentera Kuomintang undur ke
Taiwan.
1 Julai 1921, PKC ditubuhkan – rasmi di Shanghai oleh Chen Tu Hsiu dan Li Ta
Chao dengan bantuan komintern.
Kumpulan komunis di bawah Mao Tze Tung dan Chu The – giat – gerakan bawah tanah
dan tetapkan diri antara sempadan Kiangsi dan Hunan akibat tentangan Chiang Kai
Sek.
Akhir 1931, PKC tubuhkan Republik Soviet China di Kiangsi – Mao Tze Tung
sebagai Pengerusi.
Apabila tentera Kuomintang tubuhkan barisan bersatu untuk tentang Jepun –
Perang China-Jepun II.
Selepas Perang Dunia II, perang saudara antara Kuomintang dan PKC – PKC menang.
1 Oktober 1949, PKC isytihar Kerajaan Republik Rakyat China.
Kesimpulan
Selepas itu, negara China jadi negara republik – fahaman komunis.
PKC semakin berkuasa dan berpengaruh di kalangan masyarakat China, khususnya
golongan pekerja dan petani.
Gerakan
4 Mei
Pengenalan
Gerakan 4 Mei ialah
peristiwa demonstrasi, permogokan dan rusuhan yang dijalankan pada tahun 1919
oleh kira-kira 5000 pelajar di Peking dari 13 institusi pengajian tinggi dan
diketuai oleh pelajar-pelajar serta pensyarah-pensyarah Universiti Peking
(Peita). Universiti Peking merupakan pusat revolusi intelektual kerana
canselornya Tsai Yuan Pei menggalakkan perkembangan idea-idea baru di kalangan
pelajar-pelajar. Gerakan ini merangkumi jangkasama 1917-1921 yang dikenali
sebagai “Zaman Revolusi Intelektual” kerana ianya telah meninggalkan kesan yang
mendalam dari segi politik, sosial, intelektualisme dan kebudayaan. Di antara
tokoh-tokoh penting dalam Gerakan 4 Mei ialah Tsai Yuan Pei, Chen Tu Hsiu, Hu
Shih, Monlin, Kuo Mojo dan Lu Shun.
Sebab-sebab
1. Keadaan
politik yang tidak mantap
Setelah berjaya
menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911, pemimpin-pemimpin China
gagal membentuk sebuah kerajaan yang efektif. Perselisihan sering berlaku di
antara pemimpin-pemimpin menyebabkan rancangan-rancangan pembaharuan tidak
dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, perselisihan di antara Yuan Shih Kai dan
Dr. Sun Yat Sen serta Kuomintang dan kemudiannya selepas kematian Yuan Shih Kai
pada tahun 1916 berlaku pula perselisihan di antara Presiden Li Yuan Hung dan
Perdana Menteri Tuan Chi Jui. Selepas kematian Yuan Shih Kai juga berlaku zaman
“Hulubalang” (Warlordism) yang menyebabkan negeri China semakin menuju kepada
kehancuran. Pergolakan politik yang tidak berkesudahan ini menyebabkan golongan
bangsawan, sarjana dan intelak hilang kepercayaan terhadap kerajaan.
2. Peranan
saudagar dan pekerja
Semasa Perang Dunia
Pertama 1914-1918, muncul perusahaan penting di negeri China seperti perusahaan
besi dan keluli yang sangat diperlukan oleh Pihak Berikat. Perkembangan
perusahaan ini menyebabkan munculnya saudagar-saudagar besar dan bertambahnya
tenaga buruh terutamanya di bandar-bandar perusahaan seperti Shanghai, Canton,
Tientsin dan lain-lain. Golongan saudagar dan pekerja merasa kurang senang
terhadap politik dalam negeri kerana ianya mengancam kepentingan ekonomi
mereka. Golongan ini menentang perbuatan rasuah dan penyelewengan yang
dilakukan oleh pegawai-pegawai kerana ianya akan menjejaskan faedah-faedah yang
seharusnya diterima oleh mereka. Akibatnya, golongan saudagar dan pekerja
melibatkan diri dalam Gerakan 4 Mei dengan tujuan mewujudkan kemantapan politik
bagi menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka.
3. Perkembangan
intelektualisme
Antara tahun
1903-1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang ke negeri China.
Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mojo dan Lu
Shun dari Jepun dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika. Dengan menggunakan
Universiti Kebangsaan Peking (Peita), Tsai Yuan Pei yang menjadi Canselor, Chen
Tu Hsiu dan Hu Shih yang menjadi pensyarah, telah menyebarkan idea-idea Barat
kepada pelajar-pelajar. Mereka menyebarkan pelajar-pelajar bahawa negeri China
jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan negara-negara Barat. Mereka
menekankan kepada penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden secara Barat
untuk membentuk sebuah negara China yang moden dari segi politik, ekonomi dan
sosial.
4. Faktor
luar negeri
Peristiwa yang
berlaku di negeri-negeri lain turut memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis terutamanya pelajar-pelajar China. Antaranya peristiwa penting yang
memberi kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada
tahun 1917. Revolusi Bolshevik merupakan kejayaan perjuangan rakyat Rusia
menggulingkan Kerajaan Czar yang korup. Mereka telah berjaya membentuk sebuah
kerajaan yang moden dan disegani. Selain itu, revolusi sosial yang berlaku di
beberapa buah negara Eropah seperti Finland, Jerman, Austria dan Hungary serta
“rusuhan beras” di Jepun pada tahun 1918 juga telah membangkitkan kesedaran
rakyat China untuk menentang kerajaan. Peristiwa-peristiwa tersebut merupakan
perjuangan rakyat menentang kerajaan hasil dari rasa tidak puas hati.
5. Masalah
Shantung
Semasa berlakunya
Perang Dunia Pertama 1914-1918, Jepun telah mengalahkan Jerman di Shantung dan
merampas konsesi Jerman di Shantung. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah
mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai “21 permintaan” untuk dilaksanakan
oleh China. Penerimaan tuntutan-tuntutan tersebut akan menjadikan negeri China
sebagai protektorat Jepun. Di antara tuntutan itu ialah:
a. Negeri
China hendaklah berjanji tidak akan menyerahkan atau memajakkan kepada
kuasa-kuasa lain mana-mana bahagian, pelabuhan, teluk, pulau atau pantai di
sepanjang negerinya.
b. Negeri
China mesti mengambil penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan,
ketenteraan dan pasukan polis.
c. China
mesti bersetuju terhadap tuntutan yang dicapai di antara Jepun dan Jerman di
Shantung.
d. China
hendaklah melanjutkan tempoh pajakan Port Arthur dan khidmat keretapi Manchuria
Selatan dari 25 tahun kepada 99 tahun.
e. China
hendaklah mengakui pendudukan Jepun di Shantung.
f.
China dan Jepun akan menjalankan usahasama dalam perusahaan besi. China tidak
dibenarkan menjual besi tanpa izin Jepun atau mendirikan perusahaan besi yang
lain yang akan menjejaskan usahasama itu.
g. China
mesti membeli 50% senjata dari Jepun.
Golongan
pelajar menganggap tuntutan tersebut sebagai satu penghinaan yang boleh
menjatuhkan maruah China. Mereka mendesak supaya Kerajaan China menolak sama
sekali “21 tuntutan” tersebut. Kemarahan golongan pelajar China bertambah
kerana Persidangan Damai Versailles Januari 1919 yang dihadiri oleh pihak
berikat mengiktiraf “21 tuntutan” tersebut. Persidangan Versailles Januari 1919
telah memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada
Jepun. Keputusan Persidangan Versailles telah mengakibatkan satu demonstrasi
pelajar-pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut pengembalian hak-hak
China di Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya tidak menandatangani
Perjanjian Versailles. Golongan pelajar juga mendesak Kerajaan China menghukum
tiga ahli politik pro Jepun iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju
Lin yang dipercayai bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan berkenaan oleh
China.
Kebangkitan
Pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 pelajar di Peking telah mengadakan
tunjuk perasaan membantah keputusan Persidangan Damai Versailles mengenai
Shantung. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah
Universiti Kebangsaan Peking. Mereka berkumpul di bangunan kedutaan iaitu Tien
an Men dan membawa sepanduk-sepanduk seperti “Negeri China kepunyaan orang
China”, “Kembalikan Hak China di Shantung”, “Jangan Terima 21 Tuntutan”, “Hukum
Semua Pengkhianat” dan sebagainya. Tunjuk perasaan menjadi ganas apabila mereka
membakar rumah pemimpin-pemimpin China yang pro Jepun seperti Chang Tsung
Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin dan mendesak mereka meletakkan jawatan.
Golongan pelajar juga telah mendesak wakil China dalam Persidangan Versailles
iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo supaya jangan menandatangani Perjanjian
Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919. Perjuangan golongan pelajar
mendapat simpati dari beberapa golongan masyarakat China yang lain. Akhirnya,
pekedai-pekedai, pekerja-pekerja kilang dan saudagar-saudagar mengambil
bahagian. Golongan pekedai dan saudagar memulaukan barang-barang buatan Jepun
sementara pekerja-pekerja pelabuhan memulaukan kapal-kapal Jepun. Sokongan juga
datangnya dari tokoh-tokoh politik seperti Sun Yat Sen pemimpin Kuomintang yang
berkuasa di Canton dan Warlord. Kerajaan mengambil tindakan menangkap 10
pemimpin pelajar dan 1150 orang pelajar dan dipenjarakan di Penjara Peking
serta di Universiti Peking. Di antara pemimpin pelajar yang ditangkap ialah Hsu
Te Heng, Chang Kuo Tao dan Yi Ken Ni. Kerajaan juga menutup maktab-maktab dan
universiti-universiti di 200 bandar di negeri China.
Tindakan pelajar,
pekedai, saudagar, pekerja kilang dan pekerja pelabuhan menyebabkan ekonomi
China merosot dan ini menjejaskan Kerajaan Peking. Untuk meredakan ketegangan
politik, kerajaan membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap pada 7 Mei 1919.
Kawat juga telah dihantar kepada perwakilan China yang menghadiri Persidangan
Versailles untuk menyampaikan arahan Presiden Hau Shih Chang supaya menolak
syarat-syarat Perjanjian Versailles. Perwakilan China telah diugut akan
menerima hukuman jika menandatangani perjanjian itu. Pelajar-pelajar China di
Perancis turut mengambil bahagian dengan mengawasi gerak-geri perwakilan China.
Kesan-kesan
1. Pencapaian
matlamat
Gerakan 4 Mei telah
mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan Damai Versailles
iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian Versailles
yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli
politik China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan “21
Tuntutan” Jepun oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin
telah meletakkan jawatan. Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921,
negeri Jepun telah bersetuju untuk menarik diri dari Shantung.
2. Membangkitkan
semangat kebangsaan
Gerakan 4 Mei telah
melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang China. Ianya merupakan
saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan oleh
golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan
nasional China. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan
pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan
penting. Demonstrasi oleh pelajar-pelajar mengakibatkan demonstrasi dan
permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga telah menganjurkan pemulauan
barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan
menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti Jepun juga bertambah
di kalangan orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat pertama kalinya
pekerja-pekerja China mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besar-besaran
di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain.
3. Perkembangan
fahaman Komunis
Gerakan 4 Mei telah
membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri China.
Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-intelek China yang
merupakan pengasas Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan
“Society for the Study of Marxism” di Universiti Peking yang merupakan pusat
Gerakan 4 Mei. Kebanyakan ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti
Peking seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung yang kemudiannya memainkan
peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri China. Chen Tu Hsiu seorang
pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman Marx-Lenin dalam tahun
1920. Beliau telah menubuhkan “Socialist Youth Corps” di Shanghai pada tahun
1920. Pada tahun tesebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan “Socialist Youth
Corps” di Peking. Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism telah
disatukan dan pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan
Parti Komunis China dengan bantuan Comintern.
4. Memperbaiki
kedudukan Kuomintang
Gerakan 4 Mei telah
melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai Kerajaan China di
Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan orang ramai telah menyalahkan
mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam Perjanjian
Versailles 1919. Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh
Tuan Chi Jui terpaksa dibubarkan. Gerakan 4 Mei telah memperbaiki kedudukan
Kuomintang yang bertujuan untuk menyatukan negeri China. Akibat dari tindakan
Sun Yat Sen menyokong Gerakan 4 Mei menyebabkan Kuomintang mendapat sokongan
ramai terutamanya di kalangan pelajar. Sokongan ini memberi inspirasi kepada
Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa Kuomintang di negeri China. Sokongan ini
juga membolehkan Sun Yat Sen menyusun semula dan memperkuatkan Kuomintang
sehingga Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek berjaya menubuhkan kerajaan baru
di Nanking pada tahun 1928.
5. Kemunculan
gerakan kebudayaan baru
Gerakan 4 Mei telah
mengakibatkan kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru. Golongan intelek sama ada
dari professor, guru, pelajar atau penulis berpendapat bahawa perjuangan mereka
adalah untuk membentuk satu masyarakat baru, menilai kembali tradisi China dan
memperkenalkan idea-idea Barat. Universiti Peking memainkan peranan penting
menerbitkan majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang bertujuan menyumbangkan
usaha-usaha membina sebuah masyarakat China yang baru. Di antara majalah dan
akhbar tersebut ialah New Youth (Pemuda Baru), New Tide (Aliran Baru) dan
Weekly Critic (Pembidas Mingguan). Para intelek seperti Chen Tu Hsiu, Lu Shun,
Hu Shih dan Lin Pan Nung telah mengkritik masyarakat tradisional China yang
berasaskan ajaran Confucius. Mereka telah menyokong pembentukan negeri China
yang moden yang berasaskan sains dan idea-idea Barat. Satu lagi perubahan ialah
mengkaji semula ajaran Confucius yang menjadi pegangan hidup orang-orang China.
Intelek-intelek China telah terpengaruh dengan pemikiran saintifik Bertrand
Russel, John Dewey dan Thomas Huxley yang menganggap fahaman Confucius sudah
tidak sesuai lagi dan perlu dihapuskan.
Gerakan
4 Mei telah mendapat perhatian dari negara-negara asing terutama di kalangan
penulis. Untuk meninjau lebih lanjut mengenainya ramai penulis Barat dan Asia
telah melakukan lawatan ke negeri China. Di antara mereka ialah Bertrand Russel
antara Oktober 1920 hingga Julai 1921, Paul Monroe seorang penulis dari Amerika
pada tahun 1921, Hans Driesh seorang ahli falsafah Jerman pada tahun 1922 dan
pujangga terkenal Rabindranath Tagore pada tahun 1923.
Kesimpulan
Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah
mempengaruhi perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China telah mengalami
perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga
telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa
yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah
Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.
Masalah
Kerajaan China 1927-1936
Pengenalan
Sun Yat Sen
meninggal dunia pda 12 Mac 1925. Kepimpinan Kuomintang (KMT) telah berpecah
kepada 2 puak, iaitu puak kiri di bawah pimpinan Wing Ching Wei dan puak kanan
di bawah pimpinan Chiang Kai Shek. Chiang Kai Shek berjaya mengambilalih pucuk
kepimpinan KMT. Beliau merupakan pengetua Akademik Whampao dan Ketua Komander
Tentera KMT. Beliau dilahirkan di wilayah Chekiang pada tahun 1887 dan menerima
pendidikan ketenteraan di negara Jepun.
Masalah-masalah
Sewaktu Chiang
Kai Shek mengamblialih kepimpinan parti KMT, beliau diancam oleh
hulubalang-hulubalang. Semasa kematian Sun Yat Sen, KMT belum dapat
menyatukan seluruh negeri China. Sebahagian besar negara China diperintah oleh
hulubalang-hulubalang. Sebagai contoh, hulubalang Chang Tso Lin menguasai
wilayah Peking, Manchuria, Shantung dan sebahagian wilayah Chihli, hulubalang
Sun Chuan Fang pula menguasai wilayah Fukien, Kiangsi, Chekiang, Kiangsu dan
Anhwei dan lain-lain lagi. Selagi hulubalang-hulubalang ini tidak ditewaskan,
maka selagi itulah negara China tetap akan berpecah-belah. Justeru itu, pada
bulan Jun 1926, Chiang Kai Shek dengan seramai 85000 tentera dan dibantu oleh
6000 orang kadet dari Akademik Tentera Whampao telah melancarkan Ekspedisi
Utara bagi menentang hulubalang-hulubalang dan menyatukan negara China. Pada
tahun 1928, kebanyakan hulubalang telah dikalahkan oleh Chiang kecuali
hulubalang Chang Tso Lin. Pada bulan Jun 1928, Chang Tso Lin terbunuh dalam letupan
bom di Shanghai. Anaknya Chang Hsueh Liang yang menyedari tentang mustahaknya
penyatuan dan perpaduan telah tunduk di bawah kekuasaan Chiang Kai Shek. Dengan
jatuhnya Peking ke tangan tentera KMT pada tahun 1928, bermakna kempen yang
dimulakan pada tahun 1926 telah tamat. Chiang Kai Shek telah menjadikan Nanking
sebagai pusat pentadbiran kerajaannya. Kerajaan KMT yang dipimpin oleh Chiang
Kai Shek ini dikenali sebagai Kerajaan Kebangsaan/Nasionalis China. Kerajaan
ini mendapat pengiktirafan kuasa-kuasa asing sebagai pemerintah negeri China
sehinggalah ke tahun 1949. Kerajaan ini menghadapi pelbagai masalah besar.
Masalah ini menyebabkan Chiang Kai Shek gagal mewujudkan sebuah kerajaan yang
mantap dan stabil.
Masalah semasa yang utama ialah hendak
menghancurkan pengaruh Komunis di China. Perikatan KMT-PKC tidak pernah
disenangi oleh Chiang Kai Shek yang anti-Komunis. Chiang Kai Shek berasa
bimbang terhadap pengaruh Komunis yang semakin berkembang dan yakin bahawa
perjuangan mereka adalah untuk mengambilalih kuasa di China. Justeru itu, pada
tahun 1927, Chiang Kai Shek merasakan kerjasama dengan golongan Komunis tidak
diperlukan lagi dan mengambil keputusan menyingkirkan mereka dan
penentang-penentang dari KMT. Beliau bertindak menjalankan kempen anti-Komunis
dengan cara menindas dan membunuh ramai Komunis dan golongan yang menyokong
Komunis di Shanghai, Nanking, Foochow dan Canton.
Tindakan Chiang Kai Shek
menyingkirkan Komunis telah menimbulkan kemarahan mereka. Pada 1 Ogos 1927,
golongan Komunis yang dibantu oleh tentera dan petani cuba merampas kuasa di
Nanking, tetapi gagal. Pada November 1927, Komunis berjaya menguasai Canton
selama 3 hari sahaja. Dalam tempoh 3 hari, kira-kira 15000 terbunuh dan
kerosakan dianggarkan kira-kira $250 yuan. Pada tahun 1928, Mao Tse Tung telah
menjadikan Yuichin di Kiangsi sebagai pusat pentadbiran. Pelbagai usaha dan
pemberontakan dijalankan oleh Komunis untuk menentang Chiang Kai Shek, tetapi
semuanya gagal.
Chiang menumpukan perhatiannya untuk
menghapuskan Komunis dan untuk tujuan tersebut, beliau telah meminta bantuan
Jerman. Dengan bantuan Jerman, Chiang Kai Shek telah memulakan serangannya ke
atas kedudukan Komunis di negeri China. Antara tahun 1930-1934, Chiang Kai Shek
telah melancarkan serangan ke atas kedudukan Komunis. Namun begitu, kedudukan
Chiang dan KMT agak terancam apabila tentera Jepun melancarkan serangan ke atas
Manchuria pada tahun 1931. Tentera KMT tidak dapat mempertahankan China dari
serangan Jepun sedangkan tentera Jepun sudah mendekati bandar Peking. Oleh
sebab tidak ada jalan lain, Chiang Kai Shek telah mengadakan gencatan senjata
dengan Jepun. Dengan perdamaian ini bermakna Chiang Kai Shek dapat meneruskan
usahanya menentang Komunis.
Pada tahun 1934, Chiang telah
melancarkan serangan kelimanya ke atas pangkalan tentera Komunis di Juichin,
Hunan, Kiangsi yang menyebabkan pihak Komunis mengalami kekalahan teruk. Pada
15 Oktober 1934, Mao Tse Tung bersama-sama 8500 tentera dan 15000 kerajaan dan
parti telah berundur dari Juichin ke Shensi Utara sejauh 12800 km/6600 batu
dalam peristiwa yang dikenali sebagai “PERJALANAN JAUH DENGAN BERBARISAN”/”LONG
MARCH”. Mereka tiba di Shensi Utara pada bulan Oktober 1935 yang mengorbankan
kira-kira 70000 orang. Mao Tse Tung telah mengisytiharkan “REPUBLIK RAKYAT SOVIET
CHINA” dan Yunan dijadikan sebagai pusat pemerintahan.
Chiang berusaha untuk menghapuskan
Parti Komunis China (PKC) dengan cara memerintah Chang Hsueh Liang tetapi
beliau enggan. Sebaliknya beliau bertindak bekerjasama dengan Komunis untuk
menentang Jepun. Chiang mengeluarkan arahan supaya Chang ditangkap, malangnya
tindakan Chiang telah menimbulkan perbalahan. Akhirnya, Chiang telah diculik.
Chiang dibebaskan atas jasa baik T.V. Sang dan Puan Chiang. Persetujuan telah
dicapai di mana Chiang diminta menghapuskan polisinya untuk menghapuskan
Komunis dan menubuhkan pakatan bersatu dengan Komunis menentang Jepun. Untuk
merapatkan lagi hubungan dan kerjasama, pada tahun 1937, Chiang telah menjemput
pihak Komunis menghadiri kongres rakyat. Dalam kongres tersebut datu
perlembagaan baru telah digubal.
Satu lagi masalah besar yang
dihadapi oleh China ialah tekanan pengaruh asing iaitu kuasa-kuasa Barat
dan Jepun. China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang berat
sebelah. Melalui perjanjian tersebut, kuasa-kuasa Barat dan Jepun menikmati
kemudahan tarif dan wilayah asingan sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Hal ini
amat menjejaskan kedaulatan China. Kerajaan nasionalis yang dipimpin oleh
Chiang berusaha menghapuskan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan
kuasa-kuasa Barat dan Jepun untuk membebaskan China dari cengkaman tersebut.
Pada 7 Julai 1928, kerajaan
nasionalis telah mengisytiharkan tamatnya tarif bagi kuasa-kuasa Barat di
China. Menjelang tahun 1933, China telah memperolehi semula autonomi tarifnya
dari kuasa-kuasa Barat. Menjelang akhir tahun 1930-an, hanya Britain, Jepun,
Perancis dan Amerika yang masih mengekalkan hak wilayah asingan di China.
Perjanjian-perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat hanya dapat dihapuskan
sepenuhnya pada tahun 1943.
Perluasan kuasa Jepun di negeri
China pada tahun 1930-an telah mengancam kedudukan kerajaan nasionalis. Pada
tahun 1931, Jepun telah menyerang dan menawan Manchuria. Sementara pada tahun
1937, Perang China-Jepun Kedua telah meletus. Pencerobohan Jepun menyebabkan
Chiang terpaksa membahagikan tenteranya untuk melindungi Peking dan Nanking
semasa menyerang PKC. Hal ini bererti Chiang tidak dapat menggunakan sepenuhnya
kekuatan tenteranya bagi menghapuskan pengaruh PKC. Hal ini menjejaskan peluang
kerajaan nasionalis kejayaan.
Chiang lebih mengutamakan
usaha-usaha menghapuskan PKC daripada menentang pencerobohan Jepun. Hal ini
menyebabkan KMT dan kerajaan nasionalis mula kehilangan kepercayaan dan
sokongan rakyat. Malahan, ia telah membawa kepada perpecahan tentera kerajaan
nasionalis.
PKC sebaliknya menggunakan peluang
ini untuk melaungkan perikatan KMT-PKC bagi mempertahankan China dari serangan
Jepun. Tindakan PKC ini menyebabkan PKC menjadi semakin popular di kalangan
rakyat China.
Pencerobohan Jepun juga menambahkan
lagi kemerosotan ekonomi China kerana kerajaan nasionalis terpaksa berhadapan
dengan ancaman Jepun terlebih dahulu dengan hasil ekonominya. Hal ini
menyebabkan reformasi sosial terpaksa diabaikan. Hal ini juga menyebabkan kaum
petani telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan nasionalis dan sebaliknya
semakin ramai bertindak menyokong PKC kerana PKC berjaya menubuhkan sistem
pemerintahan dan melancarkan reformasi tanah untuk kaum petani.
Pada tahun 1937, PKC telah
menjalinkan perikatan dengan KMT untuk menentang Jepun. Kesempatan ini
digunakan oleh PKC untuk mengembalikan pengaruhnya di negeri China, meluaskan
pangkalannya, mengatur strategi untuk meluaskan kawasan penaklukan dan
seterusnya merampas kuasa dari KMT.
Ringkasannya, pencerobohan Jepun
merupakan satu faktor dan masalah utama yang melemahkan KMT sehingga
membolehkan PKC mendirikan kerajaan Komunis di China pada tahun 1949.
Cara Perang
China-Jepun (1937-1945) Membantu PKC Merebut Kuasa
Penegnalan
Persaingan
antara PKC dan KMT di China telah bermula sejak tahun 1937. PKC telah mengalami
kekalahan teruk di tangan KMT sebelum tahun 1937. Kekalahan ini menyebabkan PKC
terpaksa melakukan pengunduran dalam satu kumpulan dari China Selatan ke
wilayah Sehnsi di China Utara. Peristiwa ini dikenali sebagai “Perjalanan Jauh
Dengan Berbaris” atau “Long March” sejauh kira-kira 6000 batu. Namun begitu,
Perang China-Jepun 1937-1945 telah merintiskan jalan bagi penyatuan negara
China oleh PKC.
Cara-cara
Perang
China-Jepun telah mengurangkan tekanan KMT ke atas PKC. Semasa Perang
China-Jepun, PKC telah mencadangkan penyatuan KMT dengan PKC bagi
mempertahankan China daripada serangan Jepun. Dengan itu, pada bulan September
1937, PKC dan KMT bersetuju untuk berdamai bagi mempertahankan China daripada
serangan Jepun. Denagn wujudkan pakatan bersama menentang Jepun, ini bererti
KMT telah menamatkan permusuhannya dengan PKC. Perikatan ini telah mengurangkan
tekanan KMT kepada PKC dan ini memberi peluang kepada PKC untuk mengukuhkan
kedudukannya dan meluaskan pengaruhnya di China. Sedangkan KMT terpaksa
menumpukan perhatiannya terhadap serangan Jepun.
Peperangan antara China dengan Jepun
selama 8 tahun (1937-1945) telah melemahkan kekuatan tentera KMT kerana
peperangan ini merupakan peperangan antara KMT dengan Jepun. Jepun telah lebih
menumpukan serangan ke atas KMT, memandangkan KMT-lah yang menerajui Kerajaan
China ketika meletusnya Perang China-Jepun. Kekuatan tentera KMT telah
digerakkan untuk menentang Jepun. Hal ini menyebabkan ramai daripada tenteranya
telah terkorban. Sebahagian besar daripadanya terdiri daripada anggota tentera
yang berpengalaman dan cukup terlatih. Sebagai contoh, KMT telah kehilangan
pasukan-pasukan tentera yang handal seperti Rejimen ke-87 dan Rejimen ke-88.
Perang China-Jepun juga menyebabkan kedudukan
kewangan KMT mengalami kemerosotan. Penaklukan bandar-bandar dan
pelabuhan-pelabuhan utama oleh Jepun menyebabkan Kerajaan KMT kehilangan
sokongan dan bantuan kewangan daripada golongan hartawan, peniaga dan pedagang-pedagang
China. Sumber-sumber pendapatan utama yang bepunca daripada perdagangan,
perusahaan dan cukai-cukai kastam di bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan
utama telah terputus akibat penaklukan Jepun. Dengan itu, hasil Kerajaan KMT
menjadi semakin berkurangan.
Banyak sumber ekonomi seperti
perlombongan, pelabuhan dan kilang telah musnah akibat peperangan. Di samping
itu, peperangan dengan Jepun juga memerlukan peruntukan yang tinggi. Selepas
perang tamat, Kerajaan KMT terpaksa mengambil masa yang panjang untuk
memulihkan sumber-sumber ekonomi yang telah lumpuh. Pihak KMT terpaksa
memperbaiki segala kerosakan akibat peperangan dengan menggunakan belanja yang
besar. Lantaran itu, Kerajaan KMT telah mencetak mata wang dengan berlebihan.
Tindakan ini menyebabkan berlakunya inflasi. Dengan ini, harga barangan China
telah meningkat sebanyak 2 kali ganda sebagai 67 kali antara bulan Jun 1946
hingga Ogos 1947 (30% sebulan). Pada tahun 1947, nilai mata wang China
dibandingkan dengan US$ ialah 1:45000 yuan. Keadaan inflasi ini menyebabkan kemerosotan
pengaruh KMT di kalangan orang China.
Korupsi dalam Kerajaan KMT
telah bertambah semasa meletusnya Perang China-Jepun. Semasa perang ini, China
mengalami kemerosotan ekonomi. Bagi memulihkan ekonomi China, Amerika telah
memberi bantuan kepada Kerajaan KMT. Namun begitu, bantuan Amerika kepada KMT
tidak dapat memulihkan ekonomi China. Keadaan ini berlaku kerana
pegawai-pegawai Kerajaan KMT tidak cekap dan kegiatan korupsi di kalangan
pegawai-pegawai semakin bertambah semasa perang ini. Faktor korupsi ini telah
menjatuhkan maruah KMT di kalangan orang China. Dengan itu, ramai askar-askar
KMT telah melarikan diri dan menyertai PKC.
Peperangan selama 8 tahun
berturut-turut dengan Jepun telah menyebabkan tentera KMT penat dan bosan.
Keadaan ini telah melemahkan semangat askar-askar KMT. Lantaran itu,
ramailah askar-askar KMT meninggalkan medan peperangan. Dengan ini, mulai tahun
1943, KMT tidak lagi menyerang tentera Jepun di China. Hal ini telah
menjatuhkan imej KMT sebagai pembela tanahair.
Sejak dari tahun 1930-an hingga
1945, Kerajaan KMT menghadapi cabaran PKC dan pencerobohan Jepun. Ancaman dari
PKC dan Jepun ini telah menyebabkan Kerajaan KMT terpaksa menghabiskan
sebahagian besar kewangan, tenaga dan masa untuk mengukuhkan angkatan
tenteranya. Keadaan ini telah menghalang KMT daripada melancarkan reformasi
sosial dan ekonomi. Hal ini menyebabkan KMT gagal memperbaiki nasib golongan
petani China. Jadi, KMT telah kehilangan golongan kaum petani China yang
bertindak menyokong PKC.
Selepas perang, Kerajaan KMT telah
melaksanakan beberapa rancangan pembangunan ekonomi seperti bidang kewangan,
perusahaan, memperbaiki sistem perhubungan dan lain-lain yang lebih
menguntungkan kelas pedagang, perusahaan dan golongan kapitalis. Hal ini
bererti ekonomi KMT banyak bergantung kepada perdagangan, perusahaan dan cukai
kastam yang berpusat di kawasan pantai yang jauh dari kawasan pedalaman. Kekuatan
ekonomi KMT bukan berdasarkan sumber pertanian. Hal ini menyebabkan
Kerajaan KMT tidak berusaha untuk memajukan bidang pertanian dan meninggikan
taraf hidup rakyat khasnya golongan petani yang merupakan golongan terbesar.
Hal ini menyediakan peluang keemasan kepada PKC untuk mempergunakan golongan
petani.
Imej dan pengaruh KMT telah merosot
sebelum meletusnya Perang China-Jepun. Hal ini berlaku disebabkan penindasan
dan paksaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai KMT. Misalnya, petani dipaksa
membayar cukai yang tinggi. Tindakan ini sudah pasti menambahkan beban hidup
golongan petani dan golongan yang berpendapatan rendah. Dari hari kepercayaan
rakyat terhadap KMT telah hilang. Sungguhpun selepas perang, KMT berkuasa,
tetapi orang-orang China mensifatkan mereka sebagai penakluk baru, bukan
sebagai pembebas tanahair. Pegawai-pegawai Kerajaan KMT telah melakukan
penindasan terhadap orang-orang China yang dianggap tidak setia dan pembelot.
Pegawai-pegawai KMT lebih berminat untuk mengumpulkan harta benda yang
ditinggalkan oleh Jepun. Mereka telah mengabaikan rancangan dan usaha untuk
memperbaiki taraf hidup yang sekian lama terbiar akibat dari peperangan.
Keadaan ini dipergunakan oleh pihak Komunis untuk mengeksploitasi fikiran
rakyat di wilayah-wilayah yang mundur.
Perang China-Jepun telah menambahkan
kepopularan PKC di kalangan orang-orang China. PKC telah muncul sebagai
pejuang kebangsaan, apabila PKC mencadangkan penyatuan PKC dengan KMT bagi
menghadapi serangan Jepun ke atas China. KMT yang berada dalam keadaan
serba-salah terpaksa menerima cadangan PKC, walaupun rancangan ini memberi faedah
yang lebih kepada perjuangan PKC.
Imej PKC di kalangan rakyat
adalah tinggi ketika meletusnya Perang China-Jepun kerana PKC dianggap
sebagai juara dan penyelamat kedaulatan China. Tentera PKC telah menunjukkan
perjuangan yang gigih dan berjaya menanam semangat anti-Jepun di kalangan
orang-orang China. PKC menjadi semakin popular apabila masih meneruskan
serangan secara gerila ke atas tentera Jepun selepas tahun 1943, berbandingkan
dengan KMT yang telah memberhentikan serangannya ke atas Jepun pada masa itu.
Kelemahan KMT menyebabkan rakyat
kehilangan keyakinan dan bosan dengan perjuangannya. Ketidakyakinan ini
tidak sahaja lahir dari golongan rakyat biasa, malah juga dari golongan
intelek. Jadi, rakyat dan golongan intelek mula berpaling kepada Komunis yang
berjaya menanam semangat nasionalisme yang kuat di kalangan mereka. PKC menjadi
semakin popular di kalangan golonagn petani dan intelek melalui
rancangan-rancangan pembaharuan ekonomi dan sosialnya di wilayah-wilayah yang
dikuasai antara tahun 1937-1945. Sebagai contoh, PKC telah melancarkan
rancangan pembaharuan pertanian. Melalui rancangan ini, tanah-tanah yang
dirampas di wilayah Hunan dibahagikan kepada petani-petani China. Sementara di
tempat-tempat lain, PKC telah menetapkan kadar sewa tanah kepada 37.5% daripada
jumlah hasil tanaman. Di samping itu, PKC juga telah mengambil langkah-langkah
lain seperti menubuhkan koperasi, dan menurunkan kadar faedah bagi pinjaman
untuk meningkat pengeluaran pertanian.
Kepercayaan rakyat terhadap PKC juga
dipengaruhi oleh ketabahan, ketokohan, kesabaran dan semangat perjuangan
yang ada pada diri pemimpin-pemimpin mereka. Mereka juga menunjukkan
semangat berjiwa rakyat dengan cara turut serta melakukan satu-satu rancangan
dan cuba membantu serta bersimpati dengan penderitaan hidup yang dialami oleh
rakyat. Sifat-sifat ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin parti KMT.
PKC juga mendapat sokongan
golongan intelegensia kerana perjuangannya adalah untuk memelihara
kedaulatan China dan memperbaiki taraf hidup rakyat. Golongan intelegensia
tertarik dengan cadangan-cadangan PKC untuk mengatasi masalah-masalah di China
dan sikap anti-imperialismenya. Kepopularan PKC jelas terlihat apabila bilangan
ahlinya telah meningkat daripada 40000 pada tahun 1937 kepada 1.2 juta orang pada
tahun 1945.
Perang China-Jepun juga membolehkan
PKC menguasai daerah-daerah luar bandar khasnya di bahagian-bahagian China
Utara dan China Tengah yang berjumlah penduduk seramai 70-90 juta orang.
Pengaruh PKC ketika dan selepas Perang China-Jepun semakin bertambah disebabkan
mereka mendapat sokongan dan bantuan daripada rakyat khasnya golongan petani di
kawasan luar bandar. Sedangkan tentera KMT pada masa itu bermati-matian
menentang serangan Jepun khasnya dk kawasan-kawasan bandar dan pelabuhan-pelabuhan
utama. Hal ini menyebabkan kawasan luar bandar terpaksa diabaikan.
Perang China-Jepun juga membolehkan
PKC menambahkan kekuatan tenteranya. Hal ini disebabkan PKC mengatur
strategi peperangan dengan bijak. Semasa Perang China-Jepun, PKC lebih tertumpu
di wilayah-wilayah Barat Laut China yang kurang diserang oleh Jepun. Selain
itu, PKC seboleh-bolehnya cuba mengelakkan daripada berperang secara terbuka
dengan tentera Jepun. PKC sekadar membuat serangan hendap yang kecil terhadap
Jepun. Justeru itu, PKC tidak kehilangan ramai askarnya semasa meletusnya
Perang China-Jepun (1937-1945).
Perang China-Jepun juga membolehkan
PKC menambahkan kekuatan tenetranya. PKC telah mengambil ramai rekrut-rekrut
baru khasnya dari golongan petani. Bilangan tentera PKC telah bertambah dari
80000 orang (1937) kepada 910000 orang pada tahun 1945. Teras kekuatan dan
pertahanan tentera PKC ialah anggota yang terlatih, berdisiplin dan teratur.
Mereka bermoral tinggi dan komited terhadap perjuangan Komunis.
Semasa Perang China-Jepun, kekuatan
PKC di Machuria semakin bertambah apabila pihak Rusia membenarkan PKC
mengambil senjata-senjata dan wilayah-wilayah yang ditinggalkan oleh tentera
Jepun selepas tamatnya peperangan. Rusia juga membantu PKC merampas kuasa dan
mengukuhkan kekuatannya di Manchuria. Bantuan ini telah membantu PKC dalam
kempennya menentang kerajaan nasionalis dalam tahun 1946-1949. Dari Manchuria
bermulanya kejayaan PKC menawan wilayah-wilayah China satu demi satu.
Kesimpulan
Sebenarnya,
Perang China-Jepun telah membolehkan PKC merombak organisasinya, memasukkan
rekrut baru dan meluaskan pengaruhnya di kalangan kaum petani serta bersedia
untuk memerangi KMT selepas Perang Dunia Kedua untuk menegakkan kerajaan
Komunis di China.
Faktor
Rampasan Kuasa Oleh PKC
Pengenalan
Parti Komunis
China (PKC) ditubuhkan pada tahun 1921. Di antara tahun 1923-1927, PKC telah
bergabung dengan Kuomintang (KMT) untuk menentang hulubalang-hulubalang dan
menyatukan China. Pada tahun 1927, perikatan KMT-PKC telah ditamatkan oleh Chiang
Kai Shek. Mulai tahun tersebut, kedua-dua parti ini sentiasa bersaing untuk
merebut kuasa di China. Perang saudara telah meletus antara PKC dan KMT
mulai tahun 1946 sehinggalah tahun 1949.
PKC akhirnya telah berjaya merampas kuasa dari KMT pada tahun 1949 dan
mewujudkan pemerintahan republik Komunis di China.
Faktor-faktor
Perjanjian
Sun-Joffe yang ditandatangani antara Sun Yat Sen dengan pihak Komunis Rusia
pada tahun 1923 merupakan titik tolak ke arah kejayaan PKC. Melalui kerjasama
tersebut, PKC yang baru diasaskan pada tahun 1921 telah dapat berkembang dengan
pesat di bawah naungan KMT. Hal ini jelas terbukti dengan bertambahnya keahlian
PKC begitu pesat sekali. Malahan KNT sendiri hampir-hampir dikuasai oleh
Komunis jika Chiang Kai Shek tidak mengambil tindakan menghapuskan
anasir-anasir Komunis di dalam KMT dan seterusnya menamatkan kerjasama antara
KMT-PKC pada tahun 1927.
PKC juga mempunyai pemimpin yang
baik dan berdedikasi seperti Mao Tze Tung dan Chu Teh. Mao Tze Tung adalah
teraju utama yang mempunyai strategi perjuangan yang bersama dengan Komunis
Rusia dan pemimpin-pemimpin lain dalam PKC. Beliau berpendapat PKC perlu
menyatukan sebuah masyarakat China, bukan sekadar kaum buruh sahaja, tetapi
juga petani dengan cara menghasut mereka menentang tuan-tuan tanah. Mao Tze
Tung memilih kawasan pergunungan berhampiran Juichin yang terletak di sempadan
Hunan-Kiangsi sebagai kawasan operasinya. Pengaruh PKC semakin bertambah di
bawah kepimpinan Mao Tze Tung. Selain itu, pemimpin-pemimpin PKC yang lain
termasuklah Mao Tze Tung tidak mudah putus asa walaupun mereka mengalami
kekalahan demi kekalahan kepada tentera KMT di peringkat awal.
Perjalanan Jauh/Long March
yang dijalankan oleh Mao Tze Tung dan penyokong-penyokongnya semasa berundur
dari Kiangsi dengan seramai 80000 orang tentera, 15000 pegawai kerajaan dan
parti yang bermula dari Juichin ke Shensi Utara sejauh 12800 km telah tiba pada
Oktober 1935 mengorbankan kira-kira 70000 orang. Perjalanan ini telah
meninggalkan beberapa implikasi yang menarik mengenai sejarah ketahanan manusia
dalam menghadapi pelbagai cabaran dengan berjalan kaki selama setahun yang
telah memperlihatkan kejayaan Mao Tze Tung menanamkan semangat gigih dan
disiplin yang tinggi di kalangan pengikut-pengikutnya. Perjalanan ini juga
memberi kesempatan kepada PKC untuk menyebarkan ideologi Komunis di kalangan
rakyat dan berjaya memisahkan PKC dari kongkongan Moscow. Mao Tze Tung telah
muncul sebagai pemimpin yang tidak boleh dipertikaikan dan mulai tahun 1935,
PKC benar-benar berorientasikan China dan bukannya Moscow lagi.
Asas kejayaan PKC ialah kekuatan
tentera dan strategi peperangan yang baik. tentera PKC adalah terlatih,
berdisiplin dan teratur. Mereka bermoral tinggi dan komited terhadap perjuangan
Komunis. Bilangan tentera PKC telah bertambah daripada 80000 pada tahun 1937
kepada 910000 pada tahun 1945. Pertambahan bilangan tentera PKC adalah
disebabkan oleh PKc amat bijak mengatur strategi dalam menghadapi serangan
Jepun. PKC seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada peperangan secara terbuka
dengan Jepun. PKC sekadar membuat serangan hendap yang kecil terhadap Jepun.
Selain itu, PKC juga bertumpu di wilayah-wilayah Barat Laut China yang kurang
diserang oleh Jepun. Dengan demikian, PKC tidak mengalami kehilangan askar yang
ramai semasa serangan Jepun ke atas China pada tahun 1937-1945.
Perang China-Jepun
membolehkan PKC mengambil rekrut-rekrut baru di kalangan golongan petani.
Perang ini juga membolehkan PKC menguasai daerah-daerah luar bandar di China
Utara dan Tengah yang berjumlah penduduk seramai 70-80 juta orang. Justeru itu,
menjelang bulan Jun 1947, bilangan tentera, senapang dan meriam PKC dengan KMT
hampir-hampir sama. Keadaan ini menyenangkan usaha-usaha PKC untuk merampas
kuasa di China.
Selepas Perang China-Jepun, PKC
telah berjaya mengatur strategi-strategi dan teknik-teknik peperangan dengan
baik. PKC telah melanggarkan serangan secara gerila ke atas garisan-garisan
KMT yang terpencil antara tahun 1946-1948. Tindakan ini menyebabkan PKC berjaya
menguasai daerah-daerah luar bandar dan memutuskan saluran makanan dan
perhubungan KMT yang berpusat di bandar-bandar. Dengan ini, tentera KMT di
bandar terkepung dan mudah ditewaskan. Kebijaksanaan PKC menyusun strategi
tentera jelas kelihatan dalam Perang Hsuchow yang berlaku antara bulan Oktober
sehingga Disember 1948. Askar-askar KMT yang dikepung oleh askar-askar PKC
terpaksa menyerah diri.
PKC juga menubuhkan pasukan
propaganda iaitu United Front Cadres yang menjalankan propaganda di
kalangan rakyat di kawasan yang dikuasai oleh KMT dan pasukan Friendly
Armie’s yang ditugaskan menyusup masuk ke dalam pasukan tentera KMT.
Rusia sentiasa memberi bantuan
kepada PKC sejak penubuhannya pada tahun 1921. Keadaan ini dapat dilihat
melalui tindakan Rusia memberikan bantuan kepada PKC dengan membenarkan mereka
memperoleh senjata dan kelengkapan perang yang ditinggalkan oleh Jepun di
Manchuria. Dengan bantuan Rusia, PKC telah berjaya merampas kuasa dan menduduki
Manchuria. Bantuan ini telah membantu PKC dalam kempen mereka menentang
kerajaan nasionalis pada tahun 1946-1949.
Tentera KMT tidak berciri-ciri
disiplin dan semangat yang tinggi seperti PKC, malahan semakin merosot.
Keadaan ini wujud kerana askar-askar KMT sudah lama mengalami peperangan iaitu
sejak KMT mula ditubuhkan lagi. Hal ini menyebabkan askar-askar KMT letih dan
bosan. Ia secara sulit tidak langsung telah melemahkan semangat perjuangan
mereka. Justeru itu, mulai penghujung tahun 1943, KMT tidak menyerang tentera
Jepun di China.
Tambahan pula, semasa Perang China-Jepun
(1937-1945), KMT mengalami kehilangan askar yang ramai berbandingan
dengan PKC. Hal ini disebabkan Jepun lebih menumpukan serangannya ke atas KMT,
memandangkan KMT-lah yang menerajui Kerajaan China ketika meletusnya Perang
China-Jepun. KMT telah kehilangan anggota tentera yang berpengalaman dan cukup
terlatih seperti pasukan ke-87 dan ke-88.
Organisasi tentera KMT yang lemah.
Tenteranya terbahagi kepada beberapa golongan komander-komander yang cekap
tetapi tidak termasuk golongan Whampao telah diberi jawatan-jawatan yang tidak
penting. Hal ini telah melemahkan kedudukan KMT.
Strategi-strategi dan
teknik-teknik tentera KMT adalah lemah. Tenteranya berselerak dan tertumpu
di bandar-bandar sahaja. Sementara kawasan-kawasan luar bandar telah diabaikan.
Hal ini membolehkan PKC menguasai kawasan-kawasan luar bandar dan mengepung
tentera KMT di bandar-bandar dengan cara memutuskan saluran perhubungan dan
bekalan. Sementara pemimpin-pemimpin tentera KMT, bukan sahaja tidak cekap
tetapi korupsi. Hal ini menyebabkan ramai askar KMT melarikan diri dan
berpaling tadah dengan menyertai tentera PKC.
PKC menjadi semakin popular di
kalangan orang China khasnya golongan petani dan intelegensia. Hal ini
merupakan faktor penting kejayaan PKC di China. Perang China-Jepun telah
menambahkan kepopularan PKC. PKC telah muncul sebagai pejuang kebangsaan,
apabila PKC mencadangkan penyatuan KMT dengan PKC untuk mempertahankan China
dari serangan Jepun. KMT yang berada dalam keadaan serba salah terpaksa
menerima cadangan PKC. Jadi, pada bulan September 1937, PKC dan KMT telah
bersetuju untuk berdamai bagi mempertahankan China dari serangan Jepun. Dengan
wujudnya pakatan bersama menentang Jepun, bererti KMT telah menamatkan
permusuhannya dengan PKC. Suasana seperti ini telah memberi peluang kepada PKC
untuk mengukuhkan diri dan meluaskan pengaruhnya di China.
Imej PKC sebagai pejuang
kebangsaan semakin meningkat dan bertambah popular apabila PKC meneruskan
serangan gerila ke atas Jepun selepas tahun 1943. Sedangkan KMT yang sangat
lemah ketika itu tidak lagi menyerang tentera Jepun di China kerana terlalu
letih dan bosan akibat terlalu lama berperang.
Rancangan dan strategi PKC
dalam memenangi hati rakyat semasa Perang China-Jepun (1937-1945) telah
menjadikan PKC semakin popular di kalangan golongan petani dan intelegensia.
PKC mendapat sokongan petani melalui rancangan pembaharuan pertanian. Di bawah
rancangan ini, PKC telah merampas tanah-tanah di wilayah Hunan dan kemudiannya
dibahagikan semula kepada petani-petani. Selain itu, PKC telah menubuhkan
koperasi-koperasi dan menurunkan kadar faedah bagi pinjaman untuk meningkatkan
keperluan pengeluaran pertanian. Golongan petani juga digalakkan mengambil
bahagian dalam pentadbiran tempatan. Selain itu, pemimpin-pemimpin dan
askar-askar PKC juga mewujudkan hubungan yang baik dengan petani-petani. Mereka
mengikut corak penghidupan yang sama seperti rakyat. Keadaan ini berbeza dengan
pemimpin-pemimpin parti KMT. Hal-hal seperti inilah yang menambahkan
kepopularan PKC di kalangan petani-petani China. Justeru itu, sebahagian besar
daripada mereka telah menyertai PKC.
PKC juga mendapat sokongan
golongan intelegensia yang berpendapat ianya berjuang untuk kebajikan
rakyat. Mereka tertarik dengan perjuangan PKC untuk memperbaiki kehidupan
rakyat dan memelihara kedaulatan China. Golongan intelegensia tertarik dengan
dasar PKC untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh China berhubung dengan
tekanan dunia antarabangsa, khasnya imperialisme Barat dan Jepun. Kepopularan
PKC jelas terbukti dengan peningkatan keahliannya dari kira-kira 40000 orang
pada tahun 1937 kepada 1.2 juta orang pada tahun 1945.
Rakyat China telah hilang
keyakinan terhadap KMT sebagai ejen yang berkesan dalam pembinaan semula
negara. KMT telah gagal memperbaiki taraf hisup petani-petani China. Keadaan
ini berlaku kerana KMT menghadapi masalah kewangan semasa meletusnya Perang
China-Jepun. Penaklukan bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan utama oleh Jepun
menyebabkan KMT kehilangan sokongan dan bantuan kewangan daripada golongan
hartawan, peniaga dan pedagang China. Lagipun, sumber pendapatan utama kerajaan
KMT yang sebahagian besarnya berpunca dari perdagangan, perusahaan dan
cukai-cukai kastam di bandar-bandar utama dan pelabuhan-pelabuhan penting juga
terjejas akibat penaklukan Jepun. Selain itu, KMT terpaksa menghabskan
sebahagian besar kewangan, tenaga dan masa untuk mengukuhkan angkatan
tenteranya. Keadaan ini menghalang KMT daripada melancarkan reformasi sosial dan
ekonomi. Hal ini menyebabkan KMT gagal memperbaiki nasib golongan petani China.
Lantaran itu, KMT telah kehilangan sokongan petani China yang bertindak
menyokong PKC.
KMT juga tidak berjaya mencegah
inflasi yang disebabkan perbelanjaan tentera yang tinggi dan kemerosotan
ekonomi serta pengeluaran mata wang yang berlebihan. Semasa Perang China-Jepun,
banyak kegiatan ekonomi telah musnah seperti perlombongan, pelabuhan, kilang
dan lain-lain. Selain itu, peperangan dengan Jepun juga memerlukan peruntukan yang
tinggi. Bagi memulihkan semula sumber ekonomi China, KMT terpaksa menggunakan
perbelanjaan yang besar. Lantaran itu, kerajaan KMT terpaksa mencetak mata wang
dengan berlebihan. Tindakan ini menyebabkan berlakunya inflasi di mana harga
barangan telah meningkat dua kali ganda sebanyak 67 kali antara bulan Jun 1946
sehingga Ogos 1948. Pada pertengahan tahun 1947, nilai mata wang China
berbanding Dollar Amerika ialah 45000:1. Keadaan ini sudah tentulah menyulitkan
kehidupan rakyat China yang sedang hidup menderita. Justeru itu, terdapat
kepercayaan umum bahawa KMT telah hilang mandat dari syurga untuk memerintah
China.
Korupsi dan rasuah di kalangan
pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin tentera KMT telah bertambah
semasa meletusnya Perang China-Jepun. Semasa perang ini, China mengalami
kemerosotan ekonomi. Bagi memulihkan ekonomi China, Amerika telah memberi
bantuan kepada kerajaan KMT. Namun begitu, bantuan Amerika kepada KMT tidak
dapat memulihkan ekonomi China. Kebanyakan bantuan kewangan Amerika telah
disalahgunakan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin tentera KMT.
Selain itu, peralatan senjata dan bekalan perubatan KMT telah dijual kepada PKC
oleh pegawai-pegawai KMT sendiri. Faktor korupsi ini telah menjatuhkan maruah
KMT di kalangan orang-orang China yang menyebabkan rakyat China hilang
kepercayaan dan kesetiaan kepada KMT.
Selepas perang, kerajaan KMT telah
melaksanakan beberapa rancangan pembangunan ekonomi seperti dalam bidang
kewangan, perusahaan, memperbaiki pehubungan dan lain-lain yang lebih
menguntungkan kelas pedagang, pengusaha dan golongan kapitalis. Hal ini bererti
ekonomi KMT banyak bergantung kepada perdagangan, perusahaan dan cukai kastam
yang berpusat di kawasan pantai yang jauh dari kawasan pedalaman. Hal ini menyebabkan
kerajaan KMT tidak berusaha untuk memajukan bidang pertanian dan meninggikan
taraf hidup golongan petani yang merupakan golongan terbesar. Keadaan ini
menyediakan peluang keemasan kepada PKC untuk mempergunakan golongan petani.
Imej dan pengaruh KMT telah
merosot sebelum meletusnya Perang China-Jepun. Hal ini disebabkan oleh
penindasan dan paksaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai KMT. Misalnya,
petani dipaksa membayar cukai yang tinggi. Tindakan ini sudah tentu menambahkan
beban hidup golongan petani dan golongan yang perpendapatan rendah.
Selepas Jepun menyerah kalah,
tentera KMT mula masuk ke kawasan yang dahulunya diduduki oleh Jepun dan
bersikap sebagai penakluk baru, bukan sebagai pembebas tanahair. Mereka melayan
penduduk China dengan sikap yang angkuh dan penghinaan. Pegawai-pegawai
KMT telah melakukan penindasan terhadap orang-orang China yang dianggap tidak
setia dan pembelot. Pegawai kerajaan KMT lebih berminat untuk mengumpul harta
benda yang ditinggalkan oleh Jepun. Mereka terpaksa mengabaikan rancangan dan
usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang sekian lama terbiar akibat
peperangan. Keadaan ini dipergunakan oleh PKC untuk mengeksploitasikan fikiran
rakyat di wilayah-wilayah yang mundur.
Selepas perang, KMT gagal
memperbaiki taraf hidup rakyat China, khasnya golongan petani. KMT juga
membenarkan tuan-tuan tanah mengenakan kadar cukai yang tinggi ke atas rakyat
khasnya golongan petani. Pengaruh KMT di kalangan golongan peniaga juga merosot
selepas Perang China-Jepun, apabila KMT mengenakan bayaran-bayaran yang tinggi
ke atas firma-firma swasta. Sementara golongan intelegensia pula telah menarik
diri dari KMT akibat tentangan-tentangan KMT terhadap pembaharuan-pembaharuan
yang dilaksanakan dan pemerintahan dictator yang diamalkan oleh KMT.
Kesimpulan
PKC akhirnya
telah berjaya merampas kuasa dari KMT pada tahun 1949. Dengan kekalahan ini
tentera KMT telah berundur ke Taiwan. PKC seterusnya telah mengisytiharkan
penubuhan KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA pada 1 Oktober 1949.
JEPUN
Kejatuhan
Shogun Tokugawa
Pengenalan
Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya
dalam pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603,
Maharaja Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Dengan ini lahirlah
pemerintah Shogun dari keluarga Tokugawa. Setelah mendapat kuasa secara
perlahan-lahan Shogun Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga
Shogun Tokugawa yang benar-benar berkuasa di Jepun. Pusat pentadbiran telah
dipindahkan ke Yedo sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak
dibenarkan bergiat dalam urusan pentadbiran.
Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa
1. Peranan
saudagar dan perubahan corak sosial
Salah satu
faktor yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa ialah peranan golongan
saudagar dan berlakunya perubahan corak sosial di Jepun. Pada abad ke-18,
sistem politik dan sosial di Jepun mulai berubah akibat sistem ekonomi wang
yang menggantikan sistem tukaran barang. Oleh sebab pentingnya ekonomi wang
menyebabkan kedudukan golongan saudagar menjadi golongan yang berpengaruh dalam
masyarakat dan sebaliknya golongan daimyo (bangsawan) dan samurai (pahlawan)
mulai merosot. Ramai golongan daimyo dan samurai telah meminjam wang dari
golongan saudagar hinggakan mereka terikat dengan hutang-piutang. Juga ramai
dari golongan daimyo dan samurai menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Keadaan ini menyebabkan menjelang abad ke-19, tidak ada perbezaan taraf antara
saudagar dengan daimyo dan samurai. Dengan ini sistem feudal terhapus dengan
sendirinya.
2. Menentang
dasar isolasi
Golongan
saudagar juga tidak setuju dengan dasar isolasi menindas Tokugawa. Dengan dasar
isolasi bermakna saudagar-saudagar tidak mendapat pasaran yang luas bagi
barang-barang dagangan mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin supaya diadakan
hubungan dengan dunia luar kerana ini akan menguntungkan mereka. Berdasarkan
perkara itu, golongan saudagar asing bekerjasama dengan golongan anti-Tokugawa
golongan menentang Shogun Tokugawa seperti yang dilakukan oleh
saudagar-saudagar di bandar Osaka.
3. Perasaan
kebangsaan/fahaman shintoisme
Sebab lain ialah
munculnya semangat kebangsaan dan fahaman shintoisme. Semangat hotmat dan taat
kepada Maharaja hidup kembali. Akibat tindakan Tokugawa menggalakkan orang-orang
Jepun terutama golongan samurai mengkaji sejarah dan sastera Jepun kuno.
Sungguhpun tindakan ini untuk kebaikan negeri Jepun tetapi kesannya menjejaskan
kedudukan Tokugawa sendiri. Hasil dari kajian mereka dan mengikut fahaman
(kepercayaan Shinto) bahawa Maharaja Jepun adalah keturunan Dewi Matahari
(Amitorasu). Berdasarkan kepercayaan tersebut orang Jepun berpendapat Maharaja
yang harus berkuasa dan dihormati. Dengan ini muncul golongan yang ingin
mengembalikan kekuasaan Maharaja dan menjatuhkan Tokugawa.
4. Tekanan
ekonomi
Kedudukan Shogun
Tokugawa semakin terjejas bila berlakunya tekanan ekonomi. Pada abas ke-18 dan
ke-19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Penduduk Jepun telah bertambah dan ini
menyebabkan berlakunya kekurangan makanan. Untuk atasi masalah tersebut,
petani-petani telah dikerah supaya dapat hasilkan keluaran pertanian
berlebihan. Hal ini menjadi beban kepada petani-petani yang terpaksa bekerja
lebih kuat. Penghidupan petani-petani semakin susah apabila adanya cukai-cukai.
5. Tentangan
suku kaum dari Barat
Perasaan benci
terhadap Tokugawa tidak sahaja dari petani-petani yang tertindas terutama dari
suku kaum dari Barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen. Tokugawa berkuasa
tetapi wilayah kekuasaan Tokugawa sekitar Yedo sedangkan wilayah-wilayah lain
tidak dapat diletakkan secara langsung. Oleh sebab itu suku kaum-suku kaum
tersebut dapat bertindak balas. Mereka sedar tanpa persekutuan suku kaum yang
lain mereka tidak dapat mengalahkan Tokugawa. Oleh itu, mereka telah bersatu
dan tindakan selanjutnya ialah menyokong Maharaja yang ketika ini ditindas oleh
Tokugawa.
6. Fedatangan
Barat
Faktor yang
membawa kepada kejatuhan Tokugawa juga disebabkan oleh kedatangan Barat. Pada
tahun 1853, Commodore Perry dari Amerika tiba di Jepun dengan tujuan mengadakan
hubungan perdagangan dan mendapat jaminan keselamatan anak-anak kapal Amerika.
Disebabkan bimbang terhadap ancaman Amerika maka pada tahun 1854, Perjanjian
Kanagawa ditandatangan antara Perry dengan Tokugawa. Kemudian perjanjian dengan
Rusia dan Perancis juga dibuat. Tindakan Tokugawa itu telah menjadi kemarahan
rakyat Jepun termasuk beberapa golongan dari keluarga Tokugawa sendiri.
Peristiwa ini digunakan oleh musuh Tokugawa untuk menggugar
kedudukan Tokugawa. Suku kaum dari Barat telah menjalankan tindakan anti-Barat.
Pada tahun 1862, seorang Inggeris bernama Richardson mati dibunuh oleh putera
Satsuma. Pada tahun 1863, kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Barat di Selat
Shimonoseki. Sebagai tindakbalas, pada tahun 1863, Inggeris menyerang Kagoshima
kediaman Satsuma. Kemudian pada tahun 1864 angkatan laut bersekutu iaitu
Inggeris, Amerika, Perancis dan Belanda menyerang Choshu di Selat Shimonoseki.
Pihak
Barat telah menyalahkan Tokugawa berikutan berlakunya peristiwa-peristiwa
anti-Barat. Keadaan ini menyebabkan pada tahun 1866, Tokugawa telah menghantar
tenteranya untuk menyerang Choshu tetapi malangnya tentera Tokugawa telah
dikalahkan. Kedudukan Tokugawa semakin runcing apabila kaum Toza telah bersatu
dengan Choshu dan Satsuma untuk menentang Tokugawa. Memandangkan adanya
tekanan-tekanan dan desakan-desakan dalam negeri maka Shogun Keiki bersetuju
meletakkan jawatan. Pada bulan November 1867, kekuasaan telah diserahkan kepada
Maharaja Meiji. Dengan ini, tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun.
Kesimpulan
Faktor dalam negeri merupakan
faktor utama yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa. Shogun Tokugawa telah
berjaya berkuasa kira-kira lebih dari dua abad setengah. Pada peringkat awal
pemerintahan Tokugawa telah mencapai beberapa kemajuan. Tetapi kejayaan lebih
besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam zaman Meiji, Jepun mula
memasuki dunia moden dan dalam masa yang sangat singkat Jepun mencapai taraf
yang sama dengan negara-negara Barat, baik dalam bidang ekonomi mahupun dalam
bidang ketenteraan.
Negeri
Jepun Selepas Perang Dunia Kedua
Pengenalan
Negeri Jepun telah tewas dalam
Perang Dunia Kedua. Pendudukan Amerika selama 6 ½ tahun telah bermula secara
rasmi pada 2 September 1945 dan berakhir pada 28 April 1952. Pada teorinya,
pendudukan tersebut adalah bersifat antarabangsa. Satu perjanjian yang dicapai
di Moscow pada bulan Disember 1945 telah menetapkan bahawa pendudukan di negeri
Jepun harus ditentukan oleh dua badan, iaitu Suruhanjaya Timur Jauh (Far
Eastern Commission) dan Majlis Berikat (Allied Council). Suruhanjaya Timur Jauh
diwakili oleh 13 buah negara dan beribu pejabat di Washington manakala Majlis
Berikat diwakili oleh 4 buah negeri dan beribu pejabat di Tokyo. Pada akhirnya,
pendudukan tersebut telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat melalui Jeneral
Douglas MacArthur yang telah dilantik Pemerintah Agung Kuasa-kuasa Berikat
(Supreme Commander for the Allied Powers – SCAP). Pada bulan April 1951,
Jeneral Douglas MacArthur telah diganti oleh Jeneral Matthew B. Ridway. Dasar
pendudukan Amerika adalah berasaskan kepada 2 prinsip utama, iaitu keperluan
membubarkan angkatan tentera Jepun (demilitarization) dan menjadikan Jepun
sebuah negara yang demokratik (democratization of Japan). Pada keseluruhannya,
pendudukan Amerika di negeri Jepun telah berjaya dan diterima baik oleh rakyat
Jepun. Ia telah membantu negeri Jepun memulihkan ekonominya dan mengamalkan
sistem kerajaan berparlimen. Pada 8 September 1951, Amerika Syarikat dan 47
buah negara lain telah menandatangani satu perjanjian perdamaian dengan negeri
Jepun di San Francisco. Melalui perjanjian ini, Jepun mencapai semula
kemerdekaannya pada 28 April 1952 tetapi terpaksa menggugurkan segala tuntutan
ke atas bekas koloni-koloninya.
Kesan-kesan Pendudukan Amerika
1. Pembubaran
angkatan tentera
Salah satu tugas
utama SCAP ialah untuk membubarkan angkatan tentera Jepun. Ini adalah untuk
memastikan bahawa negeri Jepun tidak akan lagi mengancam keamanan dan
keselamatan dunia. Jentera perang Jepun telah dimusnahkan. Angkatan tentera
Jepun dan kira-kira 1300 buah persatuan nasionalis lampau telah dibubarkan.
Kilang-kilang membuat senjata telah ditutup. Peperangan diharamkan. Semua
tentera dan orang awam Jepun di seberang laut yang berjumlah kira-kira 3 juta
telah dibawa balik ke negeri Jepun. Pembicaraan orang Jepun yang dianggap
penjenayah perang telah diadakan. 7 pemimpin Jepun termasuk Tojo telah
digantung dalam bulan Disember 1948. SCAP telah juga menyingkirkan kira-kira
200000 orang pegawai tentera, kerajaan dan pemimpin perniagaan yang dipercayai
terlibat dengan dasar perluasan negeri Jepun.
2. Pengenalan
unsur-unsur demokrasi
Pengenalan
unsur-unsur demokrasi merupakan kesan terpenting pendudukan Amerika. Satu
perlembagaan demokratik baru telah diperkenalkan pada tahun 1947. Negeri Jepun
telah mengamalkan semula sistem kerajaan berparlimen dengan keunggulan Diet.
Diet yang terdiri dari Dewan Rakyat dan Dewan Councillor dijadikan organ kuasa
negara yang tertinggi dan organ perundangan yang tunggal. Diet juga diberi
kuasa penuh ke atas hal-hal kewangan. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Councillor merupakan badan terpilih. 467 orang ahli Dewan Rakyat adalah dipilih
bagi tempoh 4 tahun manakala 250 orang ahli Dewan Councillor adalah dipilih
bagi tempoh 6 tahun. Semua rakyat Jepunyang berumur 20 tahun dan ke atas
mempunyai hak mengundi. Perlembagaan baru tersebut juga mensyaratkan bahawa
Perdana Menteri Jepun harus dipilih daripada kalangan ahli Diet. Majoriti
menteri-menteri kabinet juga merupakan ahli Diet. Kuasa kerajaan pusat telah
diagihkan dan pilihanraya tempatan digalakkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan
diberi kuasa yang lebih dalam hal-hal cukai dan perundangan. Kementerian Dalam
Negeri yang menguasai polis dan pentadbiran tempatan telah dibubarkan.
Perlembagaan baru ini telah menjamin hak-hak asasi seperti persamaan dari segi
undang-undang, kebebasan pemikiran, kebebasan akhbar dan hak-hak suami dan
isteri yang sama. Orang tahanan politik dibebaskan. Perlembagaan baru Jepun telah
juga mengubah kedudukan Maharaja Jepun yang telah dianggap sebagai suci dan
“inviolable”. Maharaja Jepun dijadikan hanya lambing negara dan perpaduan
rakyat Jepun. Baginda tidak lagi mempunyai sebarang kuasa berkaitan dengan
pentadbiran negara. Kerajaan Jepun telah menjadi sekular.
3. Pemulihan
ekonomi
Pemulihan
ekonomi merupakan kesan jangka pangjang pendudukan Amerika yang penting.
Beberapa pembaharuan ekonomi yang bertujuan menggalakkan pembahagian pendapatan
yang lebih luas di kalangan rakyat Jepun telah diperkenalkan. Pihak berkuasa
pendudukan telah melaksanakan satu program pembaharuan tanah yang bertujuan
menambahkan pemilikan tanah oleh petani-petani. Melalui Akta Pembaharuan Tanah
1946, pihak berkuasa pendudukan telah membeli tanah-tanah kepunyaan tuan-tuan
tanah tidur (absentee landlords). Tanah-tanah ini kemudiannya dijual dengan
harga rendah kepada petani-petani. Program tersebut tamat dilaksanakan pada
tahun 1950 dan telah membolehkan 3 juta orang petani memperolehi tanah seluas 5
juta ekar. Ia juga berjaya menstabilkan ekonomi luar bandar. Pihak berkuasa
pendudukan telah juga mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan monopoli
ekonomi negeri Jepun oleh golongan zaibatsu. 83 buah syarikat induk zaibatsu
telah dibubarkan. Harta-harta zaibatsu telah dibekukan. Ahli-ahli keluarga dan
eksekutif zaibatsu telah disingkirkan. Pihak berkuasa pendudukan telah
menggalakkan penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja. Akta Kesatuan Sekerja 1945
telah memberi pekerja-pekerja hak mogok dan berunding secara kolektif. Bilangan
ahli kesatuan sekerja telah meningkat dengan pesat. Menjelang tahun 1949,
kira-kira 6.5 juta orang pekerja telah menyertai kesatuan sekerja. Dasar
ekonomi pihak berkuasa pendudukan telah berubah selepas tahun 1948. Akibat
Perang Dingin antara dunia Barat dan Timur, langkah-langkah telah diambil untuk
mengukuhkan negeri Jepun sebagai sekutu dunia Barat untuk menentang Komunisme.
Pembayaran ganti rugi perang oleh negeri Jepun telah dihapuskan. Amerika
Syarikat telah memberi bantuan ekonomi dan mempergiatkan langkah-langkah untuk
memulihkan ekonomi negeri Jepun. Perdagangan eksport negeri Jepun telah
digalakkan.
4. Penyusunan
semula sistem pendidikan
Pihak berkuasa
pendudukan telah menyusun semula sistem pendidikan Jepun dengan berasaskan
model Amerika Syarikat. Prinsip-prinsip yang mempengaruhi penyusunan semula
pendidikan Jepun ialah demokrasi, kebebasan, pengagihan kuasa pusat, pendidikan
massa, kepelbagaian dan internasionalisme. Pendidikan wajib dari 6 tahun ke 9
tahun. Kursus-kursus lama mengenai etik yang telah menggalakkan perkembangan
faham ketenteraan telah digantikan dengan kursus-kursus sains sosial.
Pentadbiran pendidikan diletakkan di bawah kerajaan tempatan. Beberapa
universiti telah ditubuhkan di peringkat prefecture. Buku-buku teks telah
ditulis semula dan kaedah-kaedah pengajaran baru diperkenalkan. Penekanan dalam
buku-buku teks diberi ke atas aspek demokrasi dan hak-hak individu.
Negeri Jepun selepas pendudukan Amerika
Pendudukan Amerika telah merintis
jalan bagi perkembangan-perkembangan politik, ekonomi dan sosial yang penting
di negeri Jepun. Pada keseluruhannya terdapat kestabilan politik di negeri
Jepun yang tetap mengamalkan sistem kerajaan berparlimen. Parti Liberal
Demokratik telah muncul sebagai parti yang paling penting dan berpengaruh.
Menjelang pertengahan tahun-tahun 1950-an, negeri Jepun telah mencapai semula
paras ekonomi sebelum perang. Dalam tahun-tahun 1960-an pula, ia telah muncul
sebagai sebuah kuasa ekonomi yang utama di dunia. Pendapatan per kapita negeri
Jepun telah meningkat dari $146 pada tahun 1951 ke $395 pada tahun 1960 dan
melebihi $2000 pada tahun 1972. Perkembangan ekonomi negeri Jepun yang pesat
adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
a. Pekerja-pekerja
Jepun yang rajin, terpelajar dan mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi.
b. Perbelanjaan
ketenteraan yang rendah iaitu hanya 1% daripada Keluaran Negara Kasar (Gross
National Product).
c. Kadar
wang simpanan yang tinggi.
d. Perlindungan
perusahaan Jepun dari persaingan asing.
e. Sokongan
dan bantuan Kerajaan Jepun yang seringkali diperkatakan sebagai “Japan
Incorporated”.
Bilangan penduduk Jepun di
kawasan-kawasan bandar telah bertambah dengan pesat. Satu kelas pertengahan
yang baru telah muncul. Masyarakat Jepun semakin dipengaruhi oleh kebudayaan
Barat. Kadar pertumbuhan pendudukan Jepun telah merosot. Pergaulan antara
lelaki dan wanita telah menjadi lebih bebas. Perasaan “kekitaan” masuh kuat di
kalangan orang Jepun. Dasar luar negeri Jepun adalah berasaskan pada hubungan
yang erat dengan Amerika Syarikat dan prinsip susunan dunia perdagangan yang
aman dan terbuka. Menjelang tahun 1980, negeri Jepun telah muncul sebagai kuasa
ekonomi yang ketiga terbesar (selepas Amerika Syarikat dan Rusia) di dunia.
ASIA SELATAN
INDIA
Pemberontakan Dahagi (1857)
Pengenalan
Penduduk India telah berasa tidak puas hati terhadap pemerintahan
British sejak awal abad ke-19. Perasaan tidak puas hati semakin memuncak
apabila Lord William Bentick menjalankan beberapa pembaharuan politik, sosial
dan kebudayaan. Walaupun pembaharuan itu berdasarkan teori “kebajikan penduduk
India”, tetapi pembaharuan tersebut telah melanggar amalan dan adat serta
menyinggung hati orang India. Dengan itu, orang India pun membangkit menentang
pihak British di India. Pada tahun 1857, Dahagi telah meletus di India. Dahagi
itu ialah rusuhan sepoi menentang pemerintahan British di India.
Sebab-sebab berlaku
1. Perasaan
dendam sepoi-sepoi
Tentera Benggala
yang terdiri daripada kaum Brahmin dari Rajput mencetuskan dahagi kerana mereka
menganggap mereka akan tercemar sekiranya berkhidmat di luar India. Perasaan
tidak puas hati semakin meningkat apabila Lord Canning meluluskan Akta
Pengambilan Tentera Am yang membolehkan pihak British menghantar sepoi-sepoi ke
wilayah yang jauh tanpa diberi elaun berlebihan. Amalan diskriminasi gaji dan
layanan serta kenaikan pangkat mengikut jangka perkhidmatan dan bukan kebolehan
telah mengecewakan sepoi-sepoi India lagi. Masalah disiplin yang serius berlaku
akibat pemindahan pegawai tentera berkebolehan untuk mengisi jawatan awam.
Pengenalan senapang rifle Royal Enfield menyemarakkan lagi perasaan tidak puas
hati. Terdapat khabar angin yang mengatakan peluru yang hujungnya terpaksa
digigit sebelum dimasukkan ke dalam senapang disapu dengan minyak babi dan
lembu. Oleh itu, sepoi Hindu dan Muslim menganggap ini sebagai muslihat British
menentang kebudayaan tradisional mereka. Walaupun peluru itu ditarik balik,
tetapi perasaan tidak puas hati terus memuncak sehingga akhirnya mereka
menganggap British cuba mengkristiankan mereka.
2. Perubahan-perubahan
sosial
Pengenalan
perubahan sosial ala Barat telah menjejaskan cara hidup penduduk tempatan.
Gabenor Jeneral William Bentick telah menghapuskan adat resam orang India
seperti suttee, thuggee dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Delhousie pula
meluluskan undang-undang mengesahkan perkahwinan balu Hindu. Walaupun British
bertujuan memperbaiki kehidupan mereka tetapi mereka masih belum bersedia
menerima idea-idea Barat ini. Penyebaran pendidikan British dianggap sebagai
percubaan mengkristiankan mereka. Pengenalan teknologi Barat dianggap sebagai
langkah mencemarkan agama Hindu. Di wilayah tawanan, banyak keluarga kehilangan
tanah kerana tidak dapat membuktikan hak milik secara sah. Tanah itu diambil
alih oleh British. Perasaan tidak puas hati terus memuncak apabila tentera asli
dibubarkan selepas suatu wilayah diambil alih.
3. Politik
Dasar
pengilhakan Delhousie berlandaskan kepada hak menakluk agung, undang-undang
warisan dan untuk menlanjutkan faedah pemerintahan British ke atas wilayah yang
disalahtadbirkan oleh pemerintah India. Melalui dasar ini, Punjab, Karnatik,
Oudh dan Tajor serta Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur telah
diilhakan. Walaupun Delhousie percaya pemerintahan British adalah paling baik
bagi orang India tetapi dasarnya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan pemerintah India. Dasar ini menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka.
Akibatnya, Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib mengambil bahagian dalam dahagi.
Selain itu, pembatalan bayaran pencen Nana Sahib juga menyebabkan beliau
menyertai dahagi.
Peristiwa dahagi
Dahagi telah bermula pada 10 Mei
1857 di Meerut apabila sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru telah dihukum
penjara. 2 orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh
beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoi-sepoi mara ke Delhi,
memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II, seorang keturunan Maharaja
Moghul sebagai Maharaja Delhi. Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya
untuk membalas serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord Canning
telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah mencemaskan
sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh, Ludhiana dan Allahabad telah
membangkit. Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini diikuti
oleh Benggala dan Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai pemberontakan umum kerana
tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah serta martabat dan kaum tani yang
menderita akibat pembayaran cukai dan penindasan British telah menyertai
pemberontakan. Selepas 4 bulan, Sir John Lawrence menawan semula Delhi.
Bhahadur Syah ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi,
tentera British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke
Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan untuk membebaskan Lucknow
gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai telah bertempur dengan British tetapi
akhirnya gagal dan terbunuh. Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang
tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British bernasib
baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia, Holkar dan
pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan sepoi ini. Selain itu,
sebahagian besar orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan
undang-undang dan peraturan tidak membantu Pemberontakan Dahagi.
Sebab-sebab kegagalan
1. Ketiadaan
tujuan yang sama
Rani
Jhansi berjuang untuk hak asasi seorang putera.
Nana
Sahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet ayahanda
angkatnya, Baji Rao.
Orang
Muslim berjuang untuk memulihkan Empayar Moghul.
Sepoi-sepoi
berjuang atas agama, membalas dendam peribadi.
Yang
lain hanya mempunyai rasa benci terhadap British.
2. Merupakan
kejadian tempatan
Tertumpu
pada satu kawasan terhad.
3. Sikap
bertolak ansur Lord Canning
Meredakan
perasaan Sepoi dan mengenangkan tentangan.
4. Kekurangan
pucuk pimpinan
Kesan-kesan dahagi
1. Penghapusan
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) pada 1858
Peristiwa
dahagi menunjukkan SHTI tidak berupaya memerintah India yang luas.
Menurut
Akta Kerajaan India, pentadbiran Kerajaan India terus diserah kepada Kerajaan
Mahkota.
Gabenor
Jeneral menerima gelaran Wizurai.
2. Pengampunan
umum
Diberi
kepada pada pemberontak kecuali yang membunuh rakyat British.
3. Penghapusan
undnag-undang warisan
4. Pemberian
jawatan awam tanpa mengira kasta dan kepercayaan
Perjuangan
Kemerdekaan di Asia Selatan
Pengenalan
Selepas pemberontakan sepoi, kemunculan satu kelas pertengahan yang terdiri
daripada golongan profesional berpendidikan Barat seperti peguam, guru, pegawai
kerajaan dan wartawan.
Pemimpin-pemimpin baru yang cukup arif tentang tamadun Barat ini menentang
ketidakadilan dan diskriminasi dari segi perundangan dan pentadbiran.
Pergerakan nasionalis telah muncul sebelum Perang Dunia Pertama
1. Kongres
Kebangsaan India (KKI) telah wujud pada tahun 1885
Diusahakan oleh Allan O. Hume (seorang bekas pegawai kerajaan di India) dan
dianggotai oleh guru-guru, peguam dan wartawan.
Pada awalnya perjuangan KKI bersifat sederhana.
Pemimpin-pemimpin KKI seperti W.C. Bonnerjee, Dahabhai Naoroji dan Badruddin
Tyabji kerjasama dengan Inggeris.
Terdapat juga tokoh-tokoh seperti Bal Gangadhar Tilak seorang penulis yang
lantang bersuara dan mahukan perubahan-perubahan segera dengan cara revolusi.
Tilak dan pengikut-pengikutnya telah menguasai KKI selepas tahun 1906.
2. Golongan
Islam mencurigai perjuangan KKI
Orang Islam tidak menggunakan peluang-peluang pendidikan Barat kerana
menganggapnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Menganggap pendidikan Barat bercorak keduniaan dan berkaitan dengan budaya
Kristian.
Tidak ramai yang berpendidikan Barat dan mengisi kekosongan dalam
jawatan-jawatan kerajaan dan profesion moden.
Sayyid Ahmad Khan menyatakan bahawa seseorang umat Islam yang beriman boleh
menimba ilmu Barat tanpa mengorbankan agama Islam.
Beliau menubuhkan Maktab Aligarh dan memberi kesedaran mengenai sejarah dan
keperibadian kaum Muslim India yang dipisahkan dari kaum Hindu.
Faktor-faktor ini telah menjadi punca
KKI tidak diterima oleh orang Islam.
Untuk memperjuangkan kepentingan minoriti orang Islam di India, Liga Muslim
telah ditubuhkan pada tahun 1906 yang kemudiannya dipimpin oleh Mohammad Ali
Jinnah.
3. Pembahagian
Bengal ditentang
Bengal telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bengal Barat dan Bengal
Timur atas alasan ia akan memudahkan pentadbiran kerana terlalu luas dan padat
penduduknya.
Ianya ditentang hebat oleh golongan Hindu di bawah pimpinan nasionalis.
4. Pembaharuan
Morley-Minto untuk menenangkan nasionalis
Pembaharuan yang diperkenalkan pada tahun 1909 ini menawarkan beberapa jawatan
tinggi bagi orang India yang layak.
Elektrot berasingan bagi kaum minoriti mengundi perwakilannya juga
diperkenalkan.
Pada tahun 1911, Bengal disatukan kembali.
Ibu negeri dipindahkan dari Calcutta ke Delhi.
5. Kemunculan
Gandhi
Beliau muncul sebagai jaguh yang memperjuangkan hak sementara bagi orang-orang
India setelah kembali dari Afrika Selatan pada tahun 1914.
Mula menyertai gerakan nasionalis.
Perang Dunia Pertama membawa perubahan penting dalam nasionalisme India
1. Terjejasnya
imej British
India turut menyertai Perang Dunia Pertama kerana ia merupakan sebahagian
empayar British.
Maruah dan imej British mula merosot, Inggeris tidak lagi dipandang tinggi.
Selepas perang, pemimpin-pemimpin India tidak lagi menuntut penyertaan lebih
dalam kerajaan.
Di bawah kepimpinan Gandhi, mereka menuntut Kerajaan India diserah sepenuhnya
kepada orang India.
2. British
tidak dapat sokongan daripada minoriti Muslim selepas perang
Serangan British ke atas Turki dan Kekhalifahan Turki yang dianggap pemimpin
masyarakat Islam di dunia menimbulkan kemarahan orang Islam.
Sokongan Gandhi kepada Pergerakan Khalifat dan persetujuan KKI di bawah Tilak
bagi elektrot berasingan kepada minoriti Muslim mewujudkan perpaduan
Hindu-Muslim.
3. Kesetiaan
orang India terhadap British tergugat
Pada 20 Ogos 1917, Edwin Montagu iaitu setiausaha kerajaan di India telah
mengumumkan peruntukan tambahan dalam setiap bahagian pentadbiran bagi orang
India dan perkembangan berperingkat-peringkat ke arah berkerajaan sendiri.
Tetapi, tindakan-tindakan militan nasionalis India menyebabkan penguatkuasaan
Akta Rowlatt pada tahun 1918 dan 1919 yang memberi kuasa kepada British untuk
buat penangkapan atas tuduhan jenayah politik.
4. Hubungan
British-India bertambah tegang
Akta Rowlatt membangkitkan lagi golongan nasionalis yang sudah tidak sabar
lagi.
Mahatma Gandhi mulakan hartal, mogok sehari di mana semua aktiviti dihentikan.
Dalam sejarah India, walaupun hartal merupakan cara “bantahan tanpa keganasan”,
hartal tersebut bertukar menjadi ganas dan tindakan tentera British. Permusuhan
antara British dan orang India telah wujud.
Askar-askar British telah membunuh 400 orang India dan mencederakan 1200 lagi
di sebuah medan mendengar ceramah politik di Amritsar (Punjab).
Peristiwa Amritsar ini telah mengikiskan sedikit sebanyak kepercayaan orang
India terhadap keadilan Inggeris.
5. Pembaharuan
Montagu-Chelmford (1919) dan peluang bersuara dalam kerajaan
Tiga orang India telahg dilantik untuk Lembaga Penasihat Wizurai yang terdiri
daripada tujuh orang ahli.
Dua dewan perundangan akan ditubuhkan dan lebih ramai orang India akan dipilih
oleh orang India dan akan dilantik oleh kerajaan.
Orang India akan diberi jawatan-jawatan yang berpengaruh.
Ia juga mencadangkan perubahan di peringkat wilayah tetapi kuasa muktamad
dipegang oleh gabenor wilayah.
Pembaharuan ini telah dikuatkuasakan tetapi tidak disenangi oleh orang India.
Ini merupakan satu tanda perubahan sikap di kalangan orang-orang India sejak
Perang Dunia Pertama.
Nasionalis India menganggap mereka adalah sama taraf dengan orang British.
Mereka yakin pada kerajaan sendiri (Swaraj) dan bukan lagi konsesi-konsesi
dalam kerajaan.
6. Tindakan
Gandhi dan kemunculan Nehru
Gandhi melancarkan kempen untuk mendapatkan Swaraj yang bebas daripada
kongkongan asing bukan dengan kekerasan tetapi percaya kepada doktrin ahimsa.
Pada tahun 1920, Gandhi melancarkan gerakan tidak kerjasama dalam agensi-agensi
kerajaan dan perkhidmatan.
Orang-orang India melepaskan jawatan-jawatan kerajaan, memulaukan dewan-dewan
perundangan dan pilihanraya 1920. Pelajar-pelajar sekolah menengah memulaukan
kelas-kelas.
Pemberontakan dan huru-hara tercetus di beberapa kawasan India.
Gandhi ditahan dan dipenjarakan kerana dituduh bertanggungjawab.
Selepas keluar dari penjara dua tahun kemudian, walaupun undur ke ashramnya,
orang-orang tempatan dan luar negara mula mengunjungi beliau.
Gandhi telah mengjasilkan karya-karya dan menyebarkan idea-ideanya di kalangan
pengikut-pengikutnya. Gandhi muncul sebagai pemimpin gerakan nasionalis India.
Pada tahun 1924, Gandhi telah melancarkan boikot terhadap barangan British dan
menyeru orang India jangan gunakan kain buatan England dan minta gunakan kain
buatan tempatan (swadeshi).
Perubahan matlamat dari kerajaan sendiri (Swaraj) kepada kemerdekaan
1. Kepimpinan
Jawahartal Nehru
Penghujung 1920-an, kepimpinan gerakan nasionalisme diambil alih oleh Nehru.
Kepimpinan Nehru bukan sahaja mahukan swaraj tetapi juga pemutusan semua
hubungan dengan British. Walaupun Gandhi mempunyai perbezaan pendapat dengan
Nehru pada awalnya tetapi memberi sokongan kepada Nehru akhirnya.
2. Perlantikan
Suruhanjaya Simon menimbulkan kemarahan KKI
Parlimen mengambil keputusan untuk mengkaji pembaharuan Montagu-Chelmsford.
Suruhanjaya yang diketuai oleh Sir John Simon ini ditentang.
Pada 1927, Nehru dan golongan radikal muda yang lain dalam KKI mula menuntut
kemerdekaan dan telah mengaturkan satu persidangan meja bundar untuk
membincangkan butir-butir terperinci.
Kerajaan British bersetuju mengadakan persidangan tersebut. Namun demikian,
ketetapan-ketetapan Kongres tidak dihiraukan oleh kerajaan.
Untuk menunjukkan ketidakpuasan, Gandhi telah menganjurkan Gerakan Melanggar
Undang-undang Awam pada tahun 1930.
Sasaran pertama Gandhi ialah monopoli British ke atas pengeluaran garam.
Gandhi telah memulakan perarakan berjalan kaki sepanjang 60 batu untuk melanggar
undang-undang yang mewajibkan rakyat India membayar cukai bagi semua jenis
garam.
Gerakan Gandhi ini mendapat sambutan yang hangat. Rakyat India mula menentang
dasar-dasar British.
Perbarisan bantahan, hartal dan huru-hara tercetus di seluruh India.
Gandhi dan 100000 orang India ditahan dan dipenjarakan. Ini jelas menunjukkan
kepada British bahawa masalah orang-orang India telah tidak boleh dibendung
lagi.
3. Persidangan
Meja Mundar tidak dapat menenangkan keadaan
Persidangan Meja Bundar telah diadakan antara than 1930 dan 1932.
KKI memboikot Persidangan Meja Bundar pertama kerana mendakwa British telah
menjemput berbagai kumpulan untuk mengelirukan isu.
Gandhi menghadiri persidangan kedua sebagai wakil tunggal Kongres tetapi tidak
membawa kepada apa-apa perjanjian.
Orang Islam tidak mahu berganjak daripada tuntutan mereka dalam hal perwakilan
perkauman. Mereka mendakwa kepentingan mereka akan terjamin hanya dengan jaminan
bilangan kerusi dalam kerajaan.
4. Hubungan
Hindu-Muslim telah menjadi tegang pada tahun 1930-an
Pemimpin-pemimpin Kongres tidak berusaha untuk menghindarkan kecurigaan
golongan Islam terhadap Kongres.
Sejak awal 1930-an, nasionalis Islam menunjukkan cadangan demi cadangan untuk
memastikan hak-hak orang Islam tidak diganggu-gugat oleh British atau orang
Hindu.
Pengaruh karya-karya Sir Mohammad Iqbal merebak luas dan orang-orang Islam mula
mengecam dan mengutuk imperialisme Barat secara terbuka.
Iqbal menyeru umat Islam mengasaskan sebuah negara Islam di Barat Laut India.
5. Akta
Kerajaan India 1935 menjadi asas kepada perubahan politik
Di bawah Akta Kerajaan India, 11 buah provinsi akan memilih kerajaan sendiri.
British cuma akan campur tangan bila wujud sesuatu keadaan yang mencemaskan.
2 majlis perundangan akan diwujudkan di peringkat pusat di bawah pengawasan
Wizurai British.
Kaum Muslim dan kumpulan minoriti yang lain akan diberi kerusi-kerusi khas
dalam dewan perundangan.
Negeri-negeri beraja diberi pilihan untuk menyertai persekutuan ataupun tidak.
KKI menggugat ia akan mendominasi sistem politik baru ini.
Pemimpin-pemimpin KKI tidak puas hati dengan sistem politik bahawa oleh
Kerajaan British kerana ia gagal memberi kemerdekaan sepenuhnya dan tidak
menjamin monopoli Kongres ke atas kerajaan.
Kaum Muslim juga tidak puas hati kerana elektrot berasingan membolehkan mereka
menguasai beberapa wilayah sahaja secara berkesan.
Negeri-negeri beraja tidak berminat menyertai persekutuan.
Namun demikian, mengikut Akta India 1935, pilihanraya diadakan pada Februari
1937.
Kongres memperolehi kemenangan besar manakala Liga Muslim kalah teruk.
Kongres berjaya memperolehi majoriti di enam daripada sebelas negeri.
Dominasi Hindu ini menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Islam.
Kongres membentuk kerajaan di 8 buah negeri.
Liga Muslim berharap Kongres akan mengajaknya untuk membentuk kerajaan campuran
di satu atau dua buah negeri.
Keengganan Kongres mengeruhkan lagi hubungan Kongres-Liga Muslim.
Jinnah mula memburuk-burukkan Kongres. Pelbagai tuduhan dilemparkan untuk
meyakinkan orang Islam bahawa Kongres bermuslihat mewujudkan Ramraj (Kerajaan
Hindu) di India dan orang Islam tidak dapat hidup dengan bermaruah.
Dengan cara ini Liga Muslim dapat menarik sokongan orang Islam sebelum tahun
1939.
Perang Dunia Kedua menukarkan situasi politk di India
1. Kongres
tidak mahu kerjasama dengan British semasa perang
Semua parti politik kecuali Kongres setuju untuk membantu Inggeris dalam
perang.
Kongres tidak setuju India ditarik bersama dalam Perang Dunia Kedua kerana
British tidak berunding dengannya terlebih dahulu.
Kongres juga menggunakan kesempatan ini untuk memperhebatkan tuntutan-tuntutan.
Nehru dan pemimpin-pemimpin Kongres yang lain enggan bekerjasama kecuali semua
tuntutan mereka terhadap kemerdekaan India ditunaikan dengan segera.
Kongres mengarahkan ahli-ahlinya letak jawatan sebagai menteri-menteri kerajaan
negeri.
2. Liga
Muslim menggunakan peluang keemasan
Liga Muslim menyokong usaha peperangan British.
Pada Mac 1940, Jinnah membentangkan Resolusi Pakistan dalam perhimpunan di
Lahor.
Liga Muslim berharap kerenggangan hubungan antara British dan Kongres akan
menguntungkannya.
3. British
cuba untuk memenangi sokongan Kongres
British risau tentang kemaraan Hitler di Eropah.
British gagal dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan Kongres.
Gandhi melancarkan satu lagi gerakan tidak kerjasama.
Ramai nasionalis termasuk Gandhi dan Nehru dipenjarakan tetapi mereka tidak
berganjak daripada tuntutan kemerdekaan India.
4. Penyerangan
Jepun membimbangkan British
Jepun mula menyerang dan menguasai Asia Tenggara termasuk tanah jajahan British
iaitu Tanah Melayu dan Singapura serta menawan Myanmar dan cuba memasuki India.
British memerlukan kerjasama penuh India. British telah berusaha untuk
mendamaikan semua pihak di benua kecil India.
5. Rombongan
Cripps sebagai usaha terakhir semasa perang
Sir Stanfford Cripps dihantar ke India pada Mac 1942 untuk menyelesaikan
masalah dengan pemimpin politik India.
Rombongan Cripps memberi jaminan taraf dominan selepas perang tetapi usaha
Cripps gagal kerana pengaruh Gandhi.
Gandhi menentang program Cripps kerana ia tidak manjamin penguasaan serta-merta
orang India ke atas hal ehwal sendiri.
Gandhi mahu Majlis Menteri-menteri menjadi badan yang meluluskan dasar dan
bukan satu lembaga penasihat yang boleh diabaikan oleh Wizurai.
6. Gandhi
melancarkan kempen Keluar dari India
Gandhi menggugat pegawai-pegawai British bahawa beliau akan mengarahkan satu
lagi kempen tidak kerjasama kalau British tidak mahu berundur dengan segera.
Gandhi dapat sokongan padu daripada Nehru dan pemimpin-pemimpin Kongres lain.
British marah dan sebelum Gerakan Keluar dari India mula tersebar seluruh
India, Gandhi, Nehru dan 6000 pengikutnya ditahan.
Gandhi dan kebanyakan nasionalis lain dibebaskan kemudian. Tetapi Nehru dan
beribu pengikut lain dipenjarakan sehingga perang tamat.
Sementara Kongres sedang giat dengan Gerakan Keluar dari India, orang Islam di
bawah Liga Muslim pula menyeru British Bahagi dan Keluar dari India.
7. British
bertindak segera untuk memberi kemerdekaan kepada India
Parti Buruh yang telah menang dalam pilihanraya British pada tahun 1945 sanggup
memberi kemerdekaan kepada negara-negara jajahan British termasuk India.
Sama seperti Parti Konservatif sebelum itu, Parti Buruh juga tidak dapat
mencari satu formula untuk pemindahan kuasa di India dengan persetujuan semua
pihak.
Ia mengambil empat bulan untuk menyelesaikan perbezaan antara Kongres dan Liga
Muslim. Setiap pihak cuba mendapatkan peluang-peluang maksima.
Pelbagai rancangan yang dikemukakan oleh British tidak dipersetujui oleh Hindu
dan Muslim.
Sementara itu, golongan nasionalis pula mula mencetuskan huru-hara,
pemberontakan dan demonstrasi setiap hari di benua kecil India.
British telah mengambil keputusan untuk tidak mahu tunggu lagi.
Pada Februari 1947, British mengumumkan pengunduran dari India.
8. Peranan
Lord Mountbatten dan kemerdekaan India dan Pakistan
Pada Mac 1947, Lord Mountbetten menggantikan Lord Wavell.
Beliau mengumumkan beberapa prosedur untuk memindahkan kuasa. Beliau memberi
dua pilihan kepada rakyat India.
Sama ada Hindu dan Muslim bersatu dalam satu negara atau mewujudkan dua unit
politik berasingan.
Nasionalis dalam Kongres kecewa dengan pembahagian tetapi akhirnya terpaksa
menerima cadangan tersebut.
Pada Julai 1947, Parlimen British meluluskan Akta Kemerdekaan India yang
menetapkan kemerdekaan kepada India dan Pakistan pada 15 Ogos 1947.
9. Kemerdekaan
Sri Lanka
Pada tahun 1944, sebelum Parti Buruh menguasai Kerajaan England, satu
suruhanjaya telah ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk melawat Sri Lanka dan
mencadangkan langkah-langkah perubahan perlembagaan.
Pada Mei 1946, satu draf perlembagaan telah dikemukakan kepada Kerajaan British.
Pada penghujung 1947, Parlimen British telah meluluskan Akta Kemerdekaan Sri
Lanka.
Pada 4 Februari 1948, autonomi Sri Lanka menjadi realiti.
sangat berguna dan mudah difahami.. tahniah ;)
BalasPadam